Tips Untuk Sentiasa Hangat Semasa Musim Sejuk Di Jepun!

1Jepun merupakan salah satu pilihan destinasi percutian yang menarik untuk dilawati semasa musim sejuk. Walaupun musim bunga dan musim luruh adalah musim yang lebih popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong, percutian ke Jepun pada musim sejuk juga menjanjikan banyak tempat menarik dan aktiviti unuk dilakukan.

Musim sejuk bermula dari bulan Disember hingga Februari. Walau bagaimanapun, pada awal November, anda sudah boleh merasakan suasana sejuk bergantung di mana tempat anda akan melawat. Untuk bandar-bandar besar seperti Osaka dan Tokyo, salji berlaku hanya sekali-sekala sahaja. Tetapi jika anda menuju ke arah utara, terutama di kawasan pergunungan, musim sejuk adalah lebih panjang dan suhu akan jatuh secara berterusan yang mana bawah paras 3 atau 4° C.2Setiap tahun, semakin ramai orang tertarik untuk melawat negara matahari terbit ini. Bagi sesiapa yang sedang merancang atau telah menetapkan tarikh perjalanan untuk melawat negara ini pada musim sejuk, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk menghadapi musim sejuk di Jepun bagi memastikan anda menikmati percutian dengan lancar. Tentu anda tidak mahu bukan percutian anda diganggu disebabkan cuaca?

Jadi, terdapat beberapa tips dapat saya kongsikan supaya anda sentiasa merasa hangat walaupun berada dalam keadaan suhu yang rendah di negara ini. Antaranya ialah:

Di Rumah

1. Kotatsu3Tiada artikel tentang musim sejuk di Jepun akan lengkap tanpa bercakap mengenai kotatsu. Idea di sebalik ciptaan kotatsu sangat mudah dan bernas: Ia merupakan sebuah meja rendah yang dilitupi dengan selimut dan pemanas dipasang di bawahnya. Selimut itu berperanan memerangkap semua haba di bawah meja untuk memanaskan kaki yang sejuk.

Kotatsu adalah cara terbaik untuk menghangatkan badan, malah kadangkala ada orang tidur di bawahnya. Di Jepun, mereka sudah biasa berkumpul bersama keluarga di bawah kotatsu. Sambil menghangatkan badan anda juga boleh bermesra bersama keluarga!

2. Ruang Pemanas4Walaupun banyak apartmen moden dan bilik di Jepun telah dilengkapi dengan pemanas dinding, namun kebiasaanya ia tidak dapat mencapai setiap sudut apartmen. Ruang pemanas boleh dengan mudah dipindahkan dari satu kawasan yang lain dan datang dalam pelbagai saiz, warna dan jenis. Sekiranya tempat anda menetap itu saiznya agak besar, mungkin anda perlukan satu.

3. Pelembab Udara5Sama seperti ruang pemanas, ‘pelembap udara’ di Jepun datang dalam pelbagai warna, saiz dan bentuk yang unik. Sesetengah ‘pelembap udara’ malah diiklankan keupayaan mereka untuk menjadi “vacuum.” Udara musim sejuk di Jepun agak kering, terutama di kawasan Tokyo, dan dengan memiliki ‘pelembap udara’ dapat memberi anda keselesaan yang maksimum.

4. Permaidani Pemanas Atau Selimut6Dengan permaidani pemanas atau selimut, anda mungkin tidak mahu meninggalkan tempat tidur atau ruang tamu. Suhu adalah mudah laras supaya anda tidak akan terlalu panas atau terlalu sejuk, dan ia boleh dijadikan permaidani biasa atau selimut apabila musim sejuk berakhir.

5. Penutup Tingkap7Terutamanya jika anda mempunyai sebuah bilik kecil dengan tingkap, seperti bilik mandi anda perlu memerangkap haba dari ruang pemanas. Banyak kedai-kedai barangan rumah menjual kain penutup tingkap yang bertindak sebagai penebat yang boleh membantu menjaga daripada udara sejuk di luar untuk masuk. Langsir tebal juga boleh menjadi pilihan tetapi tidak digalakkan untuk pelancong kerana anda menetap hanya untuk beberapa waktu.

Pakaian

1. Haramaki8Haramaki pada asalnya dirujuk kepada perisai samurai akan pakai pada pinggangnya, tetapi itu pada abad ke-16. Pada masa kini, haramaki merujuk kepada sesuatu yang sedikit berbeza. Hari ini, haramaki adalah pakaian kain knit yang membalut di sekitar perut anda untuk memanaskan badan anda.

Kebiasaannya orang Jepun menyarankan hamaraki untuk dipakai oleh golongan kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu , pembuat hamaraki masa kini telah cuba untuk membuat ia kelihatan lebih bergaya dan mengikut trend supaya sesuai dipakai untuk golongan muda.

2. Heattech9Heattech adalah sejenis pakaian yang direka khas oleh jenama Uniqlo yang berperanan sebagai penebat badan dan membantu seseorang kekal hangat, walaupun dengan hanya satu lapisan baju nipis atau legging. Syarikat-syarikat lain juga telah menghasilkan jenis pakaian pemanas mereka sendiri, walaubagaimanapun jenama UNIQLO adalah yang paling popular di Jepun.

3. Pakaian Rumah10Berada di bilik pada musim panas mungkin hanya perlu memakai baju dan seluar nipis sahaja tidak seperti musim sejuk. Jepun ada menghasilkan beberapa pakaian rumah yang sangat comel dan sangat panas untuk musim sejuk. Banyak jenama pakaian yang menghasilkan seluar panjang/ pendek, baju dan jubah yang direka khas untuk menjadikan anda selesa dan sentiasa hangat.

4. Pek Haba (Kairo)11

Pek haba boleh dibeli di mana-mana kedai serbaneka di Jepun dan diletakkan di dalam poket, sarung tangan atau di antara lapisan untuk menghasilkan sedikit haba semasa anda berjalan dalam kesejukan. Ia boleh bertahan selama kira-kira satu jam atau lebih, bergantung pada jenama.

5. Stokin, Sarung Tangan dan Aksesori Lain12Apabila musim sejuk akan berakhir (Februari), banyak kedai cenderung untuk menjual pakaian musim sejuk mereka pada harga yang rendah. Percayakah anda bahawa kasut but seperti UGG berharga semurah ¥ 500 (RM 18)? Ia juga tahan lama!

Selain itu, sebelum datang ke Jepun pastikan membawa bersama anda sarung tangan, pelindung telinga, skarf , topi atau apa sahaja yang dapat beri anda sedikit hangat. Bagi pelancong ‘techie’, anda boleh memakai sarung tangan khas untuk digunakan bersama gadget skrin sentuh anda. Ia sangat berguna dan boleh didapati di kedai-kedai di Jepun.

Makanan

1. Nabe13Tiada yang boleh mengalahkan perasaan menghirup sup panas dari mana-mana kedai ramen ketika musim sejuk. Nabe atau dikenali sebagai “pot,” bermaksud sejenis makanan yang dibuat dalam seramik, pot nabe yang tebal. Ia terdiri daripada beberapa bahan-bahan digaul bersama-sama dalam sup. Apa-apa sahaja boleh ditambah ke dalam Nabe, dari daging,ikan hinggalah kepada apa sahaja sayuran yang anda inginkan.

Nabe bukan sahaja akan membuat anda berasa hangat tetapi ia juga memberi anda tenaga yang hilang setelah penat berjalan melawat setiap destinasi pelancongan.

2. Mesin Layan Diri Minuman Panas14Jika terdapat satu perkara yang pasti akan membuat anda hangat, ia adalah mengambil minuman panas. Ia boleh jadi sama ada teh, kopi, atau mana-mana minuman panas yang anda boleh fikirkan.

Kedai serbaneka dan mesin layan diri sangat mudah dijumpai di Jepun. Kebiasaannya ia menjual gabungan minuman panas dan sejuk. Lihat dengan teliti pada lukisan atau label. Minuman yang mempunyai label berwarna merah adalah minuman panas manakala yang biru adalah minuman sejuk.

Selain itu, ambil peluang untuk dapatkan teh panas yang dihidangkan tanpa had di setiap restoran tempat anda makan. Kebanyakannya adalah percuma.