TEMPAT FESYEN POPULAR DI TOKYO

Seperti yang kita tahu, Tokyo merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan pelbagai barangan serta jenama yang popular yang semakin meluas di setiap pelusuk dunia. Terdapat beberapa tempat yang menjadi trend untuk fesyen popular di Tokyo.

  1. Harajuku

Harajuku, tanah angan-angan bagi Harajuku Girls Gwen Stefani. Ia dikenali di seluruh dunia sebagai pusat fesyen dan menjadi tempat di mana orang berpakaian luar dari biasa. Anda boleh datang ke daerah ini pada hari Ahad untuk melihat gadis-gadis yang berpakaian rumit: dari Lolitas gothic dan pembantu rumah Perancis ke ravers Decora sehingga ke Gadis Mori .

 

  1. Aoyama

Bangunan yang terkenal di dunia ini dapat menarik ramai orang. Bangunan Kristal yang tinggi ini adalah sebuah karya seni: di mana bahagian luarnya berbentuk cembung menyambung, cekung dan mempunyai tingkap yang berbentuk rhomboid. Terdapat juga gua seperti pintu masuk alternatif yang memberi laluan ke tingkat bawah tanah untuk pakaian lelaki. Selain itu, anda boleh melawat  Rei Kawakubo Comme des Garçons perdana, terletak di bahagian hadapan bangunan kaca yang condong itu. Jika anda berminat untuk membeli t-shirt logo-hati dari CDG Play-line, pastikan anda tiba lebih awal.

Akhir sekali, lawati Issey Miyake, bukan kerana seni binanya tetapi lihat pada seni pakaiannya.

 

 

  1. Shinjuku

Ingin mempelajari perkara sebenar di dalam sejarah fesyen? Anda boleh lawati  Bunka Fashion College Costume Museum. Terdapat  alumni yang terkenal termasuklah dari  Paris Fashion Week veteran Kenzo Takada, Junya Watanabe dan Yohji Yamamoto. Pameran semasa adalah pada bahagian Barat dimana ia telah mempamerkan fesyen-fesyen Jepun. Pameran yang dipersembahkan hanya di dalam Bahasa Jepun sahaja dan koleksi yang unik ini sangat berbaloi untuk dilawati.

 

  1. Omotesando

Pada asasnya, Omotesando adalah Champs-Élysées Jepun. Di sini anda dapat berwindow-shopping dengan butik-butik yang mewah seperti: Chanel dan Dior, manakala di bahagian bawah terdapat Louis Vuitton, Yves Saint Laurent, Burberry, Balenciaga dan banyak lagi. Tetapi anda tentu mahu menyimpan yen anda kerana barang-barang mewah yang diimport ini adalah lebih mahal di Jepun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Ginza

Di sini terdapatnya 12 tingkat butik Uniqlo dan menjadi tempat yang wajib dilawati bagi sesiapa sahaja walaupun anda tidak begitu minat dengan fesyen Uniqlo kerana ia sangat besar.