Pengalaman Pelancong : Perjalanan Saya Ke Osaka & Kyoto

Osaka merupakan ibu negeri bagi wilayah Osaka dan kawasan metropolitan kedua terbesar di Jepun. Ia juga terkenal dengan seni bina yang moden dan makanan di tepi jalannya yang sedap. Kali ini, kami ingin kongsikan satu artikel dari blog Yummy Japan mengenai pengalamannya melawati bandar Osaka dan Kyoto pada tahun 2015 yang lalu.

8 tahun yang lalu, saya adalah peminat tegar dengan budaya Jepun. Ya, bermula dengan anime Jepun minat saya semakin menebal selepas saya bertemu dengan seorang rakan sekolah tinggi yang belajar Bahasa Jepun.

Pada bulan Februari yang lalu, saya pergi ke Osaka dan setelah tiba di sana, saya dijemput oleh rakan baik Jepun saya.

Biar saya beritahu anda bahawa Osaka adalah tempat yang sangat hebat, sangat bersih. Osaka sangat  menakjubkan! Hotel yang saya duduki adalah di tengah pusat bandar Shinsaibashi. Biliknya sedikit kecil tetapi sangat bersih dan lokasinya yang berdekatan dengan stesen.

Berjalan-jalan di sekitar bandar yang hebat ini, saya melihat makanan yang begitu banyak dan begitu ramai orang. Bandar Osaka adalah sama seperti bandar yang lain. Mempunyai bangunan moden dan banyak kawasan yang penuh dengan jualan makanan di tepi jalan. Pemandangan di sini lebih cantic pada waktu malam.

Tempat seterusnya yang saya pergi adalah pekan budaya lama di Kyoto. Terdapat banyak kuil agama Buddha dan Shinto yang indah. Ia sangat berbeza dengan kehidupan di bandar Osaka dan ia benar-benar aman dan tenang. Di sini adalah tempat di mana gabungan kuil-kuil dan alam semula jadi. Saya melihat geisha berjalan-jalan dengan berpakaian kimono dan semua orang sibuk mengambil gambar. Saya sangat terpesona dengan keindahan kuil-kuil di Kyoto.

Kemudian kami berhenti seketika di rumah teh untuk menikmati teh panas dan bebola Dango. Kami pergi membeli-belah dan membeli sushi sayur.

Tempat terakhir yang saya lawati adalah istana Osaka. Kami tidak berada lama di sini, namun disebabkan istana ini berdekatan dengan kawasan air dan boleh melihat seluruh bandar dari atas, ia adalah satu pemandangan yang tidak dapat saya lupakan. Ini adalah tempat yang saya paling suka sepanjang berada di Osaka.

Jadi, itulah perjalanan saya ke Jepun dan saya merancang untuk datang kembali dalam beberapa bulan lagi !!