PERUBAHAN POSITIF SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI JEPUN

Setiap negara mestilah mempunyai kebaikkan dan keburukkannya yang tersendiri. Hidup di negara maju tidak menjamin bahawa segala-galanya akan berubah menjadi lebih baik. Sama seperti negara Jepun, negara ini juga mempunyai aspek positif dan negatifnya tersendiri.

Beberapa masalah dan cabaran turut dihadapi seperti penggunaan bahasa dan perbezaan budaya yang mungkin anda bakal hadapi apabila tinggal di Jepun. Tetapi, sudah tentu, anda juga boleh mendapat banyak manfaat dan perkara-perkara yang positif. Di bawah ini adalah beberapa perkara yang baik yang boleh anda peroleh apabila anda tinggal di Jepun dalam waktu yang lama.

 

  • Kesihatan

Ya, sudah tentu kesihatan ini bergantung kepada gaya hidup anda. Walau bagaimanapun, seperti yang kita semua ketahui, negara Jepun sendiri mempunyai udara dan persekitaran yang bersih.

Rakyat Jepun juga mengamalkan diet sihat iaitu mereka lebih gemar untuk makan makanan yang kurang berlemak. Kebanyakan daripada makanan seharian mereka terdiri daripada makanan-makanan laut. Apabila anda berada di Jepun, secara tak sengaja anda juga akan kerap melakukan senaman fizikal yang akan biasa dilakukan oleh rakyat Jepun, iaitu seperti berbasikal dan berjalan kaki. Faktor-faktor inilah yang mungkin dapat membantu anda untuk menjaga kesihatan!

 

  • Kesopanan dan Kesabaran

Mungkin anda mempunyai kebebasan tertentu untuk bertindak dan bertindak balas kepada perkara-perkara tertentu di negara anda. Tetapi di Jepun, anda tidak boleh melakukan banyak perkara kerana ianya dianggap ‘kurang sopan’ di sini.

Di Jepun, mereka akan selalu berkata ‘sumimasen’ yang bermaksud maafkan saya dan ‘gomenasai’ yang bermaksud maaf. Mereka juga akan sentiasa memberi salam antara satu sama lain, bertindak tenang dengan sesuatu keadaan dan sentiasa mengambil berat terhadap orang di sekeliling mereka.

Tabiat ini mungkin akan membuatkan anda berasa bosan pada mulanya, namun pastinya anda dapat belajar untuk mengawal diri anda dengan lebih baik dan akan membuatkan anda menjadi lebih sopan dan mudah untuk bercampur dengan masyarakat Jepun kelak.

 

  • Bekerja Keras

Jika anda berada di Jepun untuk tujuan kajian atau kerja, pastinya persekitaran di sana akan mengubah anda untuk menjadi seorang yang lebih rajin. Orang Jepun langsung tidak boleh bertolak ansur dengan sifat kemalasan dan mereka pastinya akan sentiasa melakukan yang terbaik apabila sedang melakukan sesuatu pekerjaan. Secara tidak langsung sifat ini dapat membantu anda untuk membina tabiat baru untuk menjadi lebih serius, rajin dan menepati masa.

 

  • Bercakap Di Dalam Bahasa Jepun

Walaupun anda tidak boleh bercakap dalam bahasa Jepun pada waktu kini, kami pasti selepas anda tinggal di Jepun untuk beberapa ketika anda pastinya akan boleh bercakap di dalam bahasa Jepun sekurang-kurangnya sedikit.

Bahasa Jepun bukanlah sesuatu bahasa yang mudah untuk dipelajari, namun apabila anda hidup di kalangan rakyat Jepun, ia secara tak langsung dapat membantu anda untuk memilih perkataan yang betul. Selain itu, jika anda benar-benar serius untuk belajar bahasa ini, ia pastinya dapat memberikan anda satu kemahiran yang sangat bermanfaat untuk anda kelak.

 

  • Menghargai Makanan

Makanan Jepun terkenal kerana ia dikatakan sangat sedap. Bagi anda yang tinggal di Jepun, akan boleh menikmati makanan tempatan ini pada bila-bila masa anda inginkan. Anda boleh mendapatkan makanan Jepun kegemaran anda seperti sushi, takoyaki atau okonomiyaki dengan mudah di mana-mana sahaja pasar raya.

Di samping itu, Jepun juga mempunyai pelbagai jenis gula-gula seperti ais krim dan pelbagai jenis minuman yang pasti akan membuatkan anda berasa teruja. Hidup di sini pastinya akan membuat anda lebih menghargai makanan-makanan ini!

 

  • Alam Semula Jadi

Perubahan musim biasanya akan sentiasa menjadi salah satu perkara yang menarik bagi orang-orang di Jepun. Anda juga berkemungkinan akan mula menghargainya dengan cara yang sama. Setiap musim mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

Selain itu, Jepun juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan setiap musim akan membawa sesuatu perubahan yang baru.

Musim bunga akan sentiasa diwarnai oleh pokok-pokok sakura dan musim luruh pula dipenuhi dengan daun-daun merah dan kuning. Musim sejuk di Jepun pula akan menukarkan tempat anda menjadi satu tempat yang penuh dengan salji dan musim  panas amat menarik dan dipenuhi dengan keseronokan pantai!