Apabila penduduk tempatan pergi bersiar-siar di Jepun, mereka berkunjung ke sesebuah tempat secara seragam. Setiap tempat tarikan mempunyai keindahan tersendiri dan tidak salah untuk anda melawat. Sebuah kuil tertentu akan penuh sesak dengan orang dalam tempoh satu minggu apabila bunga yang berada dalam kuil itu mekar dan kuil itu menjadi kosong dengan pelawat pada minggu berikutnya.
Sama ada anda mahu untuk menyertai orang ramai atau mengelakkan mereka, adalah lebih baik untuk anda mengetahui serba sedikit tentang musim di Jepun, acara, puncak perjalanan dan rasa setiap bulan.
Dari segi cuaca, penduduk tempatan mungkin mengesyorkan musim bunga yang agak tenang di Jepun iaitu pada bulan April atau Mei. Sebagai alternatif, cuaca musim luruh pada bulan November juga merupakan masa yang sesuai untuk anda berjalan. Jun secara meluas dianggap masa yang paling teruk untuk melawat Jepun kerana ia adalah musim hujan.
Walau bagaimanapun, pelancong boleh membawa payung untuk menyelesaikan masalah ini pada bulan Jun. Harga perjalanan di Jepun juga berbeza dari satu minggu ke minggu lain berdasarkan cuaca, acara dan tarikan bermusim di setiap bandar. Cuti di Jepun seperti Golden Week dan Obon secara mendadak menaikkan harga hotel.
Berikut adalah bulan mengikut bulan gambaran cuaca, acara dan tarikan bermusim di seluruh Jepun.
• Januari
Januari adalah bulan yang paling sejuk dalam sepanjang tahun di Jepun tetapi ia juga bulan yang sentiasa cerah di Tokyo. Harga perjalanan amat munasabah kecuali pada cuti tahun baru di Jepun. Ia adalah bulan yang terbaik untuk bermain ski dalam keadaan serbuk kering di kebanyakan kawasan di Jepun. Antara aktiviti yang di lakukan pada bulan Januari termasuklah upacara pembakaran gunung dan perayaan dahan buluh yang bertuah.• Februari
Cuaca masih sejuk pada bulan Februari ini tetapi banyak acara yang baru sahaja ingin bermula dengan beberapa festival musim sejuk yang sangat baik. Februari adalah permulaan musim bunga mengikut kalendar lunar lama Jepun. Ini ditandai dengan tradisi membuang kacang pada syaitan. Acara lain pada bulan Februari ini termasuklah Tokyo Marathon.• Mac
Kebanyakan kawasan di Jepun mengalami cuaca musim bunga yang menyenangkan pada akhir bulan Mac. Keadaan yang sesuai untuk bermain ski kian mula menurun tetapi beberapa resort ski akan terus dibuka sehingga bulan Mei. Bunga sakura mula berkembang di bahagian pertengahan Jepun termasuk Tokyo, Kyoto dan Osaka. Ini adalah masa kegemaran ramai orang pada setiap tahun. Anda dapat lihat bunga sakura di mana-mana kawasan sekitar Jepun.• April
April bermula dengan musim bunga sakura dan berakhir dengan percutian yang dikenali sebagai Golden Week. Ia adalah satu bulan yang menyenangkan di awal musim bunga dan di kebanyakan tempat di Jepun. Banyak acara yang direka pada bulan April untuk menyambut musim bunga.• Mei
Mei adalah bulan terakhir untuk musim bunga sebelum kebanyakan kawasan di Jepun beralih ke musim hujan. Bulan ini penuh dengan perayaan, acara dan cuti. Kedua-dua Tokyo dan Kyoto sesuai untuk anda menyambut perayaan musim bunga terbesar di dalam bulan Mei ini.• Jun
Jun adalah musim hujan di seluruh kawasan Jepun kecuali Hokkaido. Musim hujan di sini mempunai corak cuaca yang tertentu iaitu ia menghasilkan suasana kelabu, hari sejuk yang pelik dan lembap. Walaupun musim hujan, bulan Jun bukanlah bulan yang mengalami hujan yang paling lebat di Tokyo.Ia merupakan satu bulan yang sangat baik untuk mendapatkan peluang untuk melancong di Jepun.
Bulan Jun menawarkan beberapa acara, terutamanya di Hokkaido dimana anda boleh lihat hari pada musim bunga dengan lebih jelas.• Julai
Julai adalah bulan permulaan yang perlahan. Kebanyakan rakyat Jepun masih terperangkap di dalam musim hujan untuk beberapa minggu pertama bulan Julai. Pada separuh minggu kedua bulan Julai, musim hujan mula berhenti, cuti sekolah akan bermula, pantai mulai terbuka dan perayaan musim panas mulai mendapat sambutan.• Ogos
Bulan Ogos amat panas dan lembap di Jepun. Harga perjalanan yang agak tinggi dari hari kanak-kanak sekolah keluar untuk bercuti pada musim panas iaitu akhir bulan Julai dan kemuncaknya semasa percutian Obon pada bulan Ogos.
Bulan Ogos agak sibuk dengan perayaan, seperti hanabi dan acara-acara lain. Ia adalah perkara biasa untuk mengadakan pelbagai acara yang menarik lebih untuk menarik perhatian lebih daripada 1 juta orang pada hujung minggu yang sama di Tokyo. Ada sesuatu tenaga yang kuat di udara, mungkin didorong oleh cuaca panas.• September
Bulan September terdedah kepada taufan dan bulan yang mengalami hujan lebat sepanjang tahun di Tokyo. Kanak-kanak kembali ke sekolah dan harga perjalanan menjadi sedikit lebih murah walaupun beberapa cuti umum pada bulan September menolak harga perjalanan untuk naik semula. Musim perayaan mula berkurangan dan digantikan dengan acara sukan dan persidangan industri seperti Tokyo Game Show dan lain-lain.• Oktober
Cuaca bertukar menjadi kering dan sejuk sebagai tanda bulan Oktober mara ke arah musim luruh. Harga perjalanan cenderung untuk menjadi sedikit murah. Bulan ini mempunyai pelbagai acara termasuk persidangan industri, perayaan musim luruh dan lain-lain. Halloween juga semakin popular di Jepun pada tahun kebelakangan ini.• November
Bulan November adalah sejuk dan segar dengan daun musim luruh yang boleh terdapat di banyak kawasan di seluruh Jepun ini. Harga perjalanan boleh menjadi mahal di kawasan yang dikenali dengan daun musim luruh seperti Kyoto dan Nikko. Acara bulan November termasuklah sumo di Fukuoka dan demonstrasi budaya di Meiji Shrine di Tokyo.• Disember
Bulan Disember adalah sejuk tetapi ia adalah bulan yang sentiasa cerah sepajang tahun di Tokyo. Orang mula berpesta dan ia adalah bulan yang sibuk di izakaya dan di tempat karaoke di Tokyo. Banyak bandar-bandar besar Jepun dihiasi dengan illuminasi Krismas dan pasaraya dengan pembeli. Musim ski baru sahaja bermula di beberapa pusat peranginan di kebanyakan tahun.