Dengan adanya orang biasa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertemu dengan rakan-rakan atau melakukan sesuatu perkara yang mereka ingin lakukan, jadi tidak hairanlah terdapat perkhidmatan sewa di Jepun yang agak berbeza daripada yang biasa kita ketahui.
- Menyewa Sebagai Salah Satu Cara Untuk Hidup
Menyewa sebuah kereta untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain boleh dikatakan sudah menjadi perkara yang biasa bagi kebanyakan negara di dalam dunia ini. Di Jepun, menyewa gaun dan tux untuk dipakai pada majlis perkhawinan juga adalah perkara yang biasa dilakukan. (Mengapa anda perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membeli baju pengantin sedangkan anda boleh berjimat dengan hanya menyewa baju tersebut?!)
Menyewa pakaian untuk acara-acara lain juga merupakan perkara yang biasa, sebagai contoh, menyewa kimono yang mahal untuk upacara tamat pengajian atau menyewa kimono sekali lagi untuk majlis perkahwinan, menyewa pakaian untuk dipakai apabila dijemput ke majlis Halloween dan lain-lain.
Selain itu, terdapat juga kes dimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka membawa rakan-rakan mereka ke rumah, jadi kadang-kadang mereka akan menyewa sebuah bilik, terutamanya bagi orang dewasa apabila mereka mahukan sedikit privasi ketika berada bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
- Menyewa Ossan
Bagaimana pula dengan menyewa beberapa perkara yang lebih luar biasa? Bolehkah anda bayangkan anda menyewa お っ さ ん (ossan), iaitu lelaki Jepun yang mempunyai usia pertengahan?
Laman web di bawah ini membolehkan anda untuk memilih antara dua orang lelaki pertengahan umur yang menawan, untuk bayaran yang biasanya ¥1 000 sejam. Perkhidmatan yang disediakan oleh mereka adalah berbual, menasihati anda tentang kehidupan, menemani anda, melepak di kafe bersama anda… dan sudah pasti syaratnya “Tidak Ada Persentuhan”.
http://ossanrental.thebase.in/
- Menyewa Sahabat Kecil
Anda sudah bosan dengan orang? Dan anda tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam apartment anda sendiri? Jangan risau kerana anda juga boleh menyewa haiwan kesayangan di Jepun! Sebagai contoh ,laman web dibawah ini menawarkan pelbagai jenis anjing untuk disewa (bagi mereka yang bukan beragama Islam), lihat laman web land wanpaku ini!
Haiwan tersebut boleh disewa untuk di bawa berjalan-jalan satu hari, dan juga boleh membawanya untuk bermalam bersama anda! Jika anda rasakan masa satu hari itu tidak mencukupi untuk anda, anda juga boleh menyewa haiwan ini selama seminggu, malah mungkin juga sebulan. Ini merupakan perkara yang baik untuk keluarga yang tidak mampu atau tidak dibenarkan untuk membela haiwan tersebut secara kekal.
http://wanpakuland.com/index.html
- Menyewa Barang Dari Tsutaya
Jika perkara di atas ini merupakan perkara yang terlalu pelik untuk anda, jangan bimbang. Perkhidmatan sewa untuk barangan biasa juga ditawarkan di Jepun dari Tsutaya, seperti buku, CD dan DVD dihampir setiap stesen kereta api utama.