TEROKAI RAHSIA WILAYAH TOHOKU

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kini, ramai pelancong datang ke Tohoku untuk mengetahui tentang cerita rakyat, ritual suci dan keajaiban alam semula jadi. Dari legenda  yang sukar untuk dipercayai, Tohoku adalah sebuah tempat yang penuh dengan misteri.

  1. 3 Tempat “Great Holy”

 

  • Dewa Sanzan ( 3 gunung dewa yang suci ) terletak di Yamagata, membolehkan pengunjung untuk berpakaian putih seperti penghijrah dan menjamu selera semua makanan sayuran seperti mereka yang masih mengamalkan agama purba di sini.

 

  • Gunung Osore terletak di semenanjung Aomori merupakan salah satu tempat yang menakutkan di Jepun. “Neraka Buddha” adalah padang pasir hitam dari wap dan abu gunung berapi yang dikelilingi gunung-gunung hijau. Terdapat beratas-ratus patung Jizo di kawasan ini.

 

  • Kinkasan adalah sebuah pulau yang berdekatan dengan Tashirojima (Pulau Kucing). Kinkasan mempunyai tempat-tempat suci purba, rusa liar dan monyet gunung.

 

  1. Kepercayaan Purba

 

  • Salah satu peradaban purba Jepun adalah orang Jomon. Bukti gaya hidup dan amalan mereka boleh didapati di Tohoku. Terdapat banyak tapak atau muzium di Aomori dan bulatan batu Oyu (Oyu Stone Circle) yang dijadikan artifak sejarah.
01AFX88D; Oyu Stone Circle, cromlech, Akita, Kazunoshi, Tohoku, 10000 seat Japan

 

  • Untuk tradisi dan alam semula jadi di luar bandar, tiada tempat yang lebih baik dari Tono di Iwate. Di sini, anda akan jumpa patung misteri. Kebanyakkan pengunjung akan pergi ke kolam Kappa-buchi untuk melihat kelibat kappa yang nakal. Kappa adalah raksasa sungai yang sukakan kanak-kanak dan makanan kegemarannya adalah timun.

 

  1. Misteri Alam Semulajadi

 

  • Tapak Warisan Dunia , Shirakami Sanchi mempunyai kawasan hutan yang jarang dilawati di mana pegunjung perlu mendapatkan kebenaran dan permohonan khas jika ingin melawatnya. Kolam Ao-ike di Tasik Juniko adalah kolam air berwarna biru .

 

  • Tasik Tazawa di Akita dan Tasik Towada terletak di sempadan antara Akita dan Aomori adalah tasik bawah tanah yang jauh di dalam gua di Ryusendo (Iwate).

 

  • Gua terbesar di Tohoku, Abukumado yang terletak di Fukushima adalah pokok-pokok fros yang terlindung dari dunia luar. Digelar “raksasa salji” semasa musim sejuk disebabkan pokok-pokoknya yang tertutup oleh salji tebal.

Tohoku adalah tanah yang misteri tetapi  pada masa yang sama ia juga mempunyai bandar-bandar yang besar dengan sistem pengangkutan moden dan hotel sekaligus membuatkan perjalanan pelancong lebih mudah dan selesa.