PENGANGKUTAN UDARA DOMESTIK DAN ANTARABANGSA DI JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Jepun merupakan rumah kepada stesen kereta api yang paling sibuk di dunia dan juga beberapa laluan udara yang paling sibuk di dunia. Setiap penerbangan antara Tokyo dan Sapporo serta Tokyo dan Fukuoka membawa 8 juta penumpang setiap tahun. Ia merupakan rekod kedudukan yang kedua selepas  Seoul-Jeju sebagai tempat pertama bagi penerbangan yang paling sibuk di dunia. Penerbangan di Jepun sangat cekap dan mempunyai tahap kepuasan pelanggan yang premium.

 

Japan Airlines merupakan salah satu daripada dua syarikat penerbangan paling penting di Jepun.

 

Terbang di Jepun

 

Beberapa lapangan terbang di dunia dapat menandingi perkhidmatan dan ketepatan masa penerbangan Jepun. Lapangan terbang yang besar mempunyai kakitangan yang melakukan segala-galanya daripada menyelia beg pakaian sehingga ucapan selamat tinggal kepada pesawat yang berlepas. Menurut kajian global oleh penerbangan OAG, lapangan terbang Osaka dan Haneda berada di tempat pertama dan kedua untuk penerbangan yang paling menepati masa.

 

Lapangan terbang di Jepun terkenal dengan kecekapan mereka dan kereta api yang pantas ke bandar-bandar besar. Jepun juga mempunyai perkhidmatan kurier yang maju dikenali sebagai Takkyubin di mana ia menghantar bagasi anda ke mana sahaja sekitar Jepun dengan pantas. Sebagai contoh, anda mendarat di Narita dan membawa bagasi yang banyak, anda boleh bawa semua bagasi tersebut ke kaunter Takkyubin dan mereka akan menghantarkannya ke hotel anda. Caj yang dikenakan adalah dalam lingkungan 2,000 hingga 3,000 yen mengikut berat dan saiz.

 

Lapangan terbang antarabangsa Narita mengendalikan 50 peratus daripada semua penerbangan antarabangsa ke Jepun.

 

Lapangan terbang utama

 

  1. Haneda (Tokyo)

Lapangan Terbang Haneda,juga dikenali sebagai Lapangan Terbang antarabangsa Tokyo merupakan satu daripada dua lapangan terbang di Tokyo dan sekitarnya. Pada tahun 2014, ia mengendalikan hamper 73 juta penumpang, menjadikannya lapangan ke-4 paling sibuk di dunia selepas Atlanta, Beijing dan London Heathrow. Terletak di Tokyo Bay, Haneda mula mengendalikan penerbangan domestik dan kemudian menambah terminal antarabangsa pada tahun 2010.

  1. Narita (Tokyo)

Walaupun Narita bukan lapangan yang paling sibuk dari segi jumlah penumpang, namun lapangan ini adalah pintu masuk antarabangsa utama Jepun yang mengendalikan 50 peratus daripada semua penumpang antarabangsa. Dibuka pada tahun 1978 dan terletak di wilayah Chiba, 57 kilometer dari pusat Bandar Tokyo.

 

  1. New Chitose (Sapporo)

Lapangan terbang ini merupakan lapangan yang ketiga paling sibuk di Jepun, berfungsi sebagai hab untuk kepulauan Hokkaido di utara dan kepulauan Kyushu di selatan. Lapangan terbang New Chitose dibanjiri dengan penumpang dari Tokyo dan mencecah puluhan penerbangan antara ibu negara dan tempat percutian di Hokkaido. Pengangkutan awam seperti bas dan kereta api menghubungkan lapangan terbang Sapporo ke tempat permainan ski dan percutian resort yang lain.

  1. Fukuoka (Fukuoka)

Tokyo-Fukuoka adalah laluan yang kedua paling sibuk di dunia. Lapangan terbang Fukuoka terletak di bandar Fukuoka dan ia juga sebenarnya lebih berdekatan dengan bandar Seoul, Busan dan Jeju di Korea berbanding Tokyo.

 

Gerbang udara lain Jepun termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka dan Lapangan Terbang Kansai (Osaka), Lapangan Terbang Naha (Okinawa) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu (Nagoya).