Upacara Kuno Di Jepun

Masyarakat di Jepun mempunyai sejarah tradisi yang sangat rumit. Sejak kecil lagi kanak-kanak akan diajar menghormati upacara ritual purba samaada dari segi kerohanian atau sebaliknya. Mereka mempunyai beribu-ribu kepercayaan dan perayaan yang berkaitan gaya hidup mereka. Beberapa amalan telah diamalkan beribu tahun yang lalu namun masih kekal hingga kini. Semua upacara ini adalah bertujuan untuk menyucikan jiwa dari kotoran kerohanian dan juga merayakan tuhan-tuhan mereka. Jom kita lihat satu per satu upacara purba yang masih diamalkan oleh masyarakat Jepun sekarang.

1. Misogi

Misogi adalah sebahagian daripada ritual purba Oho-harahe dimana penganut akan merendamkan atau basahkan badan mereka dengan air sejuk yang mengalir bagi mengusir roh-roh jahat serta pengaruh negatif.

2. Hadaka Matsuri (Naked men Festival)

Asal usul Hadaka Matsuri bermula berates-ratus tahun dahulu ketika Jepun dilanda satu wabak penyakit yang memakan nyawa ramai penduduk nya. Ritual ini dimulakan dengan memilih seorang perantara yang dipanggil Shin-Otoko dan orang ramai akan menyentuh badannya kerana mereka percaya bahawa sekiranya mereka menyentuh tubuh tersebut, ia akan meresap semua kesengsaraan orang yang menyentuhnya. Setelah itu, lelaki yang dilantik sebagai perantara itu akan dibuang keluar dari perkampungan mereka selamanya! Namun pada masa kini, upacara ini menjadi satu upacara terhormat yang diamalkan oleh lelaki dewasa disini. Mereka memakai cawat, berlawan sesama sendiri untuk mencari Shingi atau Tongkat Bertuah dalam lumpur. Shingi ini akan menjadi tiket bertuah mereka untuk sepanjang tahun.

3. Hanami Matsuri


Hanami Matsuri yang juga dikenali sebagai festival melihat bunga adalah festival yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Jepun dimana mereka akan meraikan permulaan musim bunga. Bunga Sakura disimbolkan sebagai sifat kecantikan yang tidak kekal dan singkat dan dikaitkan dengan kehidupan manusia. Mereka akan berkelah bersama ahli keluarga atau rakan sambil menikmati juadah yang dibawa sehingga malam.

4. Shogatsu


Shogatsu adalah perayaan Tahun Baru yang dirayakan diseluruh Jepun. Kebiasaannya rumah akan dibersihkan dan mereka akan memakai pakaian serba baru pada hari ini. Pada waktu malam pula mereka akan ke kuil untuk menyaksikan upacara Gong untuk menghapuskan dosa mereka.

5. Chado


Chado atau juga dipanggil upacara kuno the Jepun. Upacara ini tidak boleh dilakukan oleh orang biasa yang tidak pernah mengamalkannya kerana upacara ini penuh dengan seni dan memerlukan pengamal mempelajarinya dari institusi khas dalam tempoh yang agak lama. Kebiasaannya Chado akan dilaksanakan oleh wanita berpakaian Kimono khas dan semestinya sangat mahir dengan kaligrafi, Ikebana (gubahan bunga), seramik, kemenyan dan lain-lain seni lama. Upacara yang lengkap mengambil masa yang sangat lama. Anda boleh lihat video upacara Chado disini : https://www.youtube.com/watch?v=fmukjUoevf4

5. Obon


Obon atau dikenali sebagai Festival Cahaya adalah upacara yang diamalkan oleh penganut Buddha Jepun untuk memperingati nenek moyang mereka. Mereka percaya bahawa semasa upacara Obon, nenek moyang mereka akan turun ke dunia untuk melawat sanak saudara. Bagi mengalu-alukan kedatangan nenek moyang, mereka akan menyalakan lampu atau obor di merata tempat atau juga mengalirkan ke sungai. Kelipan lampu dan tanglung memberi simbolik kepada jiwa dan sifat menghargai tali persaudaraan dalam diri mereka.