PANDUAN TUALA WANITA DI JEPUN

Jika anda seorang lelaki, artikel ini bukan untuk anda, kecuali jika anda mempunyai pasangan wanita di mana anda boleh mendapatkan maklumat yang berguna di sini.
Kepada wanita, artikel ini adalah untuk membantu menangani masalah anda untuk seketika. Seringkali terdengar pelbagai komen dimana pad atau tuala wanita di Jepun adalah lebih kecil daripada pad yang dijual di negara lain, dan ia juga mempunyai pelbagai pilihan. Jika anda berpindah ke Jepun, atau hanya datang untuk melancong, yakinlah bahawa mencari pad adalah mudah.
Kebanyakan pembungkus tuala wanita mempunyai gambar supaya anda boleh melihat bagaimana rupa tuala wanita itu, sama ada ia mempunyai sayap atau tidak, dan adakah ia jenis yang biasa atau panjang. Beberapa kedai disini juga turut memaparkan sampel tuala wanita percuma untuk anda melihat dan menelitinya. Tetapi di sini adalah panduan dari kami untuk memilih tuala wanita dan menghapuskan mitos yang tidak masuk akal di luar sana: TUALA WANITA DI JEPUN TIDAK BERBEZA atau lebih kecil atau lebih nipis. Terdapat pelbagai saiz untuk dipilih, termasuk super, saiz maxi. Anda juga boleh mendapatkan pad kain atau seluar dalam khas dengan pad terbina di dalamnya. Atau sesuatu yang pada dasarnya menyerupai lampin, yang dipanggil “seluar pendek.” Anda boleh memilih sayap atau tiada sayap, panjang yang berbeza, tebal atau nipis, nipis atau “lebar.” Dan jika semua ini tidak sesuai dengan anda, jangan risau kerana pastinya terdapat satu lorong penuh dengan lampin dewasa.

Kini, terdapat pelbagai jenama yang boleh dipilih, tetapi mungkin jenama yang paling utama yang anda akan melihatnya di mana-mana sahaja adalah Whisper (ウ ィ ス パ ー), Laurier (ロ リ エ), Unicharm (ユ ニ チ ャ ー ム), yang juga termasuk Sofy (ソ フ ィ), Center In (ditulis dalam bahasa Inggeris pada bungkusan) dan Elis (エ リ ス). Megami juga merupakan satu lagi jenama yang biasa anda akan temui tetapi ia adalah sebahagian daripada Elis.
Tidak banyak perbezaan antara jenama, sama ada ia lebih atau kurang lembut, dimana kemungkinan sama seperti tuala wanita yang anda gunakan di negara asal anda.
Everyday liner : Liners biasanya mempunyai ラ イ ナ ー di bahagian depan. Jika anda memerlukan sesuatu yang sedikit lebih besar, anda perlu mencari 軽 い 日 (bermaksud, hari ringan). Ia adalah kecil, seperti yang anda mungkin banyangkan.

Liner kapas nipis

1

Basic : Perkataan ini ふ つ う 用 anda sentiasa lihat pada hadapan tuala wanita anda. Sekarang, tuala wanita biasa bergantung kepada apa yang anda biasa pakai. Atau mungkin anda tidak mempunyai hari-hari biasa. Secara peribadi biasanya anda hanya perlukan pad untuk hari berat dan ringan.

Anda mempunyai banyak pilihan untuk tuala wanita biasa: tebal, nipis, tipis, berbulu, sayap, tiada sayap, yang lebih panjang, dan lain-lain yang biasanya mempunyai panjang: 20 – 23 cm.

2

Pad tebal untuk aliran biasa kepada aliran berat. Penggunaan harian. Dengan sayap.

3Pad nipis untuk aliran biasa kepada aliran berat. Penggunaan harian. Kiri: tiada sayap. Kanan: dengan sayap.
Heavy Day : Biasanya ia dilihat sebagai 多 い 日. Pelbagai jenis pilihan yang anda boleh pilih iaitu tebal / gebu, nipis, sayap, tiada sayap, yang lebih panjang, dan semua jenis pilihan untuk mengawal dan menyerap. Panjang kebiasaannya adalah : 24 – 32 cm (9,5-12 inci).

4Pad tebal untuk heavy day atau malam biasa. Tahan lama. Dengan sayap.

5
Pad tebal untuk heavy flow. Dengan sayap. Penggunaan harian.

6
Pad nipis untuk heavy flow. Dengan sayap. Penggunaan harian.

Malam : Cari perkataan 夜 用. Banyak pek pembungkus juga mempunyai kanji untuk hari yang berat, bermakna anda boleh menggunakannya juga untuk aliran yang berat, dan bergantung kepada keperluan anda. Anda hanya memerlukan sesuatu seperti yang berikut, di mana ia lebih kurang seperti tuala wanita dalam seksyen harian untuk heavy flow.

7
Pad nipis untuk hari heavy flow atau malam. Dengan sayap.

Walau bagaimanapun, ini hanya tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai heavy flow. Oleh itu, kita bergerak ke pad super maxi :

8

Penyerapan super untuk overnight, dengan kawalan di sisi dan belakang. Tiada sayap.

9

Ini adalah contoh tuala wanita di dalam pek pembungkus di atas.

Kebanyakan tuala wanita untuk overnight adalah tebal, dan menawarkan banyak pelindungan sisi untuk mengelakkan bocor dan perlindungan tambahan. Ada yang mempunyai sayap, walau bagaimanapun ia tidak mempunyai perlindungan kawalan sisi berlebihan di belakang, di mana ia akan membuatkan anda meninggalkan kesan seperti pelana tempat duduk. Untuk memilih panjang tuala wanita dengan cepat, hanya tolak sifar daripada numbor yang ada pada pek pembungkus. Jadi, jika 360, jadi panjang tuala wanita adalah 36 sentimeter. Jika 400, ia menjadi 40 cm, dan lain-lain. Panjang biasa tuala wanita untuk overnight adalah antara 29-42 sentimeter.

10

Pad overnight dengan sayap. Tertera nombor “400,” jadi panjangnya adalah 40 cm.

11

Penyerapan Super pad overnight dengan sayap. Tertera nombor “340,” jadi panjangnya 34 cm.

Sebahagiannya mengatakan “lebar” di dalam katakana, biasanya bermaksud pad adalah sedikit lebih luas daripada biasa. Kebiasannya di bahagian belakang.

12

Penyerapan Super pad overnight lebar dengan sayap. 42cm.

Jika anda memerlukan sesuatu yang lebih, anda boleh cuba cari シ ョ ー ツ, yang pada asasnya adalah seperti lampin. Kebanyakan kedai-kedai juga akan memaparkan seluar dalam khas , dengannya dan tanpa pad tersebut dengannya.

13

Anda juga boleh mempertimbangkan tuala wanita kain, atau sesuatu yang mesra alam seperti Diva Cup (iHerb juga membawa Diva Cup). Anda juga boleh menggunakan tuala wanita bebas klorin dan tuala wanita semula jadi melalui iHerb.

14

15