Zaman Persekolahan di Jepun (Bahagian 2)

Artikel ini adalah sambungan daripada bahagian 1 (Zaman Persekolahan di Jepun)

7) Ibu Bapa dan Sekolah di Jepun

9• Dalam satu kajian pada tahun 2005, 80 peratus daripada ibu bapa di Jepun berkata mereka bimbang pelajaran anak-anak mereka.

• Jepun mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang biasanya beroperasi di bawah penyeliaan sekolah dan bukan sebaliknya. Ibu bapa sering terlibat dalam PIBG. Kadangkala organisasi PIBG menjadi kurang cekap, menjadikan ramai orang perlu memberi lebih daripada yang diperuntukkan tetapi beban kerja dikongsi secara adil sama rata antara semua ibu bapa kanak-kanak di sekolah.

• PIBG di Jepun adalah berbeza daripada PIBG di Amerika yang mana menuntut ibu bapa mereka membayar kira-kira $ 50 setiap tahun. Secara amnya, ibu bapa di Jepun tidak perlu melibatkan diri dalam penjanaan dana atau menjadi penaja untuk sekolah. PIBG di Jepun umumnya tidak membeli barang-barang untuk sekolah. Sebaliknya daripada memberikan wang, ibu bapa diharapkan untuk meluangkan masa mereka dari segi menyertai perayaan di sekolah dan berkhidmat sebagai pengurus kelas, dan menaja jamuan menyambut pelajar baru.

8) Masa terluang kanak-kanak di Jepun

10• Sesi persekolahan biasanya berakhir sekitar jam 03:00 p.m bagi semua pelajar, termasuk kebanyakan pelajar sekolah rendah, walaupun kadang-kadang pelajar sekolah rendah mempunyai kurang kelas dan tamat lebih awal beberapa hari dalam seminggu.

• Selepas waktu sekolah, pelajar kebiasaannya meluangkan masa mereka bermain dengan rakan-rakan, melakukan kerja sekolah mereka, mengambil pelbagai kelas (piano, seni khat, dan lain-lain), atau pergi ke juku (tuisyen). Sesetengah pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kelab di sekolah (biasanya pelajar kelas atasan) seperti besbol, bola sepak, bola keranjang, atau perarakan.

• Pelajar di sekolah menengah rendah dan sekolah tinggi biasanya mengambil bahagian dalam bukatsu (aktiviti kelab) selepas sekolah. Terdapat dua jenis utama bukatsu. Salah satunya adalah bunkabu (kelab budaya) seperti muzik, band, kaligrafi dan kelab komputer. Yang lain adalah undoubu (kelab sukan) yang merangkumi sukan seperti besbol, bola sepak, bola keranjang, karate, bola tampar, dan lain-lain.

• Pelajar mengambil serius apabila melakukan aktiviti bukatsu . Undoubu terutamanya sangat aktif, mereka sering berlatih 2-3 jam setiap hari dan juga pada hujung minggu. Semua sukan dimainkan sepanjang tahun (malah pelajar bermain bola keranjang pada musim panas) dan pertandingan akan diadakan sepanjang tahun.

• Beberapa aktiviti kelab mungkin tidak aktif seperti yang lain dan pelajar di kelab-kelab ini akan biasanya mempunyai lebih banyak masa terluang selepas sekolah. Pelajar-pelajar ini akan menghabiskan masa mereka bekerja sambilan (arubaito) atau pergi ke juku (kelas tuisyen) selepas sekolah. Sesetengah pelajar pergi ke juku pada hujung minggu.

• Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pelajar sekolah menengah rendah perlu lulus ujian kemasukan untuk memasuki sekolah tinggi dan kolej. Ujian kemasukan ini sangat sukar dan pelajar menghabiskan banyak masa belajar pada tahun terakhir menengah rendah (atau sebelum). Oleh kerana ujian ini sukar dan perlu berdaya saing, pelajar terpaksa belajar di luar waktu sekolah dan ramai pelajar memilih untuk pergi ke juku bagi menghadapi ujian kemasukan mereka.

9) Kanak-kanak, Remaja dan Telefon Bimbit Jepun

11• Menurut statistik kerajaan pada tahun 2008, 31 peratus daripada pelajar sekolah rendah membawa telefon bimbit. DoCoMo Mo menawarkan talian telefon bimbit untuk kanak-kanak kecil, dengan perisian yang terdiri daripada buku-buku bergambar untuk pad penjadualan sekolah bertujuan untuk membantu mereka belajar. Pada tahun 2001, hanya 10 peratus daripada kanak-kanak sekolah rendah dan di pertengahan usia persekolahan mempunyai telefon bimbit mereka sendiri.

• Pada awal tahun 2008, 60 peratus daripada pelajar sekolah menengah mempunyai telefon bimbit, dan hampir separuh daripada mereka menggunakannya untuk menghantar 20 atau lebih e-mel sehari tetapi jarang menggunakannya untuk berkomunikasi. Selain itu, 96 peratus daripada pelajar sekolah tinggi menggunakannya, dengan kanak-kanak lelaki sekolah tinggi menggunakan telefon bimbit mereka purata 92 minit sehari berbanding kanak-kanak perempuan sekolah tinggi menggunakannya 124 minit sehari.

• Satu tinjauan di kawasan Osaka pada tahun 2008 mendapati 18.2 peratus daripada pelajar sekolah menengah dan 29.5 peratus daripada pelajar sekolah tinggi menggunakan telefon bimbit mereka lebih daripada tiga jam sehari dan mendapati bahawa 8 peratus daripada tahun pertama pelajar perempuan sekolah tinggi menghantar 100 atau lebih e -mel sehari.

10) Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

12• Pelajar kebiasaannya menyembunyikan telefon bimbit di bawah meja mereka untuk menyemak dan menghantar emel, malah ada juga yang sempat mencuri-curi mengambil gambar semasa kelas berlangsung. Walaupun telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah namun masih ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2004, 70 peratus daripada pelajar berkata mereka bercakap atau menghantar mesej teks melalui telefon bimbit ketika di dalam kelas. Seorang guru sekolah menengah ada mengatakan di dalam surat khabar tempatan, “Walaupun saya memberi amaran kepada pelajar, pelajar tetap akan sering berbalas mesej dalam tempoh lima minit. Ada pelajar yang, walaupun amaran diberikan berulang, mereka terus berbalas mesej dan tidak mengendahkannya. ”

• Pada bulan Januari 2009, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan notis meminta sekolah rendah dan menengah untuk melarang pelajar mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Pada ketika notis itu dikeluarkan, lebih daripada 90 peratus pelajar daripada sekolah rendah dan menengah membantah tindakan tersebut. Bantahan terhadap larangan itu datang daripada pihak ibu bapa yang suka anak-anak mereka untuk membawa telefon bimbit ke sekolah atas sebab-sebab keselamatan. Menurut garis panduan kementerian, ibu bapa yang mendesak anak-anak mereka membawa telefon bimbit untuk tujuan kecemasan perlu mengemukakan permohonan rasmi.

• Wilayah Wakayama adalah salah satu tempat yang pertama untuk mengharamkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Ia telah dikuatkuasakan pada tahun 2002. Tetapi sehingga ke hari ini kira-kira satu pertiga pelajar dari wilayah Wakayama membawa telefon bimbit mereka ke sekolah.

• Pada bulan Disember 2008, kerajaan Wilayah Osaka memperkenalkan peraturan-peraturan baru yang bertujuan menghalang pelajar daripada menggunakan telefon bimbit di sekolah rendah awam, sekolah menengah dan tinggi di kawasan Osaka ini. Larangan itu tidak menghalang pelajar daripada membawa telefon bimbit mereka, tetapi mereka cuma dilarang daripada menggunakannya. Ramai yang mengatakan pendapat bahawa rancangan itu tidak berkesan.

• Satu kajian pada bulan Mac, 2004 mendapati 70 peratus daripada sekolah-sekolah tinggi membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Daripada jumlah ini kira-kira 90 peratus daripadanya mengarahkan bahawa telefon dimatikan ketika pelajar berada di kawasan sekolah.

11) Pelajar yang Tertekan di Jepun

13 • Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1996 dari pelajar sekolah menengah Osaka mendapati bahawa 80 peratus daripadanya berasa tertekan, 86 peratus tidak mendapat tidur yang cukup dan 40 peratus mendapat kurang daripada enam jam untuk tidur malam.

• Seorang pelajar berusia 12 tahun yang menghabiskan Perayaan Tahun Baru (percutian terbesar Jepun) untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh bagi mengahadapi ujian kemasukan sekolah menengah berkata: “Belajar seteruk ini kadang-kadang membuat saya merasa sengsara. Ini adalah masa yang mana saya terpaksa mendorong hati saya untuk bersabar kerana tahun ini tiada kesoronokan kerana akan menghadapi ujian kemasukan”.

• Murid yang kurang upaya dan perlu diberikan penjagaan khas seperti mengalami masalah gangguan kekurangan hiperaktif (ADHD) dan juga terencat mental menghadiri kelas biasa dengan pelajar-pelajar lain tetapi mereka juga akan diarah mengambil kelas khas yang memenuhi keperluan khusus mereka. Terdapat juga kelas untuk pelajar tidak hadir bagi membantu mereka membina kemahiran sosial mereka.

12) Kanak-kanak Pintar di Jepun

14• Pada tahun 1995, Sho Yano, kanak-kanak generasi ketiga berusia 9 tahun separuh Jepun-Amerika memenangi kemasukan ke Universiti Loyala selepas mendapat 1500 skor dalam ujian SAT. Setahun kemudian dia lulus menamatkan pengajian universiti pada usia 10, mencapai rekod usia termuda yang bergelar graduan.

• Pada umur lapan bulan Yano sudah boleh membaca senarai televisyen. Pada umur satu dia sudah boleh memesan makanan dari menu di sebuah restoran. Tetapi ibunya memberitahunya supaya tidak bercakap di khalayak ramai kerana dia penat melayan pandangan orang kepada mereka. Ada yang merujuknya sebagai ” Otak Natto” kerana sifat Yano untuk makan Natto pada usia yang muda. Pada usia 4 dia dimaklumkan mempunyai daya ingatan fotografi dan IQ 200. Yano dibesarkan di pinggir bandar Chicago. Dia meminati subjek matematik dan muzik.

• Toshiki Kataoka, yang berusia 12 tahun di gred enam dari Matsuzaka di Wilayah Mie,terpilih senarai pendek untuk mewakili Jepun dalam pertandingan matematik antarabangsa yang berprestij. Semasa di sekolah rendah kataoka belajar pembelajaran sekolah pertengahan dan matematik sekolah menengah dengan bapanya, seorang doktor.

• Sho Yano memasuki Universiti Chicago apabila dia berusia sembilan tahun. Yano memperolehi Ijazah Kepujian atas ketika umur 12 tahun dan memasuki Sekolah Perubatan Universiti Chicago, menjadi orang yang paling muda untuk mendapatkan PhD dari universiti yang diperoleh pada tahun 2009. Beliau berkata beliau merancang untuk tinggal di universiti dan mendapat ijazah dalam bidang perubatan.

• Menurut Guinness Book of Records, Hioryuki Goto Tokyo sebagai pemegang rekod menyebut nilai pi dengan hanya menggunakan memori pada bulan Februari 1995. Dia membaca nisbahnya sebanyak 42,195 tempat perpuluhan.