Ryokan: Rumah Penginapan Lama Jepun Yang Menawan
Ryokan adalah rumah penginapan tradisional Jepun yang tidak banyak berubah sejak zaman Edo. Segala yang ada di Ryokan adalah tradisional termasuklah bangunan, taman, bilik, peralatan tempat tidur, onsen, makanan dan pakaian. Ianya seperti perjalanan ke masa silam untuk merasai keunikkan Jepun pada masa dahulu.
Sejarah Ryokan
Pada tahun 1603, seorang panglima perang yang bernama Tokugawa Ieyasu telah menjadi Shogun Jepun selepas ia memenangi satu siri pertempuran. Dari sini bermulalah satu zaman di mana kita ketahui sekarang sebagai zaman Edo (iaitu pada tahun 1603 sehingga tahun 1868).
Sebelum tahun 1603, Jepun telah mengalami perang saudara selama berabad-abad (pasang dan surut). Zaman Edo adalah satu tempoh panjang yang pertama bagi keamanan di dalam negara Jepun. Ini menjadikan perjalanan domestik Jepun selamat buat kali yang pertama dalam sejarah Jepun.
Kemudian, orang Jepun pula mula menjelajah dan menerokai negara mereka sendiri. Pada masa inilah Ryokan mula diwujudkan.
Jenis-jenis Ryokan
Terdapat banyak kepelbagaian untuk Ryokan ini. Ada yang dikendalikan oleh keluarga yang kecil dan ada juga yang dikendalikan menjadi resort secara besar-besaran.
Harga Ryokan ini juga berbeza-beza. Ryokan boleh menjadi antara hotel yang paling mahal di dunia dan ada juga ryokan yang murah untuk menarik pelancong yang inginkan penjimatan.
Harga Ryokan sentiasa di kira dengan berapa orang dan berapa malam. Harga (biasanya) termasuk sekali dengan sarapan dan makan malam. Setiap bilik biasanya boleh menempatkan seramai 4 orang sahaja. Harga akan menjadi lebih murah apabila anda berkongsi dengan 4 orang. Kebanyakan ryokan tidak menerima tempahan untuk penginapan bagi seorang dewasa.
Di Mana Ryokan ini terletak?
Ryokan boleh dijumpai di seluruh kawasan di Jepun. Dari kampung-kampung terpencil sehinggalah ke kawasan bandar Tokyo. Kawasan kejiranan Asakusa Tokyo amat dikenali dengan Ryokan bajet dimana biasanya makanan tidak termasuk dengan penginapan anda.
Kyoto pula mempunyai kedua-dua jenis ryokan iaitu ryokan bajet dan ryokan mewah.
Sebahagian besar ryokan pula terletak di kawasan peranginan seperti Hakone.
Walaupun di kawasan yang terpencil, kampung-kampung di Jepun biasanya mempunyai ryokan. Ryokan disini biasanya adalah dwifungsi, dimana ryokan ini juga merupakan rumah keluarga pemilik.
Layanan
Anda boleh menjumpai nama anda tertulis di atas papan selamat datang apabila anda masuk ke dalam ryokan anda.
Anda akan segera disambut dan dibawa ke tempat duduk di lobi atau terus ke dalam bilik anda. Anda juga akan dihidangkan dengan teh dan makanan ringan sebelum diberikan borang daftar masuk.
Ryokan secara amnya menawarkan tahap perkhidmatan yang tidak boleh dibandingkan dengan harga sewaan sebuah hotel. Kebaikan ryokan adalah ia memberikan pembantu kepada anda. Pembantu ini akan berada di sana untuk menyambut, mendaftarkan, menunjukkan bilik, membawakan teh, membantu menyelesaikan masalah, membawa makanan anda, dan lain-lain.
Yukata
Ryokan biasanya akan menyediakan yukata untuk tetamu mereka pakai semasa berada di penginapan mereka. Anda boleh memakai yukata ini di sekitar hotel (seperti untuk mandi di onsen). Dengan adanya Yukata, ia menambahkan lagi daya tarikan dunia lama ryokan. Kakitangan di ryokan juga memakai kimono.
Bangunan
Ryokan biasanya terletak di bangunan yang bersejarah. Selebihnya terletak di dalam struktur yang moden.
Ryokan biasanya mempunyai kawasan yang luas di lobi. Lobi, restoran dan bilik biasanya mempunyai pemandangan taman Jepun.
Bilik
Bilik-bilik di Ryokan biasanya mempunyai gaya tradisional Jepun dengan lantai tatami, katil futon, perabot gaya lama, fusuma, shoji dan tokonoma.
Ryokan biasanya mempunyai bilik yang menghadap matahari atau balkoni yang dipisahkan oleh pintu Fusuma.
Ryokan yang mahal pula mungkin mempunyai onsen persendirian di dalam bilik.
Makanan
Ryokan (kadang-kadang) menghidangkan makanan kepada anda di dalam bilik. Sarapan pagi biasanya adalah gaya Jepun dan makan malam pula adalah makanan yang bertemakan kaiseki.
Makanan biasanya dijadualkan untuk masa yang tertentu (ryokan akan mengesahkan masa dengan anda). Jika anda terlewat anda perlu memaklumkan kepada ryokan ini.
Onsen
Hampir kesemua ryokan mempunyai onsen. Onsen ini biasanya dipisahkan mengikut jantina. Onsen mungkin berada di dalam rumah, di luar rumah atau kedua-duanya.
Hiburan
Ramai tetamu ryokan memilih untuk tinggal di ryokan sepanjang hari dan malam untuk menikmati onsen, makanan dan berehat di kawasan umum atau di dalam bilik mereka.
Ryokan yang besar biasanya akan menawarkan bar, kafe, bilik permainan dan karaoke.
Ryokan yang lebih kecil mungkin tidak mempunyai semua kemudahan ini. Tetamu biasanya akan menikmati makanan ringan dan minuman di dalam bilik mereka sepanjang hari dan malam.