Sushi boleh didapati dalam pelbagai jenis di restoran dan kedai-kedai di Jepun dan seluruh dunia. Ia adalah satu masakan amat pelbagai dan sangat sesuai untuk semua golongan.
I. Nigirizushi
Sushi ini adalah yang paling biasa dijumpai pada hari ini namun kebiasaaanya harganya adalah lebih mahal. Secara amnya ikan mentah atau ikan separuh masak akan diletakkan di atas sushi dan dimakan dengan pes wasabi.
II. Makizushi
Sushi ini adalah diantara yang paling popular. Di dalam sushi ini, ia di isikan dengan ikan atau sayur-sayuran dan dibungkus di dalam rumpai laut nori yang dibakar. Antara jenis utama makizushi ialah hosomaki (nipis), futomaki (tebal), dan roll California di mana nori diletakkan di bahagian dalam, dan beras di luar.
III. Gunkanmaki
Istilah ini diterjemahkan secara langsung sebagai ‘battleship roll’, dan merujuk kepada sushi yang dibalut oleh jalur nori, dan diletakkan telur ikan sebagai ‘topping’
IV. Temakizushi
Merupakan ‘hand-rolled’ sushi, dan kebiasaanya sushi ini sangat sesuai untuk majlis makan malam, kerana tetamu boleh membuat sushi mereka sendiri. Sedikit beras sushi diletakkan di atas Nori, kemudian intinya diletakkan di atas sekali, dan kesemua bahan bahan ini digulungkan ke dalam bentuk kon.
V. Chirashizushi
Secara umumnya bermaksud ‘sushi bertaburan’. Sushi ini agak berbeza dengan jenis-jenis sushi yang kebiasaannya kita temui kerana ia dihidangkan di dalam mangkuk, dengan beras sushi diletakkan di bawah sekali dan pelbagai bahan lain pula diletakkan di atasnya, iaitu kebiasaanya adalah ikan mentah.
VI. Inarizushi
Beras sushi dihidangkan di dalam poket “Abura-age”, atau tauhu goreng. Inari berasal daripada agama asli Shinto yang membawa maksud tuhan musang dan kerana musang secara tradisional dipercayai menyukai “Abura-age”, Jadi mereka meminjamkan namanya kepada sushi ini.