PANDUAN RINGKAS KE TAKAYAMA

Jika anda merancang untuk menerokai rantau Hida, mulakan perjalanan anda dengan lawatan ke bandar Takayama. Takayama merupakan sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan warisan yang unik. Cara terbaik untuk ke Takayama adalah dengan menaiki kereta api (JR line), bas atau pandu sendiri (sekitar 5 jam dari Tokyo).

Tarikan-tarikan di Bandar

Tidak seperti bandar-bandar Jepun yang lebih besar seperti Tokyo, Kyoto dan Osaka, manfaat melawat bandar-bandar kecil di kawasan serantau adalah anda akan dapat melihat hampir semua sejarah yang telah bertahan selama ini. Adat-adat dan tradisi penduduk tempatan di rantau Hida kekal sehingga ke hari ini.

  • Hida Folk Village

Hida Folk Village terletak di kawasan pergunungan

Untuk merasai suasana dan pengalaman seperti di zaman dahulu, muzium terbuka Hida Folk Village mempunyai 30 buah rumah ladang yang menggambarkan seni bina dan gaya hidup pergunungan di Jepun.

  • Sanmachi

Lorong jalan yang dikelilingi dengan kedai-kedai kraftangan

Sanmachi merupakan tempat yang menarik untuk bersiar-siar yang dipenuhi kedai kraftangan tempatan di sepanjang lorong jalan. Sanmachi adalah koleksi jalan-jalan lama yang menghidupkan tradisi Jepun.

 

  • Shin-Hotaka Ropeway

Pemandangan indah yang dapat dilihat ketika menaiki ropeway

 

Bagi mereka yang ingin keluar dan mencuba sesuatu yang lebih lasak, Shin-Hotaka Ropeway akan membawa anda ke pergunungan untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan terutamanya apabila liputan awan yang rendah, seolah-olaj anda berdiri di atas awan tersebut.

Berjalan kaki atau menggunakan basikal

Anda boleh menaiki basikal untuk mengelilingi bandar Takayama

 

Takayama adalah sebuah bandar yang agak kecil dan sering digelar “Little Kyoto”. Oleh itu, ia tidak mustahil untuk berjalan mengelilingi sekitar bandar atau anda boleh menyertai penduduk tempatan bersiar-siar dengan menyewa basikal. Laluan terbaik untuk melihat kecantikan Takayama adalah di lorong-lorong kecil, jalan belakang dan juga jalan-jalan saudagar.

Makanan : Hidangan Tradisional Hida

  • Ramen Noodles

Hidangan mi yang menyelerakan

 

Merupakan hidangan mi nipis yang dimasak menggunakan stok miso dengan pelbagai bahan tambahan.

 

  • Hoba Miso

 

Hoba Miso

 

Hoba Miso adalah sejenis hidangan daripada pes kacang Jepun yang dipanggang di atas daun Hoba, dan dihidangkan sekali dengan nasi.

 

  • Hida Beef

 

Hidangan daging Hida yang dipanggang

 

Bagi peminat makanan daging, daging lembu Hida yang ditawarkan dianggap sebagai daging premium di rantau ini, dan ia sangat terkenal di kalangan pengunjung.

 

  • Sake

 

Pelbagai jenis Sake boleh didapati di Takayama

 

Sake sangat terkenal di rantau Hida dan boleh didapati hampir di setiap sudut Takayama. Terdapat banyak kilang bir yang beroperasi di Hida.

Aktiviti : Membeli-belah di Pasar

Pasar pagi Takayama adalah tempat wajib untuk dilawati bagi pelancong yang menyukai tradisi lama Jepun. Pada permulaannya, pasar ini ditubuhkan untuk isteri para petani menjual hasil mereka, dan ianya masih kekal sehingga ke hari ini. Peringatan! mereka akan mula berniaga pada jam 11.30 pagi setiap hari, jadi anda perlu tiba awal untuk melihat barangan yang dijual.