RAHSIA KULIT MUDA JEPUN

Boleh dikatakan setiap wanita di dunia ini akan berasa iri hati dengan kecantikan yang dimilki oleh orang Jepun. Seperti yang kita ketahui wanita Jepun mempunyai kulit yang sangat cantik.

Berjalan di sekitar Jepun, akan membuatkan anda berasa terpesona dengan ramai wanita cantik yang sedang berjalan di sekitar anda.

Persoalannya sekarang, bagaimana wanita-wanita ini menjaga kulit mereka? Bagaimana mereka boleh mengekalkan kulit mereka bersih dan  bercahaya?

 

  • Diet

Rahsianya adalah diet mereka. Anda adalah apa yang anda makan. Diet Jepun adalah diet yang sangat sihat. Ia langsung tidak mengandungi makanan yang tinggi kalori atau masakan berminyak seperti burger.

 

Malah, makanan ruji mereka juga dikenali kerana ia memberi manfaat kepada kulit. Diet ini juga membuatkan anda untuk mengambil buah-buahan yang tinggi dengan vitamin dan antioksidan. Dibawah adalah antara makanan contoh yang dimakan oleh mereka

 

  • Ikan

Jepun terkenal dengan sushi dan pelbagai hidangan ikan yang lain yang kaya dengan Omega 3. Asid lemak yang terkandung di dalamnya juga mengawal pengeluaran minyak dan penghidratan sel kulit. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan anti-radang yang membantu untuk melindungan kulit daripada kerosakan sinaran matahari dan dapat membaiki sel kulit anda.

  • Lobak Daikon

Diet Jepun juga termasuk  daikon atau lobak. Tanaman ini mengandungi serat dengan vitamin A dan C serta antioksidan yang membantu untuk menyahtoksikkan bahan kimia dan kekotoran yang masuk ke dalam kulit anda.

 

Itulah sebabnya mengapa lobak ini diambil untuk dijadikan hidangan diet setiap hari kerana ia dipercayai mampu membuatkan kulit anda sihat dan berseri.

 

  • Teh Hijau

Jika di beberapa negara-negara Barat dan Asia gemarkan minuman soda dan cola, wanita di Jepun pula sebaliknya lebih gemar menikmati teh hijau. Mereka juga menambahkan teh hijau ini ke dalam kek, pastri dan coklat.

 

Teh hijau ini sangat sarat dengan antioksidan, antibakteria dan anti-radang, dimana teh hijau memainkan faktor yang besar dalam penjagaan kulit muda wanita Jepun dan membuatkan wajah mereka berseri.

 

  • Oren

Vitamin C adalah sebahagian besar daripada diet Jepun. Terima kasih kepada buah oren yang banyak dan buah mikan (limau Jepun) yang semakin meningkat pengeluarannya di seluruh negara Jepun. Semasa kemuncak musim buah-buahan, ramai wanita Jepun mengambil buah oren ini untuk menjadikannya sebagai snek semasa waktu rehat mereka.

 

Kini tidak hairanlah mengapa wanita Jepun “membesar dengan lebih muda” dan bukannya kelihatan lebih tua dari usia mereka. Kami boleh memberi gen kredit, tetapi makanan ruji mereka sendiri sudah mengandungi manfaat yang sangat baik kepada kulit dan pastinya ia telah ditunjuk ke dalam setiap kulit wanita yang bercahaya. Jadi, anda juga perlu menikmati diri anda dengan masakan Jepun dan merasai faedahnya iaitu kulit yang lebih sihat dan muda.