Tips Wajib Tahu Semasa Penginapan di Jepun

(Guest House vs Hotel)

Tips Penginapan Di Jepun

Anda dah ada ‘planning’ nak ke Jepun?

So, inilah masanya untuk anda ‘plan’ elok-elok penginapan di Jepun untuk anda ‘stay’!

Persoalannya, mana lebih ‘okay’ dan berbaloi?

Guest house atau hotel?

Pada MKJ, keputusan akan berbalik semula pada bajet anda.

Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh pilih hotel.

Tapi, kalau bajet anda tak banyak, but still rasa nak selesa, anda boleh pilih guest house.

Kenapa MKJ cakap macam tu?

Jom MKJ kongsikan sebab-sebabnya!

1. Bayaran Penginapan Di Jepun

Bayaran Hotel (1 malam): 2 org dewasa = RM300 – RM350

Bayaran Guest House (1 malam): 2 org dewasa = RM200 – RM250

Nampak tak bezanya?

Guest house lebih murah kan?

So, kalau anda memang nak jimat, boleh pilih guest house okay!

2. Ruang kediaman

Okay, ada beza tau ruangan dalam hotel dengan ruangan dalam guest house!

Apa bezanya?

Ruang di dalam Hotel:

1. Ruang katil

2. Meja solek

3. Almari baju

4. Tandas

Ruang di dalam Guest House:

1. Ruang katil

2. Meja solek

3. Almari baju

4. Tandas5. Ruang tamu (Tak ada di hotel)

6. Dapur (Tak ada di hotel)

7. Mesin basuh (Tak ada di hotel)

8. Microwave (Tak ada di hotel)

9. Peti sejuk (Maybe ada/ tak ada di hotel)

So, guys!

Anda boleh nampak sendiri beza dia kan?

Hotel agak kecil dan tak banyak ruang.

Guest house pula lebih besar dan banyak ruang betul tak?

Guest house ada ruang boleh lepak-lepak kat ruang tamu.

Lepastu ada dapur pula nak masak-masak!

Nak basuh baju pun senang guys!

Tak payah susah-susah nak ke dobi.

Eh, ‘feeling’ macam kat rumah pula kan! Haha.

So, kalau anda sukakan ruang tamu & dapur, guest house la pilihan terbaik untuk anda!

3. Jimat dari segi kos makan

Okay, jom kita buat kira-kira kos makan kalau kita ‘stay’ di hotel dan guest house!

Ada beza ke?

‘Confirm’ ada!

Kos makan di Hotel:

1. Pilihan yang ada: beli/bungkus makanan dari luar hotel

2. Anggaran harga sarapan pagi: RM15 (500 yen)

3. Anggaran harga makanan tengah hari: RM30 (1000 yen)

So, kalau dah tiga hari anda kat sana, berapa agak-agaknya kos yang perlu anda

tanggung? Itu belum termasuk berapa kali anda makan.MKJ rasa, kos makan saja boleh cecah RM75 (2500 yen) sehari.

Fuh, boleh tahan mahal!

Kos makan di Guest House:

1. Pilihan yang ada: Masak sendiri

2. Sarapan pagi: Boleh guna bekalan makanan yang mudah masak (makanan

dalam tin/perencah nasi goreng)

3. Makanan tengah hari: Boleh beli di luar. So, boleh bajet untuk makan sekali je di

luar. Kalau nak jimat lagi, tak payah beli. Masak siap-siap dari rumah, lepastu

bawa je bekal okay!

So, macam mana cara nak ‘booking’ guest house?

Anda pergi je ‘website’ ni: https://www.airbnb.com/

Mudah kan?

Good luck and selamat bercuti!

Jom Melancong ke Jepun! -MKJ

FREE QUOTATION & ITINERARY PERCUTIAN

Tips Penginapan Ke Jepun