Keunikan negara Jepun dengan pelbagai tarikan yang menarik telah menarik ramai pelancong luar yang beragama islam. Walau bagaimanapun, bilangan restoran Halal yang ada di Jepun masih lagi terhad. Di sini adalah beberapa panduan bagi umat Islam apabila ingin makan di Jepun.
Makanan tempatan yang halal seperti sushi memang sukar didapati di jepun kerana kebanyakan sushi di Jepun mengandungi sake dan mirin. Ramen pula banyak yang dihidangkan bersama daging babi atau makanan lain yang tidak halal. Susah kan?
Jadi bagaimana anda ingin memastikan bahawa anda boleh memiliki makanan halal di sepanjang penginapan anda ketika di Jepun?
- Tempahan Hotel
Sebelum membuat sebarang tempahan hotel, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak hotel terlebih dahulu dan bertanyakan adakah mereka menyediakan makanan halal kepada pelanggan mereka. Terdapat banyak hotel di negara Jepun ini menyajikan hidangan halal terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kyoto, Osaka dan Tokyo. Sebagai contoh hotel Sakura di Tokyo, Hotel Granvia Kyoto dan Narita Airport Resthouse.
- Pemilihan Restoran
Terdapat banyak restoran bukan Jepun di seluruh Jepun yang menawarkan hidangan seperti masakan Iran, India, Malaysia, Turki, Indonesia dan Bangladesh untuk anda menjamu selera sepanjang berada di Jepun. Selain daripada masakan ini, anda juga boleh mencari makanan halal di restoran vegetarian
- Pemilihan Makanan Jepun
Jika rakan-rakan anda membawa anda ke sebuah restoran Jepun, jangan takut kerana bukan semua hidangan Jepun mengandungi wain beras, daging babi atau lemak haiwan.
sebagai contoh Eel atau Unagi Jepun, Odon, kacang Edemame dan beberapa hidangan sayur-sayuran. Terdapat juga restoran yang menawarkan pemilihan makanan halal.
- Membeli-belah Di Pasaraya
Bahasa yang berbeza mungkin membuatkan anda sukar untuk membeli daging halal di pasaraya. Jadi apa yang penting adalah anda perlu ambil perhatian kepada perkataan daging babi dalam bahasa Jepun iaitu “豚 肉” atau “ぶ た に ” (Butaniku) untuk mengelakkan anda membeli makanan yang tidak halal. Sekiranya betul-betul lapar, apa kata cuba menikmati mi segera halal terutama yang berada didalam cawan.