PERATURAN BARU AKIMAHEN DI KYOTO

Etika Pengangkutan Di Kyoto 

Adab-adab dan kesopanan di Jepun adalah perkara yang sangat dititik beratkan. Mereka terkenal dengan cara yang sopan dan jadi mereka telah mencipta beberapa ilustrasi untuk membantu pelancong supaya berkelakuan baik dalam perjalanan mereka supaya tidak mengganggu orang lain.

 

  • Akimahen

Dalam usaha untuk menunjukkan pelancong apa yang tidak boleh dilakukan di Kyoto, sebuah poster yang dipanggil Akimahen telah dikeluarkan. Akihamen bermaksud “Dilarang”, Berikut adalah senarai untuk mengambarkan apa yang tidak boleh dilakukan. Di bawah ini adalah bagaimana untuk menjadi sopan apabila menggunakan pelbagai jenis pengangkutan di sekitar Kyoto.

 

  • Kereta api

 

Kereta api merupakan sebahagian besar pengangkutan dan pelancongan di Jepun. Sistem pengangkutan awam mereka adalah sangat baik, cepat dan selamat. Sekiranya ada pelancong yang tidak tahu perkara Akimahen yang berkaitan dengan kereta api, ia boleh membuatkan perjalanan tersebut menjadi tidak selesa bagi orang lain.

 

Oleh itu, jika anda sedang duduk dan melihat orang yang memerlukan tempat duduk sedang berdiri, sila bangun dan bergerak.

 

Tanda amaran yang kedua adalah, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil gambar kereta api dari arah depan. Terdapat kereta api yang sangat cepat dan sangat berbahaya jika anda berada di hadapannya. Namun, jika anda mahu gambar kereta api tersebut anda mungkin boleh menunggu sehingga kereta api telah berhenti atau membeli satu gambar kereta api yang telah diambil oleh seorang yang profesional. Ingat, jagalah diri anda!

 

  • Basikal

 

Berbasikal adalah cara yang terbaik untuk bersiar-siar di sekitar Jepun, terutamanya di sekitar Kyoto. Kawasan-kawasan di bandar Kyoto boleh dikatakan agak rata dan ia juga mempunyai jalan raya yang luas.

 

Berbasikal adalah cara yang murah, mesra alam dan sihat untuk menikmati pemandangan sekitar. Akihamen untuk basikal banyak yang berkait dengan undang-undang. Di Jepun berbasikal sambil memegang payung atau dibawah pengaruh alkohol adalah menyalahi undang-undang. Untuk memastikan percutian anda tidak berakhir dengan saman, Penguatkuasa di Kyoto memberikan nasihat awal kepada pelancong.

 

Sama seperti memandu kereta, membawa basikal apabila mabuk juga adalah perkara yang sangat berbahaya. Anda boleh tercedera atau berakhir dengan mencederakan orang lain. Jadi untuk mengelak daripada hukuman denda atau penjara, sila elakkan perkara ini dari berlaku.

 

Kedua, anda tidak dibenarkan meninggalkan basikal anda di jalan raya. Terdapat banyak kawasan khas untuk meletak basikal supaya ia tidak membuatkan laluan di bandar Kyoto menjadi terganggu disebabkan oleh basikal anda.

 

  • Teksi

Teksi adalah salah satu lagi cara yang baik untuk anda melihat pemandangan di sekitar Kyoto. Pemandu teksi biasanya cukup berpengetahuan mengenai kawasan tempatan Jepun dan harga teksi juga berpatutan. Sila ambil perhatian bahawa pintu teksi akan terbuka dan tertutup dengan sendiri. Jadi anda di ingatkan untuk tidak menarik pintu tersebut atau anda boleh merosaknya!

 

Sila ikuti peraturan-peraturan di atas supaya anda sentiasa berkelakuan sopan ketika bersiar di bandar Kyoto. Perkara yang sentiasa anda perlu ingat adalah di mana pun anda lawati, ini adalah rumah seseorang atau tempat kerja seseorang. Sila berkelakuan seperti mana anda mahukan orang lain untuk melakukannya di mana tempat anda tinggal, selaras dengan adat anda dan dengan cara yang sopan.