Panduan Ringkas Ke Kyoto

Setelah menjadi ibu negara Jepun selama lebih dari seribu tahun, Kyoto adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan tradisi purba. Untuk pelawat yang pertama kali datang ke sini akan terkejut dengan sejarah Kyoto yang tersimpan di sebalik bandar metropolis ini. Kyoto adalah bandar ke-7 terbesar di Jepun. Ia sering dianggap sebagai bandar yang cantik dan yang paling menawan di Jepun (terutamanya semasa musim sakura dari akhir Mac – pertengahan April).

Panduan ringkas Kyoto ini dikongsikan oleh penulis blog, Brooke Saward di blog beliau iaitu World of Wonderlust. Oleh itu, jika anda sedang mencari keindahan Jepun dengan tradisi lama, inilah panduan lengkap untuk anda ke Kyoto!

 

Tempat Menarik untuk Dilawati

Kyoto penuh dengan daya tarikan seperti kuil, tempat-tempat suci dan pemandangan alam semula jadi yang cantik. Berikut adalah tempat lawatan yang anda wajib pergi ketika melancong ke Kyoto:

  • Arashiyama (bamboo groove)

Hutan buluh yang tersusun cantik

 

Terletak di pinggir barat Kyoto, ia merupakan hutan buluh yang indah dan tempat wajib bagi anda yang melawat ke Kyoto. Arashiyama dibuka pada jam 9.00 pagi setiap hari, dan waktu terbaik untuk melawatnya adalah pada waktu pagi atau lewat petang untuk melihat matahari terbenam. Anda tidak digalakkan untuk melawat semasa cuti umum dan hujung minggu kerana keadaannya yang  terlalu sesak.

 

 

 

  • Fushimi Inari Taisha

Pintu tori merah di Fushimi Inari

 

Sebagai ketua kuil Inari, Fushimi adalah tempat agama yang paling mengagumkan untuk dilawati. Terdapat beribu-ribu pintu tori merah di sepanjang perjalanan ke Gunung Inari, di mana anda perlu menuju ke atas bukit sejauh 4 kilometer ( kira-kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam). Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pelawat yang ingin memasuki kuil ini.

 

  • Saiho-ji (moss garden)

Kuil Saiho-ji dikenali juga sebagai “Koke-dera”

Jika anda bersedia untuk terus menerokai Kyoto, anda harus lawati Taman Lumut Saiho-ji  yang merupakan tempat semula jadi yang benar-benar cantik. Untuk melawat tempat ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari lawatan. Harga tiket masuk ialah 3000 yen seorang.

 

  • Sanjusangen-do

Terdapat 1001 patung di dalam kuil ini

 

Sanjusangen-do terletak di daerah Higashiyama, Kyoto. Ia merupakan kuil Buddha yang mengagumkan dengan 1,001 patung di dalam dinding suci. Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar patung-patung di dalam kuil tersebut. Walau bagaimanapun fotografi di luar kawasan taman adalah dibenarkan. Kuil dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Harga tiket masuk adalah 600 yen.

 

 

 

  • Gion (daerah Geisha)

Maiko dan Geiko bersiar-siar di sekitar Gion

 

Gion adalah daerah Geisha paling terkenal yang terletak di pusat bandar  Kyoto. Di sana, anda boleh melihat Maiko (pelatih Geisha) dan Geiko (Geisha) berjalan-jalan di sekitar Gion dengan memakai pakaian tradisional kimono. Kawasan ini bermula dari Sanjo dan Gojo hingga ke Higashiyama dan Kawabata.

Makanan yang Perlu Dicuba di Kyoto

  • Tamagoyaki (telur goreng)

Tamagoyaki

 

satu benda yang paling banyak saya makan di Kyoto adalah Tamagoyaki. ia adalah makanan jalanan yang murah dan boleh didapati di mana sahaja!

 

  • Dango

Ladu manis amat dikenali di Jepun

 

Ladu manis Jepun juga dikenali sebagai Dango. Ia sangat terkenal dan boleh didapati di mana-mana pasar di sekitar Kyoto. Anda boleh memilih pelbagai pewarna pemanis tetapi semuanya mempunyai rasa yang agak sama. Harganya sekitar 300 – 500 yen untuk 3 -5 cucuk.

 

 

 

  • Green Tea Soft Serve

Ais krim Matcha

 

Selepas lawatan saya di Jepun tamat, saya mengetahui satu perkara tentang negara ini. Mereka pencinta ais krim! Di mana-mana anda pergi di Jepun, anda akan sukar  membuat pilihan dengan pelbagai perisa seperti matcha, susu tauhu, yogurt, sakura, blueberry, coklat, strawberry, lavender dan sebagainya. Harga ais krim matcha di Kyoto boleh didapati sekitar harga 250 – 480 yen.

 

 

 

  • Green Tea Parfait

Parfait yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buahan

 

Menu wajib yang anda mesti cuba di Kyoto. Parfait yang menggabungkan ais krim, jelly, kek dan buah-buahan. Kawasan terbaik untuk mencari parfait adalah di Gion (daerah Geisha). Anggaran harga adalah sekitar 900 – 1,400 yen.