Menurunkan berat badan sentiasa menjadi topik yang hangat. Diet Jepun merupakan salah satu rutin diet sihat di dunia. Walau bagaimanapun, artikel ini bukanlah berkisahkan tentang resepi makanan Jepun, namun ia adalah mengenai menikmati makanan anda dengan cara Jepun.
Bukan sahaja anda akan memperolehi badan yang langsing, bahkan ia juga mampu membuatkan anda menjadi lebih sihat dan lebih cantik dari luar dan dalam. Seperti kata pepatah, “Kecantikan bermula dari bahagian dalam badan”.
- Makan menggunakan penyepit
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah kebanyakan orang Jepun memiliki badan yang kurus? Berikut adalah jawapan yang paling jelas diberikan. Kebanyakkan orang Jepun kurus kerana mereka makan menggunakan penyepit.
Makan dengan penyepit memaksa anda untuk melambatkan kelajuan makan dan memaksa anda untuk mengambil sejumlah makanan yang lebih kecil untuk di makanan. Anda boleh berehat di antara gigitan,dan ini akan memberikan masa kepada perut anda untuk hadam dan terasa cepat kenyang. Cubalah makan dengan penyepit selama seminggu dan lihatlah perbezaan diri anda.
- Gantikan minuman kopi, susu, atau coklat panas kepada teh hijau (Matcha)
Teh hijau merupakan minuman tempatan Jepun (kalori rendah) dimana ia merupakan satu alternatif terbaik untuk kopi dan minuman lain. Ia baik untuk sistem penghadaman anda dan mengandungi antioksidan yang membantu untuk membersihkan sistem badan anda daripada sebarang toksin.
- Makan menggunakan pinggan yang kecil ataupun mangkuk
Kebiasaanya orang akan mengisi pinggan mereka dengan makanan mengikut saiz, iaitu semakin besar pinggan, semakin besar saiz hidangan yang akan diambil. Di Jepun, makanan dihidangkan di dalam pinggan yang kecil atau mangkuk. Jadi, jumlah kalori yang diambil dapat dikurangkan.
- Makan sayur-sayuran terlebih dahulu
Sayur-sayuran sangat kaya dengan serat. Makanan ini selalunya diambil sebelum hidangan utama kerana dipercayai dapat membantu untuk mencernakan apa sahaja makanan selepas itu. Protein pula adalah lebih sukar untuk dihadam.
Sekiranya anda menikmati protein terlebih dahulu, segala makanan yang anda makan selepas itu akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan boleh membuatkan anda berasa kembung perut. Sayur-sayuran pula mengandungi enzim pencernaan yang membantu anda untuk memecahkan protein.
- Aktiviti berjalan dalam gaya hidup
Kebanyakkan orang Jepun tidak biasa memandu kereta seperti di beberapa negara yang lain. Mereka lebih selesa berjalan. Ia telah menjadi salah satu daripada senaman yang mudah di kalangan para pelajar dan orang dewasa.
- Berseronoklah!
Belanjalah diri anda dengan sekeping kek yang sedap! Berseronok dengan diri anda dan menikmati makanan ringan bukanlah perkara yang buruk. Lebih banyak anda menahan diri anda daripada memikirkan kek yang lazat, semakin besar kemungkinan anda untuk berada di luar kawalan dan akhirnya ia akan membuatkan anda untuk memakan keseluruhan kek tersebut.
Rakyat jepun sangat berdisplin dalam diet mereka. Mereka tahu bahawa untuk menikmati snek dengan cara yang betul, anda perlu duduk. Ambil masa anda, dan nikmatilah snek tersebut.
Makanan ringan Jepun juga biasanya telah di bahagikan kepada bahagian-bahagian yang sepatutnya. Anda tidak perlu makan secara berlebihan ataupun kurang, kerana ia sudah cukup untuk membuatkan anda berasa gembira!