Semenjak dulu lagi, ramai wanita di luar sana yang cemburu akan kecantikan wajah yang dimiliki oleh wanita Jepun dan tertanya-tanya bagaimanakah mereka mengekalkan kecantikan kulit muka sehingga ke hari ini. Walaupun pelbagai produk kecantikan dari negara ini telah dipasarkan di Malaysia, namun ada diantara kita masih was-was untuk menggunakannya kerana risau tidak sesuai atau tiada extra money.
Jadi, bagi menjawab pertanyaan anda, artikel ini akan menyenaraikan rahsia kecantikan wanita Jepun untuk anda cuba.
Pitera (Penapaian yis)
Kajian menunjukkan bahawa kandungan pitera kaya dengan pelbagai vitamin, mineral serta asid amino yang membantu merawat kulit rosak serta menanggalkan sel-sel kulit mati. Percaya atau tidak, ianya juga membantu anda mengekalkan keremajaan wajah sehingga kelihatan 5 tahun lebih muda dari usia sebenar! Namun, pitera sangat susah dicari di sini. Sekiranya anda betul-betul ingin cuba, apa kata dapatkan produk yang menggunakan kandungan pitera seperti Shiseido dan SKII.
Onsen (Mandian Air Panas)
Di negara matahari terbit ini, kolam-kolam air panas telah diiktiraf sebagai “ Resort Kesihatan Negara” oleh kerana kandungan air nya yang sangat kaya dengan mineral semulajadi. Sekiranya anda rajin berendam di kolam air panas semulajadi, jangan hairan sekiranya kulit anda menjadi lebih lembab dan Nampak muda. Selain itu, ianya juga baik untuk merawat beberapa penyakit kulit seperti ruam panas dan eczema.
Sekiranya anda belum berpeluang menjejakkan kaki ke onsen di negara Jepun, apa kata anda kunjungi beberapa kolam air panas semulajadi di Malaysia seperti Kolam Air Panas Gadek, Melaka atau di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat Selangor.
Kolagen
Kolagen adalah salah satu protein yang paling banyak dalam tubuh yang membentuk sebahagian besar kulit, rambut dan kuku kita. Tambahan pula, ianya mengekalkan keanjalan kulit serta kekuatan rambut. Dalam sebuah rancangan TV, Oprah Winfry menceritakan tentang bagaimana wanita Jepun mencampurkan kolagen dari haiwan seperti lembu, ayam dan ikan dalam air minuman mereka dan diminum semata-mata untuk memperolehi kulit muka yang anjal dan licin.
Tsubaki (Minyak Bunga Camellia)
Pada masa dahulu, semasa tiba musim bunga, bukan sahaja wanita Jepun, malah lelaki juga berebutrebut mencari dan mengumpul minyak bunga camellia untuk digunakan bagi tujuan kecantikan dan kesihatan mereka. Disebabkan minyak ini dapat melebatkan rambut, mengurangkan parut jerawat, melembabkan kulit dan merawat kulit melecur, minyak camellia sentiasa menjadi rebutan.
Rumpai Laut
Rumpai laut seperti Wakame dan Nori mengandungi kadar asid hyaluronic memberikan banyak kebaikan dalam bidang kecantikan mereka. Selain melembabkan kulit, rumpai laut ini boleh di sapukan pada rambut untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Jadi, adakah anda bersedia untuk menjadi lebih cantik sepanjang hayat anda?
Selamat mencuba! ☺