Travel Ke Jepun? Ini 10 Tempat Wajib Pergi!

Jepun ialah salah satu negara yang rugi kalau anda tidak lawati !

Dari gunung yang cantik ke alatan teknologi yang terkini. Ini adalah 10 tempat paling best bila travel ke jepun.

1) Travel Jepun – Tokyo DisneyLand & DisneySea

Travel Jepun Tokyo Disneyland dan DisneySea

Taman tema Disney tak ada di semua negara.

Tokyo Disneyland & DisneySEA terletak di dalam Tokyo’s Disney Resort.

Tarikan paling best di DisneyLand adalah Big Thunder Mountain.

Toy Story Mania pula adalah Tarikan paling best di DisneySea. Anda akan dibawa melalui stesen berbeza untuk menembak target-target tertentu.

Pengalaman menaiki roller coaster melalui pekan kecil di negara barat, gua dan banyak lagi laluan yang mendebarkan.

Lokasi: Tokyo Disneyland: 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan | DisneySEA: 1-13 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan

Waktu Operasi: Tokyo Disneyland: 8.00 am – 10.00 pm | DisneySEA: 8.30 am – 10.00 pm

2) Akihabara Electronic Town

Akihabara Town

Akihabara atau nama lain Akiba adalah sebuah daerah di tengah kota Tokyo yang terkenal dengan kedai-kedai elektronik.

Adakah anda peminat anime? Ataupun anak anda peminat anime?

Terdapat kedai yang khas untuk peminat-peminat anime dan manga seperti Otaku Goods dan manga cafes.

Tempat ni dipenuhi dengan kedai besar yang penuh dengan cosplay, anime, manga dan produk elektronik. Ia adalah pemandangan biasa untuk melihat ramai orang memakai cosplay di jalanan.

Lokasi: Akihabara, Taitō, Tokyo 110-0006, Japan

3) Shibuya Crossing

Shibuya Crossing

Shibuya Crossing adalah kawasan yang sangat padat dan ramai pejalan kaki.

Ianya terletak di salah satu stesen yang paling sibuk di bandar ni, Shibuya Station.

Di sinilah setting pergambaran antara filem Hollywood terkenal seperti  ‘The Fast and The Furious: Tokyo Drift’ dan ‘Lost in Translation’.

Kalau tercari-cari lokasi yang paling ikonik untuk dijadikan latar belakang gambar percutian semasa di Tokyo, inilah lokasinya!

Lokasi: Shibuya Crossing sekitar Shibuya Station

4) Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku Gyoen National Garden adalah taman yang paling besar dan terkenal di Tokyo.

Taman ni wujud sejak zaman Edo (1603 – 1867) juga merupakan tempat tinggal para bangsawan.

Kemudian dijadikan taman botani sebelum diberikan kepada keluarga Diraja pada tahun 1903.

Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Taman Lanskap Jepun, Taman Perancis dan Taman  Lanskap Inggeris.

Lokasi: 11 Naitomachi, Shinjuku, Tokyo 160-0014, Japan

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am – 4.30 pm) | Isnin Tutup Kecuali Cuti Umum Akan Cuti Pada Hari Berikutnya | Cherry Blossom Season (Akhir Mac – Awal April) & Chrysanthemum Exhibition (awal ke pertengahan November) Dibuka Setiap Hari

5) Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Tokyo Skytree merupakan salah satu mercu tanda di Tokyo.

Ianya adalah yang tertinggi di Jepun dan kedua tertinggi di dunia, iaitu dengan ketinggian 634 meter.

Bangunan ini dijadikan sebagai menara komunikasi untuk pelbagai saluran media.

Anda sekeluarga dapat melihat pemandangan di sekitar bandar Tokyo.

Bahagian bawah bangunan ini terdapat pusat membeli-belah dan juga akuarium.

Lokasi: 1 Chome-1-2 Oshiage, Sumida, Tokyo 131-0045, Japan

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 10.00 pm)

6) Tokyo Tower

Tokyo Tower

Tokyo Tower juga salah satu mercu tanda bagi Tokyo dengan ketinggian 315 meter (1033 kaki).

Struktur Menara Eiffel menjadi sumber ilham menara ini yang dicat oren putih antarabangsa untuk mematuhi peraturan keselamatan udara.

Kalau cuaca baik, anda dapat melihat Gunung Fuji dan juga Tokyo Skytree.

Lokasi: 4 Chome-2-8 Shibakoen, Minato, Tokyo 105-0011, Japan

Waktu Operasi: Main Deck (150m): 9.00 am – 11.00 pm) | Top Deck Tour (150m & 250 m): 9.00 am – 10.45 pm

7) Gunung Fuji

Gunung Fuji
Fuji mountain and cherry blossoms in spring, Japan.

Gunung Fuji antara gunung yang paling cantik di dunia dengan ketinggian 3,776 meter.

Bentuknya “cone shape” walaupun anda lihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Dan, Terdapat tasik yang paling famous iaitu “Tasik Kawaguchiko” sebab anda dapat lihat gunung fuji tanpa ada halangan.

Lokasi: Fuji-Hakone-Izu National Park

8) Arashiyama Bamboo Forest

Arashiyama Bamboo Forest

Arashiyama Bamboo Forest laluan yang dipenuhi dengan pokok buluh yang sangat cantik.

Berjalan di sekitar sini anda dapat menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi tiupan angin dan desiran daun-daun buluh.

Nak lagi best, anda sekeluarga boleh sewa basikal untuk menikmati pemandangan di sekitarnya.

Lokasi: Sagaogurayama Tabuchiyamacho, Ukyo-ku, Kyoto 616-8394, Kyoto Prefecture

9) Nijo-jo Castle

Ni Jo Castle

Di Nijo-jo Castle anda dapat menikmati keindahan seni bina istana ini.

Anda juga dapat melihat lukisan yang terdapat pada sekitar bangunan istana.

Terasa seperti melawat muzium seni!

Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama

-Ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua

-Bahagian yang terakhir adalah Kawasan Taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.

Lokasi: 541 Nijojo-cho, Horikawa-nishiiru, Kyoto 604-8301, Kyoto Prefecture

Waktu Operasi: 8.45am – 5.00pm | Selasa Dalam Bulan Januari, Ogos Dan Disember (Tutup)

10) Nagoya Castle

Nagoya Castle

Istana Nagoya antara istana yang terbesar di negara Jepun dan dibina pada permulaan era Edo.

Di sekitar istana ini terdapat taman yang menjadi lokasi terkenal untuk Aktiviti Hanami.

Anda juga boleh menikmati pemandangan pokok bunga sakura terutamanya pada akhir bulan Mac hingga awal April.

Kawasan dalam istana ini, anda dapat melihat rekaan dalamannya yang sangat moden.

Ruangan dalaman istana ini kini digunakan sebagai muzium pameran kehidupan pejuang Jepun, Samurai.

Lokasi: 1-1 Hommaru, Naka-ku, Nagoya 460-0031, Aichi Prefecture

Waktu Operasi: 9.00am – 4.30pm | 29 Dis – 1 Jan (Tutup)

Jom dapatkan Itinerary Percutian dan Quotation Harga secara percuma. Klik link di bawah sekarang.

ITINERARY PERCUTIAN & QUOTATION HARGA PERCUMA