Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Musim panas di Jepun secara tipikal adalah sangat panas dan lembap kecuali di Hokkaido. Suhu pada waktu siang biasanya sekitar 30 ℃ – 35 ℃. Musim panas terdiri daripada empat peringkat. Awal musim panas, musim hujan (梅雨: [tsuyu]), musim panas kemuncak dan musim panas akhir tahun. Musim hujan terus dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai. Indeks suhu kelembapan pada waktu itu adalah sangat tinggi. Tetapi hujan ini sangat diperlukan untuk pertanian. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.
Namun terdapat banyak aktiviti menarik pada musim panas yang anda tidak mahu ketinggalan:
1. Melihat Pemandangan Bunga HydrangeasSemasa musim hujan di Jepun, anda akan mendapati bunga hydrangeas (ア ジ サ イ, ajisai) ada di mana-mana. Bunga ini tumbuh mekar hanya pada musim hujan dalam pelbagai warna yang comel dan cantik. Ia satu permandangan yang menarik untuk anda lihat.
Pada waktu itu cuaca panas tidak seperti pada bulan Ogos lagi, jadi jika anda tidak suka panas, ia adalah masa yang terbaik untuk anda datang. Dan hanya kerana ia dipanggil musim hujan, ia tidak bermakna bahawa ia akan hujan setiap hari!
2. Mendaki Gunung FujiMusim panas mungkin tidak digemari ramai tetapi ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan! Salah satunya adalah mendaki Gunung Fuji. Musim mendaki Gunung Fuji yang rasmi adalah dari bulan Julai hingga Ogos, jadi anda pasti tidak mahu melepaskan peluang itu. Tarikh pembukaan berbeza mengikut tahun bergantung kepada keadaan cuaca. Mendaki Gunung Fuji mungkin agak mencabar bagi beberapa orang yang takut akan ketinggian. Laluan, kemudahan dan puncaknya padat dengan bilangan orang ramai yang mengejutkan saban tahun.Tetapi percayalah ia merupakan pengalaman yang sukar dilupakan sebaik sahaja anda sampai di puncak gunung. Di sana anda dapat melihat betapa indahnya pemandangan alam semula jadi ciptaan tuhan.
3. Mandi pantaiOleh kerana Jepun dikelilingi oleh lautan, jadi terdapat banyak pantai yang baik untuk dilawati. Pantai peranginan dipanggil (kaisui-yokujo), kebanyakannya dibuka untuk 6 minggu sepanjang cuti sekolah musim panas walaupun tempoh pembukaan berbeza-beza mengikut lokasi. Rumah rehat tepi pantai dipanggil (umi-no) i biasanya dibina di atas pantai peranginan yang utama pada musim panas. Di bawah adalah contoh lokasi pantai yang popular pada musim panas:
Emerald Beach, Okinawa
Emerald Beach, Okinawa mempunyai banyak pantai pasir putih, di mana ada yang memiliki hotel resort yang besar terletak betul-betul di tepi pantai. Pantai Resort adalah terbuka kepada semua orang, walaupun ada caj kemasukan ke pantai. Sementara itu, sebahagian besar pantai adalah untuk berenang dan berjemur, yang lain menawarkan peluang untuk aktiviti snorkeling.
Shirahama Ohama Beach, ShizuokaPantai Shirahama adalah antara pantai yang paling popular di Semenanjung Izu di mana kebanyakannya adalah berhampiran hujung selatan semenanjung. Pantai pasir putih kira-kira 800 meter dar bandar Tokyo ini lengkap dengan kemudahan seperti pancuran, bilik persalinan,tandas dan kedai-kedai berdekatan. Pantai ini juga terkenal dengan aktiviti meluncur paling terbaik.
4. Festival Musim Panas Dengan Pertunjukan Bunga ApiPerkara terbaik pada musim panas di Jepun adalah bahawa terdapat banyak perayaan-perayaan yang besar! Setiap bandar mempunyai gaya perayaan mereka sendiri, jadi ia sukar untuk dilepaskan tidak kira di mana anda berada di Jepun. Musim utama untuk perayaan adalah “obon” (お 盆), sekitar 13 Ogos-15th Ogos . Pertunjukan bunga api adalah satu simbolik acara musim panas di Jepun. Menikmati bunga api atau perayaan musim panas sambil melihat penduduk tempatan memakai (yukata) pasti akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan dalam hidup anda.
5. Pertandingan Sumo Nagoya BashoPada musim panas, sukan sumo menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling menarik. Sumo Nagoya Basho merupakan salah satu daripada 6 Kejohanan terbesar bagi sukan gusti Sumo. Nikamati peluang untuk melihat bintang-bintang sukan sumo yang heba dan sentiasa berdaya saing.
6. Makanan Musim Panas
Apa yang terlintas di fikiran, apabila anda mendengar “Musim panas di Jepun”? Adakah pertunjukan bunga api yang menghiasi langit malam ? Atau mungkin Bon Odori, tarian tradisional untuk menghormati keturunan nenek moyang? Ini pasti adalah beberapa perkara yang melambangkan musim panas Jepun, tetapi tidak lupa juga makanan dan minuman tertentu yang popular hanya pada musim panas.Salah satu hidangan yang paling popular untuk dimakan pada musim panas adalah Unajyu atau Unadon, semangkuk beras dengan belut panggang bersalut dengan kicap manis. Dikatakan unagi memberikan stamina, dan ia menjadi makanan kegemaran semasa musim panas di Jepun.
Mee Cuka Hiyashi adalah hidangan paling popular musim panas. Ia seperti mee salad. Restoran di Jepun menyediakan hanya semasa musim panas. Mee Cuka Hiyashi yang berwarna-warni meningkatkan lagi selera bagi penggemar makanan mee.
Selain daripada makanan, satu lagi cara yang baik untuk menyegarkan badan anda dari panas terik matahari adalah dengan mempunyai mangkuk penyejuk Kakigori. Kakigori adalah ais cukur berperisa dengan pelbagai sirap berwarna-warni buah-buahan dan kadang-kadang dengan susu pekat, buah-buahan atau kacang. Kakigori dinikmati di festival di seluruh Jepun.
Terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik untuk anda lakukan pada musim panas di Jepun. Jadi, tidak rugi untuk anda datang ke sini untuk melancong bersama orang tersayang. Akhir kata nikmatilah musim panas di jepun sepenuhnya!