Percutian pertama anda bersama keluarga adalah waktu yang istimewa, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia juga boleh memberi tekanan. Anda ingin mempunyai masa santai dan menyeronokkan, dan anda mahu anak kecil anda untuk berseronok juga. Kami sediakan beberapa tip-tip utama untuk mereka pergi bercuti dengan anak kecil.
- Bilangan hari percutian
Anak-anak kecil tidak fit macam orang dewasa untuk travel lama-lama. Dan mereka mudah jatuh sakit jika travel sangat lama.
- Jumlah jam sehari
Sediakan itinerari yang bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 8 malam. Anak-anak kecil jika mereka keletihan pasti akan meragam.
- Bahagikan itinerari anda
Pastikan itinerari anda adil. Tempat-tempat yang ingin dikunjungi haruslah atas minat anda dan anak. Contoh: Anak-anak ikut anda melawat bangunan bersejarah selama satu jam kemudian pergi ke kedai mainan atau playground selama satu jam. Jika dua jam masa diperuntukkan untuk shopping pastikan bawa mereka shopping barang yang mereka suka juga.
- Sediakan ada bekalan makanan
Bawa snack untuk anak kemana-mana dan itu banyak membantu mereka behave di tempat awam. Anak yang cepat lapar akan cepat meragam. Air botol berstraw pun wajib dibawa ke mana-mana. Elakkan terlalu banyak minum air manis sepanjang percutian.
Bagi anak yang breastfeed, sentiasa alert tanda-tanda mereka ingin menyusu. Bagi yang minum susu formula, pastikan sedia bekalan susu formula secukupnya.
- Sediakan pakaian dan kelengkapan yang sesuai.
Study sikit pasal musim, cuaca dan suhu tempat yang kita nak pergi. Kalua ke negara empat musim, bawa baju ikut suhu supaya anak sejuk/panas sangat. In case pergi masa winter, bawalah pelembap bibir dan losyen untuk anak-anak supaya kulit tidak kering. Selimut, stoking, snowcap dan lain-lain juga tidak lupa bawa.
Wipes/tuala kecil/kain napkin bayi wajib bawa bersama diapers dan pakaian lebih untuk anak-anak. Selitkan sekali, plastik kecil untuk baju kotor anak anda.
- Bawa stroller atau baby carrier yang sesuai
Cari stroller yang tahan lasak, ringan, saiz tayar yang sederhana, dan paling mudah dilipat kalua nak letak dimana-mana.
- Berhenti rehat demi anak-anak
Pastikan ada masa untuk anak berehat. Rehat fizikal dan minda mereka sebelum sambung perjalanan. Berada di tempat tumpuan orang ramai memang memeningkan kepala. Kalau anda pun rasa serabut, anak anda akan rasa tak selesa. Bawa mereka duduk makan aiskrim atau ke tempat yang mereka boleh main kejar-kejar, main bubble, hilangkan stress mereka.
- Bekalan ubat
Bekalan ubat-ubatan juga tidak lupa in case kalua anak-anak anda tiba-tiba jatuh sakit. Kesihatan anak wajib dijaga ketika melancong.
Nikmati percutian anda bersama si manja dengan hati yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dengan warna-warni kerenah anak-anak anda. Ikhlas dan sabar melayan keletah anak-anak dan menukarkan segala mood negatif kepada percutian yang positif lagi menyeronokkan. Selamat bercuti!