Anda mempunyai bayi atau mungkin anda sudah mempunyai satu atau dua bayi kecil dan anda merancang untuk melancong ke Jepun. Anda mungkin tahu apa jenis barang yang anda perlukan (kerana banyak maklumat yang boleh didapati dalam bahasa Inggeris) tetapi bagaimana untuk mencari apa yang anda perlukan di Jepun? Adakah botol susu itu bebas BPA? Bolehkah anda mencari peralatan tempat tidur organik?
Terdapat banyak produk bayi di sini, tetapi sebahagian besarnya telah kami senaraikan di bawah dan beberapa produk tambahan. Kami juga telah menambah beberapa produk yang menjimatkan wang kerana kami percaya bahawa segala-galanya adalah berbeza untuk setiap bayi dan keluarga.
Ini antara produk bayi yang anda boleh dapati di Jepun :
1. Botol – 哺乳 瓶
Kebanyakan botol tidak dilabelkan bebas BPA kecuali ianya jenama asing (bukan dari Jepun), tetapi kedai-kedai bayi umumnya mempunyai pilihan yang lebih baik daripada botol jenis kaca (ガ ラ ス) sebagai tambahan kepada plastik (プ ラ ス チ ッ ク). Walaupun botol tidak dilabelkan bebas BPA, plastik yang digunakan di dalam botol biasanya bukan dari jenis yang mengandungi BPA atau phthalates, tetapi jika anda bimbang dan lebih suka ianya dilabelkan, pilihlah botol kaca, cuba carinya di kedai-kedai seperti Earth Label Relaxing, yang membawa beberapa barangan bayi berjenama asing.
Jenama utama adalah Pigeon, tetapi anda juga boleh mencuba Bean stalk dan Chuchu Baby.
Anda boleh membeli pelbagai jenis puting, dengan pelbagai jenis bentuk lubang dan bentuk kontur, serta peringkat umur bayi anda. Biasanya ia diperbuat daripada silikon.
Beberapa cawangan di Daiso juga turut menjual botol Tommee Tippee dan puting yang leper.2. Pam payudara – さ く 乳 器
Jika anda bercadang untuk menyusu badan dan anda rasa anda mungkin memerlukan pam, ia adalah mungkin untuk anda mendapatkan pam payudara di Jepun, walaupun pemilihan tidak begitu besar. Biasanya jenama utama yang anda boleh jumpa adalah Pigeon. Anda mempunyai pilihan iaitu manual (手動 タ イ プ) atau elektrik (電動 タ イ プ) pam. Anda juga boleh menemui beberapa pam Medela di Amazon.jp.
Purata Harga adalah sekitar 3000yen (rm120) – 6000yen (rm240)3. Bantal untuk menyusu ( nursing pillow ) – 授乳クッション
Banyak pilihan bantal untuk menyusu di kedai-kedai bayi dan di atas talian, jadi anda tidak perlu bimbang tentang ini. Tetapi agak sukar untuk mencari jenis yang organik.4. Puting – おしゃぶり
Sama seperti botol susu, biasanya ia juga tidak dilabelkan “bebas BPA”, tetapi ia biasanya diperbuat daripada silikon dan polipropilena (mungkin ada yang berbeza sedikit daripada ini). Anda mungkin dapat melihat jenama Pigeon dan Nuk lebih banyak di sini.
Dan jika anda sudah mempunyai puting dan anda juga mungkin mahukan tali untuk puting itu, ia dipanggil お し ゃ ぶ り ホ ル ダ ー.5. Lampin – お む つ
Lampin pakai buang dipanggil 紙 お む つ dan lampin kain adalah 布 お む つ. Kedai barangan harian, kedai-kedai peralatan rumah dan kedai ubat turut menjual lampin pakai buang, seperti yang dijual oleh kedai-kedai bayi, termasuklah Pampers dan beberapa jenama Jepun yang lain.6. Kain lap ( wipes ) – お し り ふ き
Anda akan melihat kain lap bersama-sama lampin pakai buang di kedai. Ia adalah standard seperti apa yang anda dapat peroleh di negara kita sendiri, tetapi jika anda bimbang tentang alkohol dan bahan kimia, anda boleh mencari kain lap yang bebas alkohol dan paraben, pewangi dan lain-lain.
Bebas alcohol – ノンアルコール
Bebas Paraben – パラベンフリー7. Pakaian
Anda boleh melihat dan membeli baju bayi di kedai H&M (mereka juga mempunyai beberapa pakaian organik) yang boleh didapati di Kobe, Yokohama, Nagoya, Fukuoka, Fujisawa, dan pelbagai lokasi di Tokyo; Kedai Baby Gap sekitar Jepun; UNIQLO seksyen bayi dan seksyen kanak-kanak daripada mana-mana pusat beli belah. Jika anda meminati pakaian Jepun terdapat banyak pilihan comel yang boleh anda pilih termasuklah pakaian gaya barat.
Di kedai kitar semula (kedai barangan terpakai) anda juga boleh mencari baju yang baru, dalam keadaan yang baik, barangan jenama dan lebih murah di kedai-kedai kitar semula di Jepun.8. Anduh / Pengangkut bayi (baby carrier)
Anda mungkin dapat melihat jenama Ergo dan Baby Bjorn di mana-mana, kerana ia lebih popular di sini. Anduh (ス リ ン グ) juga digunakan. Anda boleh mencari pengangkut bayi untuk dipikul di belakang お ん ぶ 紐 atau pengangkut bayi untuk dipikul di hadapan 抱 っ こ ひ も, dan kadang-kadang ia juga dipanggil ベ ビ ー キ ャ リ ー.9. Kereta tolak bayi – ベ ビ ー カ ー
Jika anda menggunakan pengangkutan awam di Jepun, anda perlu memastikan kereta tolak bayi anda cukup ringan untuk ditolak, tetapi juga cukup kecil untuk dibawa masuk ke lif, lorong kedai, dan lain-lain. Sebagai contoh, kedai Baby di Jepun biasanya membawa kereta bayi Combi dari semua jenis, (dan kebanyakannya adalah agak kecil / ringan) tetapi mereka biasanya mempunyai beberapa jenama lain juga. Jenama lain termasuk Quinny, Graco, Aprica, Maclaren, Air Buggy, Peg Perego, Silver Cross, dan Jeep.
Purata untuk kereta tolak yang baru bergantung kepada jenama dan jenis, tetapi biasanya dari 3000yen (rm120) hingga 70,000yen (rm2800) atau lebih.10. Bekas mandian bayi – ベビーバス
Bekas mandian yang kecil, plastik atau kembung, untuk mandikan bayi di dalamnya. Untuk menjimatkan wang anda, cuba cari di kedai terpakai. Biasanya ia lebih murah di sana.11. Penjagaan kulit bayi
Secara ringkas, anda boleh mendapatkan produk Johnson&Johnson di Jepun, bersama-sama dengan barangan jenama Jepun yang lain. Tetapi sesetengah produk-produk ini mengandungi bahan-bahan yang sesetengah orang mungkin tidak mahu untuk digunakan pada anak-anak kecil mereka (seperti sebagai parabens – パ ラ ベ ン, atau natrium lauryl sulfat – 硫酸 ラ ウ リ ル ナ ト リ ウ ム; ラ ウ リ ル 硫酸 ナ ト リ ウ ム; ラ ウ リ ル 硫酸 Na). Jika anda mahukan bahan yang lebih semula jadi, Pax Baby ialah jenama Jepun yang baik.
Anda juga boleh mencuba Angel Baby Lotion dan Syampu & Body Wash. Dan jika anda menyusu badan, anda boleh cuba Earth Mama Natural Nipple Butter.
Produk penjagaan bayi yang lain termasuk lah pengetip kuku atau gunting ( untuk pengetip kuku ia dipanggil つ め き り atau つ め き り は さ み untuk gunting – き り juga muncul sebagai 切 り kadang-kadang).