- Kad prabayar
Jika anda melancong ke Jepun, ada satu perkara penting yang anda perlu menitikberatkan iaitu kad prabayar kereta api. Ia memudahkan dan mempercepatkan perjalanan di Jepun. Kad prabayar merupakan sesuatu alat yang paling berguna untuk menaiki kereta api di bandar-bandar Jepun. Ia juga boleh digunakan semasa menaiki bas, pengangkutan di lapangan terbang dan pengangkutan lain, kedai-kedai, restoran-restoran dan mesin layan diri.
Kad prabayar kereta api Pasmo dan Suica boleh dicaskan semula yang digunakan secara meluas di kawasan Tokyo.
Anda boleh menggunakan kad anda di mana-mana kawasan di Jepun dengan logo IC yang dipaparkan.
Salah satu faedah terbesar menggunakan kad prabayar adalah anda tidak perlu bimbang tentang membeli tiket ketika ingin menukar kepada kereta api yang lain. Kadang-kadang ia mengelirukan pengguna juga apabila ingin membeli tiket dari mesin.
Selain dapat menggunakan kad prabayar untuk membeli barangan dari kedai-kedai, pengguna juga akan dapat diskaun untuk tambang kereta api di Tokyo dan beberapa bandar lain.
- Cara mendapatkan & menggunakan kad prabayar
Kad prabayar dijual di mesin layan diri di stesen di seluruh Jepun termasuk lapangan terbang utama seperti Narita dan Haneda di Tokyo.
Pertama sekali, anda perlu mengetahui jenis kad yang digunakan di bandar yang anda lawati. Seterusnya pilih bahasa inggeris dan ikuti arahan – pilih kad kosong, bukan jenis komuter. Deposit sebanyak 500 yen akan ditolak daripada jumlah wang tunai yang anda caj di kad tersebut dan harga pembelian kebiasaanya adalah 2,000 yen. Boleh juga jika ingin menambah 1,000 atau 2,000 yen, cukup untuk sehari atau dua hari bergantung pada berapa banyak anda berjalan.
Mendapatkan kad prabayar dari mesin amatlah mudah
Apabila melalui pintu tiket di stesen, dekatkan kad tersebut rapat ke pembaca tanpa sentuh dan apabila anda keluar dari destinasi, ulangi prosedur dan tambang akan ditolak secara automatik daripada nilai yang disimpan dalam kad.
Jika kad tidak punyai baki yang mencukupi, penggera akan berbunyi dan pintu secara automatik akan memberitahu anda supaya tambah nilai di mesin tambang.
Apabila menggunakan kad prabayar semasa menaiki bas, anda perlu dekatkannya di pembaca semasa naik dan turun dari bas.
Selain itu, jika anda tidak lagi memerlukan kad prabayar anda, anda boleh mendapatkan deposit 500 yen semula, bersama-sama dengan kredit yang tidak digunakan ( tolak 220 yen untuk yuran pengendalian) di pejabat tiket syarikat yang mengeluarkan kad tersebut.
- Membeli-belah di kedai-kedai
kad kereta api juga boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman dan barang-barang lain di kedai-kedai seperti 7-eleven, Lawson dan Ministop serta untuk perkhidmatan kurier. sebagai contoh, jika anda mahu menghantar bagasi anda ke wilayah yang lain, anda boleh pergi ke kedai konbini dan bayar menggunakan Pasmo atau kad Suica.
Kad prabayar ini juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang di mesin layan diri dan tempat letak kereta.