Pengalaman Pelancong : Panduan Ringkas Ke Osaka

Apabila bercerita mengenai Osaka iaitu bandar ketiga terbesar di Jepun, anda perlu bersedia untuk mencuba pelbagai jenis makanan jalanan yang lazat dan meneroka setiap daerah yang berbeza kerana bandar Osaka mempunyai banyak tempat-tempat menarik! Artikel ini dikongsikan oleh Brooke Saward di blog beliau World of Wonderlust.

 

Istana Osaka yang amat dikenali di Osaka

 

Panduan Ringkas ke Osaka

Apabila berjalan di seluruh Jepun anda akan mula sedar bahawa setiap kawasan adalah berbeza dari yang lain. Tempat makan di Osaka lebih kasual dan santai berbanding tempat makan di bandar-bandar yang lain, dengan makanan jalanan yang boleh didapati hampir di mana-mana. Walaupun Osaka mempunyai lebih dari 2.5 juta penduduk, namun monumen yang paling ikonik di bandar ini iaitu istana abad-16 masih lagi mengekalkan pesonanya sehingga ke hari ini.

Bergambar di hadapan Istana Osaka

 

Perjalanan ke Osaka

Pelancong yang datang ke Osaka akan tiba dengan menaiki kapal terbang, kereta api atau bas. Dengan penghubungan sistem kereta api bawah tanah yang amat bagus, dan JR ‘Osaka Loop Line’ yang mudah, menjadikan pengangkutan awam di seluruh Bandar ini  amat cemerlang.

Kebanyakkan penerbangan antarabangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka manakala penerbangan domestik akan mendarat di Lapangan Terbang Itami. Memandangkan tambang teksi agak mahal, pilihan lain yang mudah untuk dicari adalah dengan menaiki bas limosin ke pusat bandar.

Jika anda dari Kyoto dan mahu melawat Osaka, anda boleh menaiki kereta ekspres selama 30 minit (1,100 yen). Manakala jika anda dari Tokyo, anda boleh menaiki kereta api Nozomi atau kereta api Hikari. Perjalanan bas dari Tokyo ke Osaka memakan masa selama 8 jam.

Shinkansen Nozomi

 

Tempat Menarik

  • Istana Osaka

Kecantikan Istana Osaka dari jauh!

Tempat bersejarah ini boleh dikatakan daya tarikan yang paling penting di Osaka. Anda boleh masuk ke dalam istana (seperti muzium) antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

 

Cara untuk ke sana : Laluan paling mudah untuk ke sana adalah menaiki JR Loop Line ke stesen Koen.

 

  • Dotonbori

Dotonbori pada waktu malam

 

Kawasan yang paling sibuk di bandar ini adalah sekitar Dotonbori, Namba. Ia merupakan tempat yang menarik untuk melihat-lihat dan juga merasai beberapa makanan jalanan terbaik Jepun yang terletak di tengah-tengah bandar. Takoyaki dan Okonomiyaki merupakan makanan istimewa orang tempatan di sini.

 

Cara untuk ke sana : kereta api bawah tanah terdekat adalah stesen Namba yang merupakan stesen besar yang menghubungkan dengan banyak laluan.

 

  • Namba

Keadaan penuh sesak di sekitar Namba

 

Juga dikenali sebagai pusat bandar Osaka, Namba adalah kawasan yang paling meriah dan sesak, penuh hiburan dan pesta makanan. Secara ringkasnya, perjalanan anda ke Osaka tidak akan lengkap tanpa meneroka Namba.

 

  • Shinsekai

Salah satu permainan di Shinsekai

 

Kawasan kejiranan ini dibina pada pada tahun 1912 yang membolehkan anda untuk bersiar-siar sambil berjalan melalui lampu neon, kawasan permainan dan melihat sisi lain Osaka.

 

  • Tsutenkaku

 

Menara Tsutenkaku

 

Menara mercu tanda yang dibina di tengah-tengah Shinsekai adalah platform terkenal untuk melihat pemandangan bandar (600 yen seorang).

 

Cara untuk ke sana : stesen kereta api bawah tanah terdekat adalah stesen Dobutsuen-mae.

 

  • Shitenno-ji

Kuil Shintenno-ji adalah sebuah kuil Buddha

 

Jika anda berminat dengan budaya tempatan, jangan lupa untuk pergi ke kuil buddha yang terkenal di Osaka.

 

Cara untuk ke sana : menuju ke stesen Shitennoji-mae ke stesen Yuhigaoka di laluan kereta api bawah tanah Tanimachi.

 

  • Universal Studio Japan

USJ

 

Jika anda sudah bosan dengan lawatan bandar dan mencari tempat untuk berseronok, Universal Studio tempat yang paling sesuai.

 

Cara untuk ke sana : Stesen bandar Universal terletak di Yumesaki Line, boleh diakses secara terus dari stesen Osaka.

 

Makanan Untuk Dicuba di Osaka

 

  • Animal Donuts – Menuju ke Floresta untuk mencuba donat bercorak haiwan yang sangat comel dan donut ini hanya berharga 200 yen seketul.

Donut bercorak haiwan yang comel

 

  • Okonomiyaki – Boleh mencuba di restoran Okonomiyaki BOTEJYU di Dotonbori.

Okonomiyaki yang digemari oleh penduduk tempatan

 

  • Takoyaki – Diperbuat daripada adunan tepung dan sotong, takoyaki adalah salah satu hidangan istimewa di Osaka. boleh didapati di sekitar Dotonbori.

Hidangan Takoyaki yang disukai ramai

 

  • Negiyaki – Diperbuat daripada adunan nipis dan daun bawang, mengandungi daging babi.

Negiyaki adalah tidak halal kerana terdapat campuran daging babi

 

 

  • Taiko Manju – kek dikukus dengan pes kacang ditengah-tengah. Boleh didapati di Gozasouru yang terletak di seluruh bandar.

Kek kukus Taiko Manju