TIPS SEBELUM MELANCONG KE LUAR NEGARA

Sebelum anda buat persiapan melancong ke luar negara, Tidak kiralah Singapura, Jepun atau Amerika Syarikat. Pernah anda terfikir tips persiapan sebelum pergi melancong ke luar negara.  Semakkan perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. Berikut saya kongsikan tips persiapan sebelum nak melancong ke luar negara.

  1. PASSPORT/Tiket Penerbangan

Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Sebabnya, ketika ingin melakukan online check-in, maklumat passport diperlukan untuk diisi pada form. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Jangan main agak-agak. Waktu tengah seronok berjalan nanti, jaga passport elok-elok. Susah nanti bila hilang.

Tiket Penerbangan pula biasanya orang akan selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. Pastikan sentiasa perhati tiket anda jikalau takut tercicir ketika anda sibuk uruskan hal lain.

 

  1. Cari Maklumat

– Destinasi

– Harga Tiket pengangkutan

– Tiket “theme park/event” yang dituju

Pada hari minggu kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa.

 

  1. Pakej Promosi

Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat negara/tempat tersebut.

 

  1. Kad ATM

Sebagai backup, kad ATM yang digunakan di Malaysia boleh diaktifkan untuk pengeluaran luar negara. Caranya amat mudah, hanya perlu call bank atau ke cawangan bank berhampiran untuk mengaktifkan kad ATM anda. Kalau Maybank, boleh buat melalui Maybank2u je. Seeloknya, sediakan duit kecemasan jika ke mana-mana. Pastikan jika sedang travel, jangan bawa semua duit yang ada ketika berjalan.

 

  1. First Aid-Kid

Benda yang paling utama adalah ubat. Contohnya, Panadol, ubat selesema, ubat cirit-birit, ubat tahan muntah dan sakit kepala. Ubat-ubat ni semua penting disaat kita memerlukan. Selain dari ubat, perlu ada plaster untuk luka atau melecet dan juga minyak angin. Jika sakit perut, loya, sakit kepala boleh buat sapu. Boleh juga, standby krim panas untuk muscle, macam Muscle Pain. 

 

  1. Pakaian/Kasut

Sebelum bercuti, study sedikit info tentang suhu, cuaca kat tempat yang nak dituju. Sekurangnya, tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari anda bercuti.

Kasut pula pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Biasanya, kalau time bercuti ni akan banyak berjalan. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes.

 

  1. Barang peribadi

Bawa shampoo, berus gigi dan pencuci muka. Ada antara tempat penginapan sama ada hotel atau guesthouse yang menyediakan shampoo dan shower gel. Kita juga boleh bawa alatan mandi sendiri jika dikhuatiri alatan yang disediakan itu tidak sesuai untuk diri kita.