PERMAINAN WARISAN JEPUN

Memperkenalkan permainan yang diwarisi sejak dahulu kala serta permainan terkini di Jepun.

  1. Hanafuda (kad permainan bunga jepun)

Hanafuda merupakan permainan kad yang dikatakan prototaipnya telah dibuat pada zaman Azuchi-Momoyama (tahun 1957 sehingga 1603, fasa terakhir era Sengoku). Perkataan “hana” daripada Hanafuda bermaksud “bunga” dan dipercayai bahawa permainan ini dinamakan sedemikian kerana terdapat gambar bunga-bungaan yang cantik dan berwarna-warni pada kad tersebut. Permainan yang sangat digemari oleh kebanyakan orang Jepun ini mula mendapat perhatian rakyat biasa terutamanya pada zaman Edo (tahun 1603 hingga 1868, era pemerintahan Tokugawa) dan pelbagai peraturan dan cara bermain telah dicipta pada zaman Meiji (tahun 1868 hingga 1912).

 

  1. Hyakunin Isshu (kad permainan yang mempunyai 100 puisi dari 100 pemuisi Jepun)

 

Hyakunin Isshu merupakan 100 puisi yang dipilih oleh Fujiwara-no-Teika, yang bergiat pada sekitar penghujung era Heian (tahun 794 hingga 1185) hingga awal era Kamakura (1185 hingga 1333), daripada “waka” (puisi klasik Jepun yang terdiri daripada 31 suku kata) yang digemari oleh golongan bangsawan sejak zaman dahulu. Permainan kad berilustrasi sebanyak 100 keping yang berasaskan 100 waka ini telah dicipta kira-kira 500 tahun kemudian iaitu pada zaman Edo (tahun 1603 hingga 1868).

 

  1. Shogi (permainan catur Jepun)

Shogi merupakan salah satu permainan papan yang diwarisi sejak turun-temurun di Jepun. Peraturan Shogi pada masa kini tidak banyak bezanya dengan peraturan yang telah diperkenalkan pada zaman Edo. Permianan ini dimainkan dengan mengunakan Koma (kepingan berbentuk baji) dan papan Shogi yang terdiri daripada 81 petak segi empat tepat.

 

  1. Igo (permainan papan menakluk wilayah)

Sama seperti Shogi, Igo merupakan salah satu permainan papan di Jepun yang telag dipratikkan sejak zaman dahulu kala. Igo adalah berasal dari China dan dipercayai telah mula diperkenalkan di Jepun pada sekitar abad ke-7. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan batu bulat kecil berwarna putih dan hitam yang disebut sebagai Go-ishi di atas papan yang mempunyai 19 x 19 garisan hitam menegak dan melintang. Sama seperti Shogi, permianan ini dimainkan oleh 2 orang pemain iaitu 1 lawan 1, dan terdapat ramai pemain professional dalam permainan ini.

 

  1. Othello

Othhello merupakan permainan papan 1 lawan 1 yang dicipta pada tahun 1973 oleh seorang lelaki Jepun yang bernama Hasegawa Goro. Sama seperti Igo, permainan ini dimainkan dengan menggunakan batu putih dan hitam, dan peraturan permainannya sangta senang dan mudah hinggkan ada pepatah yang menyebut “belajar seminit, pakar selamanya”.

 

  1. Mahjong

Mah-jong merupakan permainan meja yang berasal dari China yang telah berkembang di Jepun dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada zaman pertumbuhan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Pada zaman internet yang seba canggih ini, permainan mah-jong juga boleh dimain kan di computer atau telefon bimbit.