11 ISTANA DI JEPUN

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1Jepun dianggarkan pernah mempunyai lebih dari 5000 buah istana pada Zaman Sengoku iaitu pada masa berlakunya perang pada tahun 1467 sehingga tahun 1603. Pada zaman Edo pula bilangan istana diselaraskan supaya keamanan dapat ditetapkan dalam tempoh masa yang lama. Menjelang tahun 1860-an, Jepun memulakan program pemodenan secara agresif dan istana dilihat sebagai simbol cara lama Jepun. Banyak istana telah dilelong pada tahun 1800-an.

Gelombang besar seterusnya berlaku pada Perang Dunia kedua yang mengakibatkan banyak kemusnahan istana. Banyak istana telah ditukar kepada markas tentera dan menjadi sasaran kepada pengebom Amerika.

Walaupun terdapat banyak kemusnahan yang telah berlaku, masih ada lagi istana asal yang boleh dilihat di Jepun. Terdapat juga banyak pembinaan semula istana yang moden. Pada tahun 1960, Jepun membina semula istana yang telah di bom untuk membangkitkan semula suasana istana yang bersejarah ini. Pada mulanya, istana biasanya dibina dengan konkrit iaitu dengan ciri-ciri seperti dek pemerhati. Pembinaan semula istana ini dilakukan dengan teliti untuk mencipta istana yang bersejarah dengan menggunakan kaedah dan bahan-bahan yang tradisional.

Berikut adalah beberapa istana yang paling banyak dilawati oleh pengunjung di Jepun.

1. Himeji Castle
Istana Himeji adalah istana terbesar di Jepun. Istana yang seluas 233 hektar ini terdapat 83 bangunan, tiga parit dan lorong-lorong berpusing di dalamnya. Istana ini dibina pada abad ke-17, dan semua bangunan di sini adalah asli.

Istana ini pada ketika dahulu pernah berada di tepi laut, namun apabila tahun demi tahun berlalu, kawasan ini telah berada jauh dari laut apabila kawasan perlabuhan mula dibina pada ketika itu. Istana Himeji telah terselamat daripada gempa bumi besar, peperangan dan kebakaran. Ia kaya dengan legenda termasuk cerita-cerita hantu.22. Matsumoto Castle
Ia merupakan salah satu istana yang tertua di Jepun yang telah wujud sewaktu tahun 1594 lagi. Matsumoto Castle adalah sebuah istana yang menakjubkan dengan hiasan dalaman yang masih asli. Beberapa penduduk tempatan di sini percaya istana ini dihantui oleh hantu seorang petani yang memberontak.33. Kumamoto Castle
Suatu ketika dahulu Istana Kumamoto merupakan istana terbesar di Jepun dengan memiliki 49 menara dan kediaman maharaja-maharaja. Istana ini pernah menjadi tapak pertempuran yang besar antara samurai dan kerajaan tentera di hujung zaman Edo. Pada hari ini istana ini mempunyai campuran bangunan yang dibina semula dengan 13 struktur asal.44. Hiroshima Castle
Pada tahun 1590-an, istana ini mempunyai tanah rendah yang pernah dikelilingi oleh tiga parit besar. Istana Hiroshima kebanyakannya dimusnahkan pada 6 Ogos 1945 disebabkan oleh pengeboman bom atom di bandar Hiroshima. Pada hari ini, Istana ini adalah istana yang melalui pembinaan semula secara moden.55. Nijo Castle
Istana Nijo terletak di Kyoto merupakan rumah kepada Tokugawa Shoguns iaitu seseorang yang pernah memerintah Jepun pada zaman Edo dahulu. Ia mempunyai dua sistem parit yang besar tetapi tidak begitu kelihatan seperti istana. Di dalamnya terdapat dua buah istana yang dikelilingi oleh taman-taman yang dimiliki oleh Shogun dan Maharaja. Istana Shogun ini dibuka kepada orang ramai. Ia dihiasi dengan hiasan daun emas dan mempunyai lantai bulbul yang direka untuk mengesan serangan ninja.66. Nagoya Castle
Istana ini mempunyai tanah rendah yang besar di tengah-tengah Nagoya yang dibina pada tahun 1520-an. Pada hari ini bangunan-bangunan di sini adalah campuran asal abad ke-17, ini kerana pembentukan semula konkrit dan pemulihan kepada istana moden yang telah dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan tradisional. Perhiasan yang berada di bumbung istana iaitu ikan lumba-lumba emas adalah simbol kepada Jepun yang telah pergi merantau ke seluruh dunia sehingga ianya musnah dalam Perang Dunia ke II.77. Osaka Castle
Istana Osaka adalah sebuah istana besar yang telah menyaksikan sejumlah besar pertempuran yang mengubah perjalanan sejarah Jepun. Dalam Perang Dunia Kedua, istana ini dijadikan sebuah kilang peluru yang menempatkan pekerja seramai 60,000 orang. Namun ianya telah dimusnahkan oleh bom pada tahun 1945.

Hari ini, istana ini telah dibina semula dan dari luaranya ia kelihatan sama seperti abad ke-19. Kebanyakan parit, dinding dan rumah-rumah kedai di sini berjaya untuk terus hidup merentasi sejarah.88. Inuyama Castle
Istana Inuyama adalah sebuah istana di atas bukit dan merupakan salah satu istana yang tertua di Jepun yang dibina pada tahun 1440, namun ianya diubahsuai sehingga tahun 1620. Istana ini menghadap Sungai Kiso di mana teknik purba memancing dandang masih diamalkan.99. Edo Castle
Istana Edo adalah istana terbesar yang pernah dibina di Jepun. Parit luar di luar istana ini pernah menjadi tumpuan penduduk seperti apa yang terjadi di tengah-tengah Tokyo pada hari ini. Malangnya, Istana Edo ini telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1873 dan dirobohkan. Namun masih terdapat saki-baki parit, dinding, jambatan dan pondok pengawal di sini. Kebanyakan telah digunakan dalam pembinaan reka bentuk semula Istana ini.

Tapak bekas istana kini menjadi Imperial Palace East Gardens. Ia di buka kepada orang ramai.1010. Fukuoka Castle 
Istana ini pernah suatu ketika dahulu mempunyai 47 menara sebelum berlakunya runtuhan istana yang besar. Istana Fukuoka kebanyakannya diterokai pada tahun 1871. Beberapa menara asal, pintu, dinding dan bahagian-bahagian dari parit kekal seperti asal pada hari ini.1111. Aizu Wakamatsu Castle
Istana di Fukushima Prefecture menyaksikan pertempuran yang hebat sepanjang sejarahnya dari tahun 1384 sehingga tahun 1874. The Samurai of the Aizu area telah dikenali kerana kemahiran mempertahankan diri mereka yang hebat. Istana ini merupakan tapak Pertempuran Aizu dalam Perang Boshin yang membawa kepada samurai menentang tentera Jepun moden. Istana ini telah dibina semula dengan konkrit pada tahun 1965. Ia dikelilingi oleh sebuah taman yang besar dipenuhi dengan dinding batu dan sisa-sisa parit istana tersebut. Istana ini kelihatan cantik pada musim sakura, musim luruh dan pada musim sejuk.12