PASSPORT HILANG KETIKA MELANCONG

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Apa yang akan anda lakukan jika pasport anda hilang atau dicuri semasa berada di luar negara? Ia bukan bermakna yang anda akan tersangkut di negara itu selamanya. Ini mungkin boleh merosakkan mood cuti anda. Ia memakan sedikit masa anda mungkin hari, wang, dan kesabaran. Tetapi berita baiknya pula jika anda bersedia sebarang perkara di luar jangkaan, anda sebenarnya boleh membuat perkara yang lebih mudah pada diri sendiri. Walaupun ada sesetengah jabatan boleh yakin bahawa mereka boleh membantu kita melalui proses ini, di sini adalah apa yang perlu anda tahu jika pasport anda hilang atau dicuri semasa dalam perjalanan di luar negara.

  1. Membuat report di balai polis secepat yang mungkin

 

Ini perkara paling utama dan paling asas. Sebabnya kalau anda nak apply sijil passport sementara dari kedutaan, diorang akan minta laporan polis. Kalau anda nak claim insuran untuk ganti balik semua kos dan kerugian akibat masalah passport hilang ini, syarikat insuran akan minta salinan laporan polis juga. Begitu juga kalau seseorang berniat untuk menggunakan passport anda yang hilang atas tujuan dan aktiviti yang lain. Laporan polis mungkin menjadi bukti bahawa orang lain yang menggunakannya dan bukannya anda. Jadi jangan bertangguh kalau anda dapati passport anda hilang, pegi ke balai polis tempatan dan buat laporan secepat mungkin. Pastikan selepas membuat laporan, dapatkan salinan laporan polis dan simpan baik baik.

 

  1. Cari kedutaan Malaysia yang berhampiran

 

Selepas membuat laporan polis, anda kena pergi ke kedutaan Malaysia yang terdekat. Jadi seeloknya, dapatkan dahulu alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati awal awal sebelum pergi ke  sana. Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri.

 

  1. Mohon Sijil Passport Sementara

 

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara.  Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (satu hala sahaja) dan anda perlu mohon passport baru bila kembali ke Malaysia. Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil passport sementara ini ialah

  1. Salinan laporan polis
  2. Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia
  3. Borang permohonan (akan di beri oleh kedutan)

 

Sebagai persediaan, scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke diri sendiri. Supaya jika berlaku kedaan seperti ini, sekurangnya anda boleh buka email dan print balik semua dokumen tadi sebagai bukti bahawa anda merupakan rakyat Malaysia.

 

 

  1. Duit

 

 

Anda perlu sediakan wang kecemasan jika berlaku keadaan seperti ini. Untuk makan, bayar tambang teksi nak pergi ke kedutaan atau membuat panggilan, memang perlu guna duit. Kadang kadang bukan passport anda sahaja dicuri, tapi duit pun kena curi sekali. Jadi kalau letak semua duit dalam satu tempat, nasib tak baik memang akan hilang sekaligus. Oleh itu bila anda pegi travel dengan family, bahagi-bahagikan duit yang dibawa. Kalau beg anda dicuri contohnya, setidak-tidaknya anda masih ada sebahagian wang lagi yang dipegang oleh orang lain.

 

Begitu juga perlu pastikan ada sedikit baki duit dalam akaun bank anda. Sebelum pergi, telefon bank untuk aktifkan kad ATM supaya boleh digunakan di luar negara dan bawa bersama anda. Ketika kecemasan, boleh keluarkan duit melalui kad ATM. Lagi satu yang anda boleh guna ialah kad kredit. Boleh juga dapatkan advance cash guna kad kredit ketika kecemasan . Tapi kalau wang tunai, kad atm dan kad kredit semuanya hilang, cara terakhir ialah anda whatsapp/email keluarga anda di Malaysia dan minta mereka bank-in melalui bank.