Pakaian tradisional Jepun sentiasa menjadi topik hangat di kalangan peminat etnik dan budaya, termasuk juga pelancong. Cara rakyat di Jepun mengenakan pakaian tradisional telah lama menjadi tanda tanya bagi sesiapa yang meminatinya.
Di Jepun, kimono dan yukata adalah dua pakaian tradisional yang biasa dipakai di negara ini. Kimono merupakan pakaian tradisional paling popular di sini, tetapi ada juga pakaian tradisional lain yang dipakai oleh orang Jepun. Dengan jenis kimono yang berbeza bagi setiap acara, baik formal mahupun kasual, menjadikan pakaian tradisional Jepun sangat menarik untuk diketahui.
Berikut merupakan antara pakaian tradisional Jepun yang masih dipakai sehingga hari ini:
1. Kimono
Kimono adalah jubah panjang yang diperbuat daripada sutera, dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Lelaki lebih cenderung memakai kimono ringkas berwarna hitam atau coklat, manakala bagi wanita terdapat pelbagai reka bentuk yang berbeza. Secara tradisinya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai kimono furisode (lengan berayun), yang mempunyai lengan panjang (110 cm panjang).