Negara Jepun amat terkenal dengan sikap etika serta yang budaya yang baik yang aptut kita contohi. orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Berikut merupakan beberapa contoh sikap orang Jepun yang patut dicontohi.
- Sikap menepati masa
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan saja si orang Jepun yang menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat sikap nihonjin mereka ini terhadap masa.
- Sikap menjaga kebersihan
Tandas-tandas awam di Jepun seperti di sekolah, stesen keretapi dan di lapangan kapal terbang, kita akan dapti tandas tersebut sangat bersih. Ini disebabkan oleh sikap orang Jepun yang terlalu mementingkan sifat menjaga kebersihan walaupun dimana mereka berada. Hal ini berikutan dapat menarik minat pelancong serta menjamin kebersihan untuk keselesaan masyarakat dunia.
- Jujur
Seperti yang diketahui, negara Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai rekod jenayah ataupun kecurian yang paling rendah. Isu ini juga jarang didengari di negara Jepun dan peratusannya adalah sedikit. Jika anda kehilangan dompet, anda akan menjumpainya semula dibalai polis yang berdekatan. Seperti peniaga di Jepun pula, seperti peniaga di Jepun, mereka akan membiarkan barangan niaga mereka tanpa dipantau oleh sesiapapun. Pembeli hanya perlu meletakkan wang pembelian di dalam kotak yang disediakan sebagai tanda pembelian mereka.
- Budaya kerja yang tinggi
Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, Mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melebihi waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat kerja mengamalkan budaya kerja ‘Samurai Bushido’ dimana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya.
- Sikap rajin membaca
Walau dimana kita berada, kita akan dapat melihat sikap orang Jepun yang gemar untuk membaca buku. Mereka akan membaca buku ataupun surat khabar untuk dijadikan bahan bacaan mereka sewaktu masa terluang. Satu sifat yang murni yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.
- Cara yang sistematik
Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu sistem yang bersepadu dan sistematik. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula di Jepun amat sistematik. Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah dan ada item-item tertentu yang wajib diasingkan (bunbetsu). Sistem dan jadual perjalanan densya dan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Di Malaysia ada juga sistem seperti ini tetapi mungkin disebabkan kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang “tidak bersistem” menyebabkan sistem tersebut gagal dilaksanakan.
- Menghormati orang lain
Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua, orang yang lebih tua atau senpai(senior). Begitu juga sikat sopan mereka terhadap pelancung-pelancung asing. Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap “irasshaimase” atau “Selamat Datang”, hatta jika ada pekerja yang sedang bekerja mengemop lantai sekali pun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk menghormati pelanggan. Dan bila keluar pula akan diucap “arigato gozaimasu” atau terima kasih. Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama mengujungi Jepun.