Berikut adalah FAQ (Frequently Asked Questions) atau soalan-soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami.
- Hakone VS Kawaguchiko?
Tasik Hakone lebih mudah dilawati jika pengangkutan awam seperti tren atau kereta api ekspress adalah pengangkutan pilihan anda. Manakala Tasik Kawaguchiko pula sesuai untuk kenderaan persendirian yang mana kami juga akan membawa anda naik sehingga puncak tertinggi Gunung Fuji iaitu 5th Trail Station dan hanya kenderaan persendirian dibenarkan naik ke atas.
- Ada tak pakej day trip ke Mt. Fuji?
Tiada, kerana pakej kami yang paling minimum ialah 3 Hari 2 Malam.
- Bagaimanakah ingin pergi ke Mt. Fuji dari Tokyo dengan menaiki bas?
Anda perlu membeli tiket bas secara online di http://www.fujisan-climb.jp/en/ ataupun di kaunter Terminal Bas Shinjuku Expressway. Kami tidak menyediakan perkhidmatan booking tiket bas ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman web http://highway-buses.jp/fuji/ dan http://www.shibazakura.jp/eng/access/
- Bagaimanakah cara nak beli barang dapur basah seperti ayam atau daging halal?
Untuk barang dapur anda boleh pergi beli di sebuah pasaraya bernama Gyomu Super. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di laman web http://www.halalmedia.jp/archives/1473/halal-food-sold-gyomu-super/. Anda juga boleh membeli barang dapur basah seperti ayam atau daging secara online di laman web http://baticrom.com/.
- Pakej Hokaido ada tak?
Buat masa ini belum ada kerana kami tidak ada Tour Guide yang available di sana.
- Pakej available lagi ke?
Ya, sentiasa available. Kami tidak menentukan travel date dan kami mengikut travel date pelanggan.
- Boleh tak nak amik pakej bila dah sampai dekat Jepun?
Tidak boleh. Kami tidak menyediakan pakej last minute kerana kami perlu book untuk Tour Guide dulu.
- Bila suhu atau musim yang sesuai untuk melancong ke Jepun?
Musim yang paling best untuk pergi ke Jepun adalah pada musim bunga iaitu pada hujung bulan Mac sehingga bulan Mei dan pada musim luruh iaitu hujung bulan Oktober hingga hujung bulan 11. Manakala bulan Jun pula dianggap masa yang paling teruk untuk melawat Jepun kerana ia adalah musim hujan. Walau bagaimanapun, anda boleh membawa payung untuk menyelesaikan masalah ini pada bulan Jun.
Bunga sakura akan mekar hanya sekali setahun selama satu minggu setengaaah sahaja iaitu anggaran daripada 27 haribulan Mac hingga 10 April. Kemuncak musim luruh pula adalah pada hujung bulan November setiap tahun iaitu anggaran pada 20 haribulan hingga 30 haribulan November.
Harga perjalanan di Jepun juga berbeza dari satu minggu ke minggu lain berdasarkan cuaca, acara dan tarikan bermusim di setiap bandar. Cuti di Jepun seperti Golden Week dan Obon menjadikan harga hotel naik secara mendadak.
Jika anda ingin mengetahui waktu sesuai melawat mengikut bulan, anda boleh baca artikel kami ini.
- Quotation valid sampai bila? Tarikh sekian-sekian masih available lagi tak?
Quotation kami tidak ada tarikh tamat. Tarikh adalah bergantung kepada tarikh perjalanan anda dan tiada quota ataupun had tertentu. Harga pakej pula bergantung kepada jumlah ahli dan tempoh percutian, bukan mengikut musim.
- Deposit last bayar bila dan bila paling lewat untuk confirm pakej?
Lebih bagus jika lebih cepat kerana kami perlu selesaikan urusan Tour Guide, penginapan, atau perubahan itinerary (jika anda ingin ubah) atau sekurang-kurangnya dua minggu sebelum travel date.
- Matcha Tea mana yang halal?
Salah satu brand Matcha Tea yang halal ialah jenama Meiji.
- Adakah Mt. Fuji sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya ketika musim sejuk?
Ya.
- Berapa hari yang sesuai kalau nak ambil pakej Tokyo-Osaka?
Jika anda ingin pergi ke tempat-tempat menarik disarankan mengambil pakej 7 Hari 6 Malam hingga 10 Hari 9 Malam. Tapi jika anda ingin berjimat, kami cadangkan anda landing di Tokyo dan depart di Osaka atau sebaliknya. Anda tidak digalakkan landing dan depart di airport yang sama.
- Boleh ke kalau nak amik pakej Osaka + Mt. Fuji?
Boleh, tetapi kos agak mahal sebab Mt. Fuji lebih dekat dengan Tokyo berbanding Osaka.
- Di mana snow resort yang best untuk main salji?
Fujiten Snow Resort, Gala Yuzawa, Rokko, dan Mt. Snow Park.
- Public transport sesuai tak untuk warga emas dan wheelchair user?
Tren di Jepun adalah wheelchair friendly di mana keselamatan dan kemudahannya sangat bagus kerana menyediakan elevator dan laluan khas untuk OKU dan orang yang ada masalah visual impairment.
- Perlu ke beli JR Pass dari Malaysia?
Ya, perlu. Sebab JR Pass tidak boleh dibeli apabila anda sudah sampai sana.
- Kegunaan PASMO Card / SUICA Card.
Memudahkan lagi perjalanan trip anda. Anda boleh membelinya di Narita atau Haneda Airport.