PANDUAN RINGKAS UNTUK TEKSI JEPUN

Adakah anda tertanya-tanya mengapa semua teksi di Jepun kelihatan sama? Ianya pasti ada sebab.

Walaupun warnanya mungkin berbeza-beza bergantung kepada syarikat, kedua-dua jenis utama teksi adalah seperti berikut :

 

  • Toyota Crown Comfort

  • Nissan Crew

 

Kereta-kereta ini akan mengeluarkan bunyi yang berbeza-beza kerana kebanyakan daripada kereta ini menggunakan propane, dan bukannya gas atau diesel.

 

Baru-baru ini juga, banyak syarikat mengambil kesempatan daripada kecekapan pengunaan bahan api dari kereta Toyota Prius.

 

Anda boleh melihat dengan teksi ini melalui skim warna mereka, atau dari cahaya di atas bumbung kereta ini.

Untuk mengetahui jika ia sedang dinaiki oleh seseorang,sila lihat tanda dalam bahasa kanji di  bawah :

 

Berpenghuni – bersedia untuk mengambil!

Purata teksi di Jepun boleh memuatkan tiga orang penumpang di bahagian belakang, dan seorang penumpang di bahagian hadapan, ditambah dengan bagasi yang berada di dalam but di bahagian belakang teksi. Ia merupakan perkara yang sangat jarang berlaku bagi seseorang untuk duduk di bahagian depan teksi melainkan jika tempat duduk di bahagian belakang sudah penuh.

 

  • Beberapa Ciri-ciri Unik Teksi Jepun

Pintu dibuka secara automatik iaitu pemandu mempunyai tuil di tempat duduknya untuk membuka dan menutup pintu belakang untuk anda. Anda diharapkan tidak memegang dan mengendalikan tuil tersebut, kerana ia boleh menyebabkan pemandu teksi menjadi panik dan kekeliruan!

 

Tempat duduk disarungkan dengan kain putih atau renda, ini bertujuan untuk menunjukkan kesucian dan kebersihan.

 

Gambar jelas pemandu dan lesen pendaftaran teksinya diletakkan pada dashboard atau di sebelah meter.

 

Sekeping plexiglass diletakkan bagi memisahkan antara tempat anda dan pemandu, ini bergantung kepada syarikat dan bandar. Ianya menjadi lebih popular hari ini, walaupun kes rompakan jarang berlaku, namun ia adalah yang cara yang terbaik dan membuatkan pemandu dan penumpang teksi berasa selamat!

 

  • Pembayaran

 

Kebanyakkan teksi, terutamanya di kawasan luar bandar, hanya menerima wang tunai. Mereka juga mungkin akan menerima kad kredit yang mempunyai tanda Visa atau MasterCard yang dipaparkan melalui papan tanda di luar tingkap belakang. Dan juga, tambang permulaan bagi satu kilometer pertama atau dua kilometer turut dinyatakan dengan jelas pada tingkap, supaya anda tahu dan anda boleh menganggarkan berapakah jumlah wang yang perlu anda bayar untuk ke destinasi anda.

 

Sebaik sahaja anda memasuki ke dalam teksi, tambang jelas disenaraikan di papan pemuka, dan biasanya ia mengeluarkan bunyi bip apabila berlaku peningkatan semasa perjalanan.

 

AMBIL PERHATIAN! Teksi di Jepun adalah lebih mahal daripada teksi-teksi di kebanyakan negara lain. Beberapa teksi yang premium mungkin harganya boleh jadi lebih mahal, dan ada juga teksi yang mempunyai kadar malam yang lebih tinggi atau lebih murah bergantung kepada syarikat itu.

 

Anda boleh menahan teksi dengan mengangkat tangan anda, atau pergi ke teksi berdiri dan memasuki ke dalam teksi tersebut. Kerap kali anda dapat melihat teksi yang tersusun di jalanan, mereka biasanya bersedia untuk mengambil penumpang.

 

Perkara yang terbaik berkaitan dengan teksi Jepun? Tiada tipping diperlukan!!