PENGALAMAN PELANCONG : PERJALANAN KE SEKITAR TOKYO

Tokyo adalah ibu negara Jepun dan metropolis yang paling ramai penduduk di dunia. Ia juga merupakan salah satu daripada 47 wilayah Jepun yang terdiri daripada 23 pusat bandar dan beberapa pekan serta kampung. Tokyo juga mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. kami ingin kongsikan pengalaman dan jadual percutian dari salah seorang pelancong yang sempat  menjejaki negara matahari terbit itu pada May,2016 (sumber artikel dari Yummy Japan).

Mana tahu, dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang merancang percutian ke Jepun!

 

Bandar Tokyo!


Hari Pertama : Menetap di Airbnb yang berdekatan dengan Tokyo Skytree.

 

Tokyo Skytree

 

Pelbagai hidangan sushi yang menyelerakan

 

Pada waktu ini, Google Map sangat berguna dan membantu. Kami berjaya menemui penginapan Airbnb kami di sekitar Tokyo Skytree dari Kyoto dengan menggunakan aplikasi Map. Di seberang jalan penginapan Airbnb kami, terdapat restoran sushi yang menakjubkan! Ketua tukang masak dan pekerjanya sangat baik. Walaupun ia bukanlah tempat sushi yang paling murah, namun rasa hidangan sushinya di situ sangat lazat.

Hari Kedua : Sunshine City dan Pokemon Center

Pokemon Mega Center Tokyo

Saya dan kawan-kawan pergi ke pusat Pokemon dan Sunshine City. Pusat Pokemon ini lebih  besar berbanding dengan di Kyoto! Di sini terdapat lebih banyak patung yang menarik. Pusat membeli-belah ini juga mempunyai banyak tempat menarik seperti di tingkat satu terdapat sebuah kedai yang menjual barangan Ghibli.

Patung Ghibli

Di tingkat atas terdapat taman Animasi Toei. Anda boleh masuk ke dalam dan bermain permainan arked sambil menikmati makanan. Namun, anda perlu membayar untuk masuk ke dalam.

 

Hari Ketiga : kafe Final Fantasy di Akihabara

 

Café berkonsepkan Final Fantasy di Akihabara

 

Menu di café Final Fantasy

Untuk memasuki cafe ini, saya perlu mendapatkan tiket masuk dua bulan lebih awal. Saya amat gemarkan Final Fantasy 14 dan kafe ini adalah berkonsepkan  permainan tersebut. Jika anda merancang untuk datang ke sini, perkara yang perlu diambil kira adalah pekerjanya yang tidak fasih berbahasa inggeris. Walau bagaimanapun, kita sebenarnya sudah tahu apa yang kita perlukan. Mereka akan memberikan menu dan kertas pada setiap orang, kemudian anda perlu tulis apa yang anda mahu makan dan minum.

Anda juga tidak boleh merakam video di dalam café ini, tetapi ada masa mereka membenarkan untuk mengambil gambar. Di tengah-tengah kafe ini terdapat komputer dan anda boleh “log in” untuk bermain FF14. Selain itu, makanannya juga agak memuaskan dan pengalaman sepanjang berada di dalam kafe juga menyeronokkan. Namun, saya sedikit kecewa kerana tempatnya sedikit kecil dan bahasa inggeris juga kurang digunakan membuatkan saya terpinga-pinga.

Hari keempat : Disneysea Tokyo

Salah satu permainan yang terdapat di Disneysea

 

Saya adalah peminat tegar Disney dan saya amat gembira kerana terdapat sebuah taman Disney yang unik di Tokyo. Di Tokyo juga mempunyai Disneyland, tetapi memandangkan saya pernah memasuki Disneyland di California, jadi saya membuat keputusan untuk memilih Disneysea.

Mula-mula, anda perlu mendapatkan tiket jam 6.00 petang. Harganya lebih murah dan tidak ramai pengunjung. Dari jam 12 hingga 6.00 petang kumpulan saya hanya sempat pergi empat tempat permainan sahaja. Setiap  tempat perlu beratur dan menunggu selama 2-3 jam hanya untuk permainan 5 minit. Selepas 6.00 petang kami berpeluang mencuba 6 permainan di mana tempoh masa beratur sekitar 15 hingga 30 minit sahaja. Setakat ini, permainan kegemaran saya adalah ‘Journey to the Center of the Earth’.

 

Hari Kelima : Restoran Robot

Restoran robot di Tokyo

Paling hebat, paling mengelirukan, menakjubkan dan persembahan hiburan yang unik pernah saya lihat. Saya menikmati setiap saat sepanjang berada di dalam restoran ini. Anda boleh mendapatkan tiket masuk di pintu, tetapi anda perlu beratur dalam barisan yang panjang dan selalunya anda mungkin tidak akan dapat tiket tersebut. Tambahan pula, harga tiket yang dijual secara dalam talian lebih murah berbanding harga walk-in. Jika anda sampai awal di sana, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke kawasan bar di mana terdapat persembahan muzik secara lansung oleh orang robot.

 

Hari Keenam & Ketujuh : Sensoji dan Harajuku

Kuil Sensoji di waktu malam

Dua hari yang terakhir adalah hari untuk saya dan rakan-rakan melakukan aktiviti bebas yang mereka mahukan. Pada waktu petang, saya memutuskan untuk pergi ke kuil Senso-ji yang terletak di seberang sungai penginapan Airbnb kami. Ia sangat cantik! Kira-kira 10 minit dari Senso-ji, terdapat sebuah kedai Don Quijote yang merupakan kedai menjual segala benda. Tingkat pertama adalah untuk barangan runcit, tingkat dua tempat barangan dapur dan tingkat tiga ialah kawasan pakaian, perhiasan, cenderamata, alat tulis serta mainan. Harga  barang-barang yang dijual juga agak murah.

Selepas itu, kami bergerak ke Harajuku. Saya dapat membeli beberapa helai baju untuk dijadikan kenang-kenangan. Saya berharap dapat melawat Jepun semula pada masa yang akan datang.