1Jepun mempunyai pelbagai bau yang terhasil secara semulajadi dan boleh mencetuskan nostalgia. Semakin banyak masa yang anda luangkan masa di Jepun, semakin banyak bau yang anda boleh kaitkan dengan negara ini. Bau yang sering dikaitkan dengan Jepun termasuklah :

1. Tikar Tatami

Tikar tatami tradisional mempunyai bau jerami padi dan bahan-bahan lain seperti serpihan kayu. Bau ini dianggap bau yang segar dan menenangkan. Ini adalah salah satu sebab mengapa pangsapuri moden di Jepun mempunyai sekurang-kurangnya satu bilik tatami gaya lama.22. Dashi

Dashi merupakan sejenis bahan yang penting untuk memasak masakkan Jepun dan ianya boleh dijumpai di dalam sup miso dan pelbagai hidangan Jepun yang lain. Ia mempunyai bau yang tersendiri dan wujud di dalam udara untuk beberapa jam jika anda menyediakannya di atas dapur dengan cara yang tradisional. Kebanyakan orang di Jepun mengambil dashi setiap hari untuk dimasukkan ke dalam hidangan mereka.33. Sakura

Sakura mempunyai bau yang agak dan sukar untuk dihidu melainkan anda meletakkan hidung anda pada bunga sakura tersebut. Walau bagaimanapun, ramai orang yang menyukai bau bunga sakura ini tertamanya ketika musim bunga.44. Onsen

Onsen merupakan mandian air panas yang menyegarkan kerana ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Mineral-mineral ini dianggap dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara salah satu mineral-mineral yang terdapat di dalam onsen ini adalah sulfur. Ia mempunyai bau yang sangat kuat.55. Kemenyan

Kebanyakkan keluarga di Jepun akan menyalakan kemenyan setiap pagi di dalam tempat-tempat suci seperti rumah kecil khas bagi meperingati orang tersayang yang telah meninggal. Hasilnya, bau kemenyan akan meresap ke kawasan bandar pada waktu pagi. Kemenyan juga dinyalakan di dalam pembakar kemenyan besar yang terdapat di kuil-kuil.66. Pokok Gingko

Gingko adalah antara pokok kegemaran Jepun kerana ianya akan bertukar kepada warna kuning yang terang pada musim luruh dan pokok ini juga menghasilkan buah seperti kacang yang digunakan dalam masakan Jepun. Tetapi terdapat satu masalah dengan pokok Gingko ini iaitu jika buah seperti kacang tersebut dibiarkan reput, ia akan menghasilkan bau yang sangat busuk berbanding dengan bau muntah.77. Kicap

Jika anda bertanyakan kepada orang Jepun mengenai bau Jepun, kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa negara ini berbau kicap. Tetapi lain pula pendapat dengan penduduk yang bukan berasal dari Jepun, kepelbagaian jawapan yang lebih banyak boleh ditemui, antaranya ialah bau salji segar, bau sampah yang terbakar dan lain-lain.88. Nasi

Nasi yang dikukus mempunyai bau yang segar. Beras Jepun boleh dikatakan agak unik tetapi agak sukar untuk dikatakan ia mempunyai bau yang unik.99. Rumah Kayu Lama

Rumah tradisional Jepun dibina daripada kayu asli seperti kayu cedar Jepun dan Cypress. Rumah kayu dan ryokan mempunyai bau yang unik dan berbeza mengikut musim.1010. Natto

Natto adalah kacang soya yang ditapai dan merupakan masakan istimewa Jepun yang mempunyai ciri-ciri seperti berlendir, berbau, melekit, dan mempunyai rasa yang kuat. Penduduk tempatan percaya ia merupakan makanan yang sangat sihat dan oleh sebab itu ia dimasukkan ke dalam makanan haiwan. Natto merupakan yang popular untuk sarapan pagi.11