Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an.
Semua mesti kenal dengan Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain.
Sekiranya anda ke Jepun, jom lawat tempat-tempat berikut untuk bertemu dengan watak-watak kegemaran sewaktu ‘childhood‘ anda!
Inilah dia, syurga buat semua penggemar anime!
1) Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki (Anime Doraemon Jepun)
Anda peminat Doraemon?
Anda harus pergi ke museum Fujiko F. Fujio. Museum Fujiko F. Fujio. Museum yang terletak di Kawasaki yang didirikan oleh isteri Pak Fujiko.
Pak Fujiko sendiri adalah pencipta manga untuk beberapa komik yang masih anda sehingga sekarang.
Tiket boleh didapati di Loppo vending machine di Lawson Convenience Store.
Maklumat Penting: Semua orang wajib booking tiket untuk mengunjungi museum, dan tidak ada tiket yang dijual di pintu masuk museum.
2) J-World Tokyo, Ikebukuro
Peminat Dragon Ball,Naruto, One Piece, Bleach, Gintama dan sebagainya, J-World Tokyo merupakan destinasi wajib !
Taman tema khusus didedikasikan untuk majalah anime paling terkenal, Shounen Jump! Iaitu J World.
Taman tema ini menyimpan banyak koleksi berjuduh Shonen Jump Dari Dragon Ball,Naruto hinggalah Kurobas dan Hunter X Hunter.
Taman tema ini terletak di dalam pusat membeli belah Sunshine City, Ikebukuro.
Terdapat tarikan mini game, pertunjukan hero dan maskot watak-watak popular untuk bergambar bersama.
3) Ghibli Musem, Mitaka
Ghibli Musem Merupakan salah satu muzium yang paling sukar untuk dilawati kerana had bilangan pengunjung yang sedikit setiap hari.
Anda perlu beratur panjang untuk memasukinya.
Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.
4) Gundam Statue, Odaiba
Bagi peminat Gundam pula, Odaiba merupakan destinasi wajib.
Odaiba adalah Pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay.
Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh.
Disini terletaknya tugu Gundam RX78-2 yang berskala 1:1 yang wajid anda kujungi !
Pada waktu malam, pertunjukan laser show yang memukau diadakan setiap hari.
5) Pokemon Center Mega Tokyo,Ikebukuro
Buat peminat kartun animasi Pokemon dan rakan-rakannya,
Di sini terdapat mainan dan pelbagai merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.
Akan tetapi kebanyakannya adalah Pokemon baru jadi kami pun kurang familiar akan Pokemon-pokemon yang agaknya dah mencapai seribu ekor jumlahnya.
6) Detective Conan Town,Hokuei, Tottori
Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama.
Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk anda bergambar.
Jangan terkejut sekiranya terdengar suara pakcik Mouri menjerit ‘Awaklah pembunuhnya, encik Matsuzaka!’
7) Akihabara Electronic Town
Akihabara atau nama lainnya Akiba adalah sebuah daerah di tengah-tengah kota Tokyo yang terkenal dengan kedai-kedai elektronik.
Terdapat juga kedai-kedai yang khas untuk peminat-peminat anime dan manga seperti Otaku Goods dan manga cafes.
Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara.
Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.
8) Nakano Broadway
Satu lagi syurga bagi golongan Otaku!
Nakano Broadway agak terpencil dan terletak berhampiran Shinjuku.
Dikatakan terdapat lebih banyak barangan yang rare di Nakano Broadway berbanding Akihabara.
Kita boleh mendapatkan kostum yang biasa digunakan dalam acara costume play (cosplay).
9) Tokyo One Piece Tower, Tokyo Tower
Anda peminat One Piece?
Kalau anda pencinta Luffy dan Straw Hat Pirates, pastikan anda berkunjung ke One Piece Tower di Tokyo.
Taman hiburan di sini merupakan tempat wisata pertama yang bertemakan One Piece.
Mereka mengadakan acara istimewa yang dilakokan oleh ahli kumpulan Lanun Luffy untuk merayakan 20 tahun peringatan anime “Cruise History” dan “One Piece Live Attraction “Marionette”.
10) Otome Road, Ikebukuro
Kawasan Ikebukuro ini seperti bandar kecil dari Akihabara.
Ramai yang datang ke sini untuk membeli beberapa jenis manga, kedai pakaian cosplay dan cafe di kawasan itu juga.
Terdapat beberapa tempat yang membawa anda ke kawasan kejiranan kedai (kira-kira timur laut stesen JR berhampiran kedai Toyota)
Di dalam kawasan Ikebukuro juga terdapat pelbagai kedai menjual merchandise bagi peminat wanita.
Jom Travel ke Jepun Bersama Kami “MelancongKeJepun”
Jom dapatkan Itinerary Percutian dan Quotation Harga secara percuma. Klik link di bawah sekarang.
ITINERARY PERCUTIAN & QUOTATION HARGA PERCUMA