PERKHIDMATAN IKEMESO

Menyewa Lelaki Yang Tampan Untuk Mengelapkan Air Mata Anda

Jepun telah lama menghasilkan perkhidmatan seperti menyewa teman lelaki atau menyewa teman wanita untuk menghadiri apa-apa majlis. Sebuah syarikat lain, yang juga dikenali sebagai Ikemeso, telah memperkenalkan sistem menyewa sesorang lelaki untuk memujuk wanita yang berada di dalam emosi sedih, sunyi dan terdesak.

 

Sasaran utama sayarikat ini adalah pekerja pejabat wanita yang berada dalam keadaan tekanan.

 

  • Konsep

 

Pekerja wanita Jepun cenderung untuk menjadi lebih tertekan dengan kerja-kerja dan menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka. Ini adalah sebab mengapa Hiroki Terai telah membuat satu perkhidmatan di mana wanita boleh menangis bagi melepaskan tekanan yang dihadapi dan seorang lelaki tampan yang akan menyapukan air mata mereka yang jauh. Ia kedengaran seperti perniagaan yang menguntungkan di Jepun.

 

Syarikat Ikemeso juga bermain dengan perkataan. Mereka menggabungkan perkataan “ikemen” dan “mesomeso” ke dalam satu perkataan. Ini membawa maksud “lelaki yang tampan” dan “menangis”, yang digunakan untuk menggambarkan perniagaan syarikat tersebut.

 

  • Bagaimana Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Ini?

 

Jika anda merupakan seorang wanita dan ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut, apa yang anda perlu lakukan adalah memilih lelaki kegemaran anda dari senarai syarikat. Pada masa ini terdapat 6 orang lelaki untuk dipilih daripada senarai tersebut bergantung kepada watak apa yang anda suka.

 

Kesemua mereka mempunyai lesen di dalam terapi menangis. Tugas mereka juga adalah untuk membuatkan anda menangis bagi mencurahkan segala emosi anda yang terbuku serta tersimpan, yang mungkin merupakan masalah dari tempat kerja, rumah dan sebagainya.

 

Lelaki itu akan pergi ke tempat kerja anda dan akan membiarkan semua orang (rakan sekerja) menonton sebuah video yang bertujuan untuk mendorong mereka menangis. Semua orang perlu bersama-sama mengambil bahagian di dalam sesi menangis ini supaya ia dianggap “semula jadi” dan “jujur” kerana dengan cara ini ia akan meningkatkan komunikasi  secara keseluruhannya. Selepas menonton video tersebut, lelaki itu akan mengelapkan air mata anda dengan kain untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya.

 

Jika anda ingin menempah lelaki tampan anda, pastikan anda berada di daerah Kanto di dalam Tokyo, kerana ia hanya boleh didapati di kawasan itu.

 

Anda perlu membayar yuran sebanyak ¥7900 bagi setiap tempahan dan memohon melalui syarikat anda. Perkhidmatan itu telah bermula pada 24 September 2015 tetapi mungkin menjadi trend di negara ini pada masa yang akan datang.

 

Cepat tempah lelaki yang anda perlukan dengan segera!

 

https://translate.google.com/translate?hl=en&sl=auto&tl=en&u=http%3A%2F%2Fikemeso-office.com%2F