Selalu dengar orang kata, kalau pergi Jepun, jangan lupa ‘try’ main ski atau
‘snowboarding’!
So, guys!
Persoalannya, susah ke nak main?
Jawapannya, tak susah pun.
Senang je nak main kalau kita dah tahu tips nya!Nak tahu apa tips nya?
Jom MKJ kongsi dengan anda!
1. Pilih saiz kasut ski yang betul
So, macam mana nak pilih saiz kasut?
‘First’ sekali, anda kena tahu, Jepun tak guna saiz US atau UK tau!
Alamak! Habistu, guna saiz apa?
Haa. Mereka guna nilai metrik.
Kenapa guna nilai metrik?
Sebab, saiznya akan lebih tepat!
Lepas dah dapat saiz yang ‘match’ dengan kaki anda, apa perlu anda buat?
Ok. Ni penting!Anda perlu pastikan ikatan tu ketat tau.
Kenapa kena ketat?
Sebab ikatan ni la yang akan bagi kesan pada badan dan kaki anda nanti!
Kenapa MKJ cakap begitu?
Sebab, badan dan kaki akan kawal kestabilan papan ski tu nanti tau!
Macam mana nak tahu ketat atau tak?
Caranya mudah je!
Anda kena rasa sendiri kaki anda dah betul-betul mampat dengan papan ski.
Atau, pendek kata, anda rasa macam sakit sikit.
Tapi, bukanlah sakit sangat.
Sakit-sakit manja gitu! Hihihi.
Sakit tu sebab semua bahagian bawah seluar dimasukkan sekali.
Tapi tak apa. Sakit tu kejap je.
Lepastu nanti, kita akan rasa normal macam biasa je.
Jangan risau okay!Oh ya. Lagi 1, anda kena pastikan saiz kasut tu dapat diselaraskan sama dengan
papan ski tau!
Kenapa?
Sebab, kasut tak akan lekat dengan papan ski kalau tak dapat selaras sama.
Okay guys?
‘Hopefully’ tips no. 1 ni membantu anda okay!
2. Pakai ‘goggles’ khas untuk ski
Soalan paling ‘cliché’ yang selalu orang tanya,
“Kalau tak pakai ‘goggles’ boleh ke?”Nasihat MKJ, pakailah.
Bukan apa, ni demi kebaikan anda sendiri juga.
Kalau nak tahu, angin sejuk masa main ski tu nanti boleh buat mata anda sakit tau!
Tu yang pertama.
Kedua, salji dapat pantulkan cahaya matahari sampai anda rasa penat kat bahagian
mata.
So, apa tujuan anda pakai ‘goggles’?
Yes, for sure untuk ‘protect’ mata anda dari angin yang sejuk dan ‘stress’ pada mata
masa main ski.
Sebelum ke Jepun, and bolehlah ‘ready’ siap-siap ‘goggles’ dari Malaysia ya!
Kalau nak beli kat Jepun pun boleh.
Paling murah anda boleh beli dengan harga 5,000 yen.
Apa pun, yang penting, wajib beli dan pakai okay!
3. Guna ‘winter neck’ atau ‘warmer scarf’ yang sesuai untuk ski
Tips ni nampak ‘simple’. Tapi, kalau tak pakai, fuh!
Bersedialah untuk kesejukan.
Walaupun sikit je ruang kat permukaan kulit kita yang tak tertutup, angin sejuk ‘confirm’
akan mula menyelinap masuk!Jangan pakai ‘shawl’ yang biasa tu tau!
‘Shawl’ biasa bahaya sikit.
Takut-takut ‘shawl’ terbelit dan kemungkinan boleh terjerat leher ‘in case’ kalau kita
terjatuh masa main ski.
Fuh, sakit dapat, malu pun dapat.
Jangan cari pasal guys!
Harga pun tak mahal.
Lebih kurang 1,500 – 3,000 yen sahaja.
Terpulang pada anda nak beli yang mahal atau murah.
Yang penting, gunalah ‘winter neck’ atau ‘warmer scarf’ yang memang sesuai untuk ski
ya!
4. Pakai sarung tangan jenis ‘waterproof’
Sarung tangan atau ‘gloves’ yang anda nak pakai mesti tebal dan ‘waterproof’ okay!
Yelah, kita kena fikirkan risiko-risiko yang akan berlaku.
Bukan apa, anda bayangkan kalau jatuh.
At least, kurang sikit rasa sakit.
Harga pun tak mahal guys!
Lebih kurang 3,000 – 10,000 yen sahaja.
Kalau nak harga murah lagi, beli kat ‘shopee’ pun okay! Hihihi.
5. Pakai topi untuk tutup telinga dan rambut
Kena pakai topi ke?
Ya, MKJ cadangkan, anda pakailah topi.
Bukan nak nampak bergaya je tau!
Tapi, kita nak tutup telinga dan rambut.
Kat sana sejuk guys.
Kalau kena ‘timing’ yang betul-betul sejuk tu, rambut pun boleh beku tau!
So, kalau dah ada semua kelengkapan ni, penampilan anda akan nampak macam
gambar bawah ni.
Amacam? Gempak tak?
Nampak sikit aura nak main ski tu kan? Hihihi.
So, tunggu apa lagi?
Jom Melancong ke Jepun! -MKJ