SAYUR-SAYURAN JEPUN YANG ANEH

Apabila anda memesan makanan di Jepun, kerap kali makanan yang anda pesan itu akan dihidangkan dengan beberapa bekas yang tidak dikenali apakah bahan di dalamnya dan ia pastinya membuatkan anda berfikir … apa tu? Sebenarnya ia merupakan sejenis sayuran yang anda mungkin tidak kenali sebelum ini. Di bawah ini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran pelik yang mungkin anda tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini :

 

  • Shiso (Daun Perilla)

Pada waktu pertama kali anda melihat daun ini muncul di atas pinggan anda, pastinya anda cukup yakin bahawa ianya tidak boleh dimakan sama sekali, tetapi ternyata anda salah. Biasanya sushi atau sashimi didatangi bersama daun perilla ini yang merupakan sebahagian daripada keluarga pudina. Walaupun rasanya tidak sama langsung dengan daun pudina. Biasanya ia dibentukkan kepada satu bentuk seperti katil, di mana tujuannya adalah untuk meletakkan wasabi, atau untuk menghiasi timbunan sashimi.

 

Daun itu sendiri memang boleh dimakan dan sesuai untuk dimakan bersama dengan sesuap sushi. Rasa daun ini seakan sama seperti daun ketumbar dan daun selasih. Namun kebanyakan orang yang memakan daun ini mengatakan daun ini mempunyai rasa yang unik.

 

Rasa shiso adalah sangat kuat dan boleh menjadi sedikit terlampau jika ia dimakan begitu sahaja. Anda boleh cuba memakan daun ini dengan mencelupkannya ke dalam sos soya bersama sashimi untuk mendapatkan rasa yang pelbagai.

 

  • Daikon (Lobak Jepun)

 

Daikon boleh diterjemahkan sebagai “akar yang besar” di mana ia secara keseluruhanya merupakan sayur-sayuran yang paling besar dan lebih kerap dilihat, namun ianya bukanlah sayur-sayuran yang paling murah di pasaran. Daikon ini kelihatan seperti gergasi, lobak merah anemia dan mempunyai rasa yang agak kurang enak untuk dimakan. Pada asasnya rasa daikon adalah sangat ringan dan tidak mempunyai apa-apa rasa.

 

Rasa sayur ini tidaklah terlalu buruk jika anda letakkannya ke dalam sesuatu makanan seperti kari, dimana ia boleh menyerap semua rasa. Sama seperti sayur-sayuran lain yang tidak menyelerakan, sayur daikon ini juga cukup baik untuk anda kerana ianya sangat rendah kalori dan tinggi dalam hampir ke semua aspek yang baik untuk anda. Sehinggakan ada juga orang yang mengamalkan “Diet Daikon”.

 

  • Nagaimo (Ubi keladi Jepun)

 

Kebanyakan daripada jenis keladi yang ada memerlukan anda untuk memasakannya terlebih dahulu sebelum ianya boleh dimakan, namun keladi Jepun ini diberikan pengecualian kerana ianya boleh dimakan mentah begitu sahaja.

 

Nagaimo selalunya ditambahkan ke dalam mi, atau ke dalam adunan okonomiyaki untuk bertindak sebagai ejen untuk percantuman.

 

  • Renkon (Akar pokok teratai)

 

Renkon merupakan sejenis makanan tradisional Jepun. Biasanya bunga dan daun rekon ini digunakan sebagai hiasanan, kerana akar rekon ini sahaja yang boleh dimakan.

 

Tekstur akar pokok teratai ini adalah rangup, dan ia boleh dihidangkan ke dalam pelbagai hidangan. Karashi Renkon adalah hidangan yang amat popular di Kumamoto, di mana lubang akar teratai akan dipenuhi dengan campuran pes miso, mustard dan madu. Seluruh akar pokok teratai yang telah disalutkan oleh bahan-bahan tersebut kemudiannya digoreng ke dalam beberapa kepingan atau secara keseluruhannya.

 

  • Takenoko (Rebung)

 

Pucuk buluh atau lebih dikenali sebagai rebung dimakan di seluruh Asia dan dimasak ke dalam pelbagai cara serta hidangan. Rasanya boleh menjadi pahit jika ianya tidak dimasak dengan cukup.

 

Hidangan masakan rebung Asia seringkali tidak begitu menyelerakan, jadi sudah pasti ianyaadalah baik untuk anda kerana mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

 

 

  • Goya (Peria)

 

Jika anda pernah termakan sayur peria ini pastinya ia akan menjadi salah satu daripada sayur yang paling teruk yang anda pernah makan di dalam hidup anda. Rasa peria ini bukan sahaja mengerikan, bahkan ianya juga begitu pahit dan langsung tidak enak untuk dimakan. Dengan hanya tergigit sedikit sahaja peria ini, ia mampu menghilangkan semua rasa-rasa yang ada pada lidah anda.

 

Peria ini kelihatan seperti timun yang dipenuhi ketuat dan rasanya begitu pahit dan langsung tidak enak untuk dimakan. Terdapat beberapa cara untuk memasak peria ini supaya ianya menjadi kurang pahit, namun begitu segelintir orang masih lagi tidak yakin untuk memakan peria ini.

 

Memandang rasanya yang begitu buruk, pasti ramai yang menyangka sayur ini adalah paling baik untuk anda. Namun begitu, kajian telah membuktikan perkara yang sebaliknya. Kesan sampingan yang boleh berlaku apabila anda memakan peria ini adalah termasuk sakit dada, masalah lemah kawalan kencing dan cirit-birit.

 

Selain daripada itu, wanita hamil juga tidak disyorkan untuk memakan peria. Akhirnya, kini terdapat sayur-sayuran yang anda perlu elak untuk memakannya!

 

 

  • Okura (Bendi)

 

Apabila keseluruhan bendi ini dimasak pada waktu yang sekejap, hasilnya adalah sangat berbeza daripada ianya dimasak setelah dipotong kepada beberapa kepingan.

 

Apabila bendi ini dipotong dan dihiris menjadi beberapa kepingan, sayur ini akan menjadi berlendir dan melekit. Ianya merupakan makanan yang sihat tetapi, sekali lagi, tidaklah begitu enak untuk dimakan.

 

Jadi ini adalah serba sedikit pengenalan ringkas kepada anda untuk beberapa sayur-sayuran Jepun yang aneh. Selamat mencuba!