Sedapnya Roti Di Jepun

Pernahkah anda mendengar berkenaan roti di Jepun? Tahukah anda roti yang manakah paling popular dan digemari ramai di Jepun? Walaupun terdapat lebih daripada 30 jenis roti di Jepun, namun roti-roti ini yang tetap menjadi pilihan dan seringkali laris dijual di setiap kedai-kedai roti. Mari kita kenali lapan roti paling popular yang boleh anda nikmati di Jepun.

1. Roti YakisobaHelen Graves's fried-noodle sandwich – aka yakisoba pan.Adakah anda tahu apa itu Yakisoba? Roti Yakisoba secara ringkasnya merupakan roti yang diisi dengan sejenis mi digoreng bersama daging, sayur-sayuran dan otafuku-sos.

Rotinya pula diambil daripada roti sosej. Roti Yakisoba sangat terkenal di kalangan anak-anak muda, terutamanya pelajar-pelajar sekolah tinggi kerana ia murah dan intinya padat . Ia mungkin kelihatan agak pelik bagi sesetengah orang kerana roti dimakan bersama mi, tetapi campuran sos otafuku dan roti membuat rasanya sangat menyelerakan.

2. Roti Kari2Memandangkan apa sahaja makanan yang berperisa kari suatu yang sensasi di Jepun, roti kari telah menjadi makanan popular bagi rakyat Jepun. Ia merupakan bun yang diperbuat daripada adunan tepung yang sedikit manis, intinya diisi dengan sesudu penuh kari dan digoreng sehingga garing.Terdapat pelbagai jenis roti kari, adakalanya ia tidak digoreng dan dimakan begitu sahaja, ada yang intinya diisi kari beserta keju, dan ada juga yang seperti donat. Malah, apa yang menarik tentang roti ini adalah karinya berbeza dari setiap kedai. Anda boleh menikmati pelbagai jenis roti kari dengan membandingkan rasanya antara satu sama lain!

3. Katsu Sand3Katsu sand merupakan salah satu jenis roti daripada kategori sandwich. Sebut sahaja roti beserta daging, tentu katsu sand akan menjadi pilihan! Ia biasanya dimakan beserta daging dengan sayuran segar seperti sayur kubis yang dipotong cantik. Walaupun katsu di Jepun ada yang menggunakan daging babi tetapi terdapat juga kedai yang menggunakan daging ayam atau daging lembu yang dijamin halal untuk roti jenis ini. Keenakan roti ini dapat dirasai daripada sayur segar yang diisi di dalam roti. Dengan sekali gigitan shaja daripada roti ini pasti dapat membuat anda berasa kenyang dan gembira!

4. Roti Melon4Melonpan, juga dikenali sebagai kuih melon atau roti melon, merupakan produk manisan yang berasal dari Jepun, teteapi turut popular di Taiwan dan China. Ia diperbuat daripada doh berkualiti yang mempunyai lapisan nipis biskut yang rangup. Perkara yang paling penting berkenaan roti ini ialah bentuknya yang unik. Rupanya yang menyerupai melon dan seakan-akan batu melon. Pada asalnya, ia bukanlah berperisa melon, tetapi disebabkan perubahan masa menyebabkannya menjadi popular dalam perindustrian untuk menambah perasa melon pada roti melon. Kemudian, kepelbagaian mula wujud, termasuk sebahagian roti ini yang dihiasi dengan cip coklat diantara lapisan biskut dengan lapisan roti. Disamping itu, terdapat juga roti melon yang mempunyai perasa karamel, sirup maple, coklat, atau perasa lain seperti inti kastard. Sebenarnya, orang Jepun tidak menitikberatkan rasa melon tetapi lebih kepada menikmati ciri-ciri dan keunikan tekstur roti tersebut.

5. An Pan5Jika anda tidak pernah merasai anko sebelum ini, ia sebenarnya lebih sedap daripada apa yang kita dengar. Adakah anda tahu apa itu anko? Ia mempunyai inti kacang manis dan merupakan manisan tradisional Jepun. Roti ini diisi dengan anko pada bahagian dalamnya. Roti ini sangat unik bagi Jepun dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia mula dicipta pada 1874 oleh salah satu kedai roti Jepun. Ia sebnarnya boleh dimakan begitu sahaja, tetapi dipanaskan menjadi roti, dan menjadi snek yang sangat popular di kalangan kanak-kanak Jepun tidak terkecuali bagi orang dewasa. Bahkan, terdapat kartun yang mempunyai wira dengan panggilan lelaki Anpan.

6. Taiyaki6Apakah yang menarik berkanaan taiyaki yang anda perlu tahu? Taiyaki pada asasnya merupakan kek berbentuk ikan. Inti yang biasa digunakan adalah kacang merah yang dibuat daripada kacang azuki yang manis. Selain itu, inti lain yang biasa digunakan adalah kustard, coklat atau keju. Adunan ramuan diisi ke dalam acuan berbentuk ikan pada kedua-dua bahagian. Adunan tersebut diisi pada sebelah bahagian terlebih dahulu dan kemudiannya diletakkan acuan pada sebelah bahagian lagi. Ia kemudiannya dimasak pada kedua-dua bahagian sehingga menjadi warna keemasan. Sebahagian kedai menjual taiyaki dengan okonomiyaki yang diisi dengan inti gyoza ataupun sosej didalamnya.

7. Okonomiyaki7Roti ini mempunyai keupayaan untuk membuatkan perut anda berkeroncong dengan melihatnya sahaja. Okonomiyaki pada asasnya bermaksud “panggang sepertimana yang anda suka” dalam bahasa Jepun. Ia merupakan kuih dadar Jepun yang mengandungi pelbagairamuan. Seperti namanya, apa yang menarik tentangnya ialah cara penyediaannya sebahgian besarnya mengikut citarasa anda sendiri! Pada amnya, terdapat dua jenis okonomiyaki: Jenis Hiroshima dan Jenis Kansai. Okonomiyaki jenis Hiroshima mempunyai lapisan seperti telur dadar dan seringkali disertakan dengan yakisoba pada bahagian dalamnya dengan telur goreng di atas. Okonomiyaki jenis Kansai pula sebaliknya dicampur terlebih dahulu ramuannya sebelum dimasak seperti kuih dadar.

8. Korone8Korone merupakan satu lagi roti Jepun yang manis pada asasnya berbentuk kon brioche dan mempunyai inti krim coklat. Korone dicipta di Jepun,dan dinamakan bersempena perkataan France “corne” yang bermaksud tanduk. Segelintir dari anda mungkin mengenali roti ini daripada anime yang popular iaitu Lucky Star. Watak utama dalam anime tersebut menyoal rakannya dari bahagian mana dia mula memakan Korone. Rakannya kemudian menjawab dia suka makan bermula dari bahagian atas, bukan dari bahagian coklat kerana ingin menikmati bahagian roti paling sedap pada akhir sekali.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan roti Jepun? Jika anda datang ke Jepun, silalah kunjungi kedai roti Jepun. Perbezaan menunya amat ketara bergantung pada kedai tersebut. Jadi anda pasti tidak akan merasa bosan. Cuma, berhati-hati supaya tidak membeli dalam kuantiti yang banyak kerana anda pasti terpersona dengan keenakannnya.