Pengalaman Pelancong : Jadual Percutian 6H5M Okinawa

Okinawa merupakan wilayah paling selatan di Jepun, agak berbeza dari bahagian-bahagian lain di Jepun. Ia dipengaruhi oleh China dan Amerika, tetapi mempunyai budaya istimewa yang tersendiri. Setelah 6 hari di Okinawa, boleh dikatakan Okinawa adalah tempat yang menarik untuk dilawati bagi keluarga dengan kanak-kanak.

Berikut adalah jadual percutian kami di Okinawa selama 6 hari 5 malam pada Jun 2016.

Hari Pertama :

  • Singapura – transit di Hong Kong – Lapangan Terbang Antarabangsa Naha
  • Check in di Toyoko Inn Naha Omoromachi
  • Makan malam di Apple Cooper Town

Perkara pertama yang kami lakukan selepas tiba di lapangan terbang Naha adalah mencari ini! Majalah perjalanan percuma dengan kupon diskaun! Anda boleh dapatkannya di kaunter Maklumat Pelawat di balai ketibaan.

 

Dari lapangan terbang Naha, kami berjalan menuju ke lapangan terbang domestic di mana dihubungkan dengan Yui Rail (satu-satunya sistem monorel di Okinawa). Kami mendapati ia lebih mudah untuk berjalan di kawasan Naha dengan Yui Rail berbanding memandu sendiri. Di samping itu, bayaran letak kereta sangat mahal di kawasan ini!

Jika anda melancong menggunakan Yui Rail sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dapatkan pas 1 hari dengan harga 700 yen untuk dewasa dan 350 yen untuk kanak-kanak.

Hotel kami terletak di stesen Omoromachi dan kami menikmati makan malam di Apple Cooper Town di mana hanya 5 minit sahaja dari hotel.

Hari Kedua :

  • Taman Urasoe
  • Makan tengah hari di Tedako
  • Futenma Shrine
  • Membeli belah dan makan malam di AEON Rycom
  • Check in Okinawa Grand Mer Resort

Salah satu pengalaman paling berharga sepanjang berada di Okinawa – gelongsor 90 meter di Taman Urasoe. Selepas kami berseronok di taman, saya memandu untuk mencari tempat makan tengah hari dengan bantuan GPS dan Google Map pada telefon pintar saya.

Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak melawat tempat suci Jepun, tempat suci Futenma dan kali pertama kami melawat sebuah gua lava! Kami hanya perlu pergi ke satu tempat untuk melihat dua benda!

AEON Rycom adalah pusat membeli-belah baru di Okinawa. Salah satu sebab untuk melawat pusat membeli-belah adalah kerana cuaca hujan lebat di luar, jadi kami terpaksa batalkan lawatan  ke beberapa tempat yang telah dirancang. Di sini, kami mencuba makanan roti tembikai dan ais krim!

Hari Ketiga :

  • Makan tengah hari di Sakurana
  • Rizzan Sea-Park Hotel Tancha-Bay

hari ini adalah hari berehat kami. Hanya berada di hotel! Saya terlalu penat untuk bergerak, tetapi anak-anak seronok bermain di taman permainan dan dalam kolam renang.

 

 

Hari Keempat :

  • Rizzan Sea-Park Hotel Tancha-Bay
  • Cape Manza
  • Okinawa Aquarium & Ocean Expo Park
  • Check in Yugaf Inn Okinawa
  • Makan malam di Yukino

Rizzan Sea-Hotel Tancha Bay amat bertimbang rasa di mana kupon sarapan pagi boleh digunakan untuk makan tengah hari. Oleh itu, kami boleh berehat pada waktu pagi dan makan tengah hari sebelum check out.

Kami bersyukur kerana hujan berhenti untuk seketika apabila sampai ke Cape Manza, supaya kami boleh mengambil gambar. Hujan mula turun lebat apabila kami berjalan kembali ke tempat letak kereta.

Rancangan kami untuk hari ini terpaksa ditukar kerana hujan! Kami ingin melawat Taman Marin Busena, di mana kita boleh melihat kehidupan laut di pemerhatian bawah air, tetapi taman ini telah ditutup kerana angin yang sangat kuat. Jadi kami membuat keputusan  memandu ke utara untuk melawat Akuarium Okinawa dan Ocean Expo Park.

 

Hari Kelima :

  • Yohena Ajisai (Hygrangea) Garden
  • Kouri-jima Heart Rocks
  • Makan tengah hari di Shrimp Wagon
  • Membeli belah di Urasoe
  • Check in Toyoko Inn Naha Omoromachi
  • Makan malam di Naha Main Place

Hujan turun dengan lebat semasa pemanduan saya ke Yohena Ajisai Garden, tetapi ia berhenti apabila kami tiba di sana. Saya betul-betul kagum dengan lautan bunga di taman tersebut.

Hujan datang kembali semasa pemanduan kami ke Kouri-jima. Kami tidak berpeluang menyaksikan langit biru dan laut biru yang jelas. Kami hanya mampu melihat Heart Rock dan makan tengah hari di pulau itu.

 

Hari Keenam :

  • Kokusai-dori
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Naha – transit di Hong Kong – Singapura

Kami mengambil Yui Rail ke stesen Makishi, di mana  tempat membeli-belah terkenal, jalan Kokusai-dori terletak. Secara peribadi, saya merasakan bahawa Kokusai-dori bukanlah tempat yang bagus untuk membeli cenderamata kerana harganya lebih mahal berbanding dari tempat lain seperti pasar raya. Malah, produk di Don Quijote (kedai 4 tingkat) bukanlah yang termurah di bandar.

Kami menikmati beberapa makanan di Pablo sebelum kami menaiki Yui Rail kembali ke hotel untuk mengambil bagasi kami.