PERKARA YANG TIDAK DIJANGKA DI JEPUN ( BAHAGIAN 2)

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1. POKET PEMANAS PAKAI BUANG16Kairo adalah bahan kimia panas yang anda boleh bawa ke sana sini dan membuangnya sebaik sahaja anda selesai menggunakannya. Sebelum anda mengunakan kairo, anda perlu membuka plastiknya dahulu dan kemudian mengoncangkannya supaya tindak balas kimia akan bermula, tetapi versi yang lebih baru hanya memerlukan anda membukakannya sahaja. Kairo bukan sahaja mempunyai versi untuk tangan anda, tetapi ada juga jenis yang melekat pada bahagian dalam pakaian anda. Terima kasih kepada kemudahan dan kegunaannya, ia pasti sesuatu yang sangat diperlukan semasa musim sejuk.

2. YURUKYARA17“Yurukyara” adalah singkatan daripada “watak maskot yang longgar,” dan merupakan watak-watak dicipta sebagai PR untuk wilayah. Terima kasih kepada penampilan comel mereka, yurukyara telah menjadi popular, dan disebabkan itu terdapat satu fenomena di mana para pelancong ingin pergi ke kawasan-kawasan digalakkan yurukyara juga telah meningkat. Kumamono Kumamoto dan Funabashi City Funasshi (walaupun dia tidak dikenali oleh bandar) sangat terkenal.
Anda boleh katakan bahawa di Jepun, watak-watak ini telah menjadi wajah-wajah kawasan yang mereka promosikan.
3. SENI BERAS PADI18Seni beras padi adalah seni yang dibuat dengan memilih jenis beras yang berbeza-beza bagi mewujudkan sekeping seni yang besar. Inakadate di wilayah Aomori memulakan seni ini pada tahun 1993 untuk memulihkan semula bandar, dan kini ia dilakukan dalam hampir 100 tempat.

 

Seni beras padi adalah cara yang unik untuk menikmati watak-watak anime atau gaya seni yang lain, dan walaupun hanya melihat mereka membuat satu senyuman.

4. DEKOTORA19“Dekotora” adalah singkatan untuk “trak yang dihiasi,” dimana trak yang diselindungi di dalam lukisan, hiasan, lampu, dan aksesori mewah yang lain. Terima kasih kepada filem hit dari tahun 70-an, “Truck Yarou,” trak ini menjadi sangat popular di seluruh Jepun. Walaupun kini jumlah dekotora telah menurun dengan ketara, anda masih boleh melihat mereka di lebuh raya.
Pemilik dekotora menghiasi trak mereka bergantung kepada citarasa mereka sendiri, jadi reka bentuk dekotora ini sangat berbeza-beza di seluruh Jepun.

5. PURIKURA20Purikura adalah istilah umum untuk mesin di mana anda boleh mengambil gambar diri sendiri atau dengan kumpulan dengan segera dicetak sebagai pelekat foto. Ia amat popular pada tahun 90-an, dan banyak gadis sekolah tinggi mempunyai “buku Purikura” di mana mereka akan bertukar-tukar pelekat antara satu sama lain.
Pada masa itu, mesin hanya boleh untuk mengambil gambar, tetapi mesin pada masa kini membolehkan anda untuk menambah reka bentuk dan tulisan ke atas foto dan juga melaraskan saiz mata anda dan fung-fungsi yang lain. Beberapa mesin juga akan membolehkan anda untuk menerima foto sebagai data bagi telefon pintar anda, menunjukkan profesion teknologi moden. Terdapat banyak pertubuhan Purikura di mana lelaki tidak dibenarkan untuk pergi bersendirian sebagai taktik pencegahan jenayah.

6. TUKANG CUCI SHINKANSEN YANG LUAR BIASA

[VIDEO ]

Apabila sebuah kereta api shinkansen berhenti di stesen terminal, ia mempunyai masa kurang daripada sepuluh minit, iaitu di antara masa apabila penumpang turun untuk perjalanan pulang. Dalam waktu yang singkat, kakitangan pembersihan shinkansen perlu membersihkan kereta api dengan sempurna. Ini bermakna ia memerlukan teknik pembersihan yang luarbiasa. Sila tonton video yang dipautkan di atas untuk melihat mereka bekerja.

7. PEMOTONG BULU HIDUNG22Di Jepun terdapat pelbagai jenis pemotong bulu hidung, tetapi ada juga beberapa jenis di mana ia mempunyai pembersih vakum kecil yang akan menyedut bulu yang telah dipotong.

8. UBAT TITIS MATA23Terdapat bpelbagai jenis ubat titis mata, kebanyakan yang sejuk atau menyegarkan mata,pun begitu, ramai pelancong asing membeli ubat titis mata ini sebagai cenderahati.

9. PEK DISPENSER24Di antara dua paket adalah insisi ultra-nipis, jadi apabila anda menekan kedua-dua bekas serentak cecair akan keluar. Pek dispense mengandungi dua jenis cecair adalah pemikiran pertama di Jepun, jadi anda boleh mempunyai jumlah cecair yang sama dari kedua-dua perasa tanpa mencampurkan mereka.
Anda boleh menekan perasa ini dengan hanya satu tangan, walaupun anda berada di luar rumah atau beberapa lokasi lain, anda boleh menggunakannya tanpa mengotorkan tangan anda. Jika anda membeli sosej atau item yang sama di sebuah kedai di Jepun, anda akan menerima pek dispenser yang mempunyai sos tomato dan mustard.

10. SELIPAR TANDAS25Walaupun Jepun agak terkenal dengan adat tidak memakai kasut mereka ke dalam rumah, namun idak semua ketahui bahawa kebanyakan rumah di Jepun juga mempunyai selipar yang digunakan di dalam tandas sahaja.

11. TEMBIKAI SEGI EMPAT SAMA26Ini adalah tembikai segi empat sama yang dihasilkan di dalam wilayah Kagawa. Sejak mereka mengeluarkan tembikai ini, mereka mengambil banyak pekerja dan hanya boleh menghasilkan beberapa ratus buah dalam setahun. Ia bukan satu produk GMO, tetapi product ini dicipta untuk membuatkan ia lebih mudah untuk ditindan bagi tujuan penghantaran. Walau bagaimanapun, tembikai ini dijual sebagai paparan, jadi ia dituai sebelum masak, dan bukan untuk dimakan.

12. PINTU TEKSI AUTOMATIK27Sesuatu yang mengejutkan bagi semua orang yang datang ke Jepun buat kali yang pertama adalah pintu teksi automatik. Pada asalnya, syarikat-syarikat besar teksi memperkenalkan merekanya untuk Sukan Olimpik Tokyo tahun 1964 sebelum ia tersebar di seluruh negara. Ini adalah salah satu fungsi mesra pelanggan yang telah diwujudkan supaya pelanggan boleh mempunyai perjalanan yang menyenangkan.

13. PETUGAS LIF PASAR RAYA28Di beberapa pasar raya di Jepun, terdapat atendan lif yang beroperasi menjaga lif dan juga memberikan maklumat mengenai bangunan. Pelanggan di dalam lif memberi petugas lif maklumat di mana mereka mahu pergi, seperti nombor tingkat atau kedai tertentu, dan atendan akan menekan butang. Petus biasanya bercakap dalam nada tinggi, nada yang mudah semua orang fahami.

14. KANAK-KANAK PERGI DAN BALIK SEKOLAH SORANG DIRI29Di Barat, sebolehnya ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke sekolah, tetapi di Jepun, kebanyakan kanak-kanak pergi ke sekolah sendiri. Ada juga kanak-kanak semuda enam tahun yang menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah dan bas, untuk ke sekolah semata-mata.

15. SHINKANSEN DENGAN RENDAMAN KAKI30Shinkansen di shinkansen Yamagata yang bergerak antara Fukushima dan Shinjo mempunyai rendaman kaki yang dipasang supaya orang ramai boleh merendam kaki dan boleh menonton pemandangan yang dilalui. Kereta api ini juga dilengkapi dengan lantai tatami supaya ia kelihat lebih selesa.