ONSEN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Onsen (温泉) adalah air panas gunung berapi semulajadi yang dinikmati untuk bersantai dan kesihatan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa setiap orang yang tinggal di Jepun pasti pernah mengunjungi ke onsen ini.

Onsen di Jepun secara tradisionalnya adalah bercampur-campur (antara lelaki dan perempuan). Walau bagaimanapun, sejak pembaratan Jepun bermula pada zaman Meiji, onsen yang bercampur seperti ini semakin jarang untuk ditemui. Lebih 95% daripada onsen di negara Jepun kini mempunyai tab mandi yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Kanak-kanak kecil pula boleh menemani ibu bapa mereka ke mandian yang bertentangan.

Bagi kanak-kanak pula, kebanyakan pengalaman pertama mereka ke onsen Jepun ini adalah dengan bersama keluarga mereka. Onsen adalah sebab yang paling popular untuk pergi ke kawasan luar Jepun. Keluarga, rakan-rakan, pasangan, kumpulan pelancongan domestik dan pelancong antarabangsa berduyun-duyun pergi ke onsen ini sepanjang tahun.

 

  • Bagaimana mencari Onsen?

Terdapat lebih dari 100,000 onsen di seluruh Jepun. Antaranya boleh didapati di hotel, ryokan, pensions, dan manshons.

Terdapat juga onsen awam dan onsen tertutup yang bukan sebahagian dari sebuah hotel atau kediaman. Onsen ini adalah berbeza-beza. Onsen semulajadi biasanya terletak di tengah-tengah hutan tanpa sebarang bilik persalinan, manakala onsen resort moden pula mempunyai puluhan (atau beratus-ratus) tab mandi.

Onsen boleh didapati di bandar-bandar besar (termasuk Tokyo). Walau bagaimanapun, majoriti onsen adalah terletak di kawasan desa.

Jepun mempunyai berpuluh-puluh bandar-bandar peranginan onsen yang terkenal, antaranya seperti Atami dan Hakone (berhampiran Tokyo). Setiap bandar onsen mungkin mempunyai berpuluh-puluh kawasan onsen.

 

  • Penyembuhan melalui Onsen

Air dari Onsen ini biasanya kaya dengan mineral. Kandungan mineralnya menyebakan air yang ada di onsen ini amat berbeza dari satu onsen ke onsen yang lain. Air Onsen kaya dengan zat besi, natrium klorida, sulfur, karbon radikal atau radium. Tahap potensi hidrogen (PH level) juga berbeza-beza dari satu onsen ke onsen yang lain.

Onsen di Jepun terkenal kerana dikatakan boleh menyembuhkan beberapa penyakit. Bagi setiap penyakit utama terdapat onsen-onsen yang khas untuk merawatnya.

Terdapat juga pasangan yang cuba untuk hamil pergi ke onsen ini untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka. Bagi generasi yang lebih tua pula, mereka pergi ke onsen ini untuk meningkatkan pengedaran darah atau melegakan sakit-sakit sendi.

Terdapat juga onsen yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib seperti boleh memperbaiki nasib anda dalam percintaan atau perniagaan. Ada juga onsen yang dikatakan digunakan untuk memuja roh-roh jahat.

 

  • Rotenburo

Rotenburo adalah onsen yang berada di luar. Secara tradisionalnya, kebanyakan onsen terletak di luar.

Rotenburo dianggap lebih baik daripada onsen yang tertutup. Sebahagian daripada pengalaman onsen di luar ini adalah anda dapat berhubung dengan alam semula jadi. Kebanyakkan Rotenburo mempunyai pemandangan yang indah seperti gunung, hutan atau laut. Di kawasan-kawasan utara Jepun pula, Rotenburo dikelilingi oleh salji pada musim sejuk.

Kebanyakkan Rotenburo mempunyai kolam secara semulajadi atau kolam buatan manusia pada zaman purba. Selain dari itu, onsen juga dibina oleh resort dan hotel. Rotenburo yang baik adalah dibina daripada bahan-bahan semula jadi. Ia biasanya dilandskapkan untuk privasi dari kawasan sekitar.

 

  • Konyoku

Konyoku adalah onsen yang bercampuran antara lelaki dan wanita yang terdapat di kawasan desa. Pada satu masa dahulu, semua onsen adalah berasaskan konyoku.

Namun pada masa kini, onsen dari jenis ini amat jarang ditemui. Malah, onsen ini juga menyalahi undang-undang di beberapa buah bandar (termasuk Tokyo).

Onsen jenis Konyoku yang masih ada pada masa sekarang seringkali mempunyai kawasan mandi zaman edo yang lama dan ianya berada di kawasan luar bandar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa konyoku ini telah menarik sejumlah besar pelancong dari Eropah.

 

  • Onsen Tertutup

Sesetengah resort, hotel dan ryokan menyewakan onsen tertutup mereka. Onsen ini boleh disewa oleh pasangan, keluarga atau kumpulan kawan-kawan. Sesetengah ryokan juga telah mempunyai onsen di dalam bilik mereka.

 

  • Sento

Sento adalah menyerupai onsen, namun perbezaannya adalah sento mempunyai air panas buatan (dipanaskan). Air yang ada di sento pula adalah merupakan air paip yang tidak mempunyai sifat-sifat mineral seperti onsen.

Sento seringkali dijumpai di kawasan bandar. Pada zaman dahulu, rumah Jepun tidak mempunyai tab mandi. Setiap kejiranan mempunyai sento. Sento ini menjadi hab kejiranan, dimana jiran-jiran boleh beramah mesra dan meluangkan masa antara satu sama lain.

Namun pada masa sekarang,hampir semua orang mempunyai tab mandi di rumah mereka. Walau bagaimanapun, sento tetap terus berkembang maju.

 

  • Kebudayaan Onsen

Onsen dinikmati sebagai salah satu cara untuk berhubung dengan alam semula jadi dan manusia. Ia merupakan perkara yang biasa untuk memulakan perbualan dengan orang asing. Banyak orang Jepun percaya bahawa dengan berada di onsen ini mereka boleh mempunyai rakan-rakan, rakan sekerja, pasangan dan keluarga rapat yang baru kepada mereka.

 

  • Melawat Onsen

Onsen disyorkan untuk dilawati oleh pelawat jika ke Jepun. Sebelum pergi ke onsen, adalah penting untuk anda belajar tentang etika ketika di onsen jika anda tidak mahu perkara yang memalukan sebaliknya mungkin boleh berlaku.