Author: Adib Afifi

  • Adab Apabila Dijemput Menghadiri Ke Majlis Perkahwinan Di Jepun

    Pernahkah anda hadir ke majlis perkahwinan di Jepun? Di Jepun bulan Jun merupakan bulan yang mempunyai paling banyak majlis perkahwinan. Seperti yang kita tahu, negara Jepun merupakan negara yang paling mementingkan adat dan tatsusila dalam setiap perkara.
    Jadi sebagai orang asing mungkin anda terpinga-pinga apakah yang perlu dibuat sebaik sahaja mendapat jemputan untuk ke majlis perkahwinan di Jepun. Anda pasti ingin menjaga nama baik anda dan tidak mahu melakukan apa-apa yang salah di tempat orang.
    Disini terdapat beberapa tips untuk anda lakukan sekiranya dijemput ke majlis perkahwinan mereka.

  • 10 Perkara Yang Warga Asing Lakukan Menyebabkan Orang Jepun Tertawa

    Ah, asam garam kehidupan apabila mempelajari bahasa kedua. Ada banyak yang dapat diperkatakan mengenai rasa kepuasan dan kejayaan apabila dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa lain. Tetapi tidak lupa juga saat kita menggaru kepala dan rasa rendah diri apabila kita tergagap-gagap dan bunyi seperti badut apabila berkomunikasi dalam bahasa lain.
    Kami telah menjumpai 10 cerita Tweet mengenai kekeliruan daripada orang Jepun yang dianggap lucu apabila bertembung dengan warga asing di Jepun. Ada sesetengah daripadanya menarik perhatian orang Jepun sehingga mereka telah tweet semula dan malah berkongsi di dinding profil kadangkala sampai beribu-ribu kali.
    Jadi apakah yang kita, warga asing lakukan sehingga begitu lucu?

  • 7 Kepercayaan Pelik Orang Jepun Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Tahu

    Jepun memang terkenal sebagai kawasan yang penuh dengan pelbagai kepercayaan spiritual dan mistik. Selepas Perang Dunia II berakhir, Perlembagaan Damai Jepun telah memberikan rakyatnya lebih kebebasan beragama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun, toleransi membenarkan kesemua kepercayaan ini juga telah menimbulkan beberapa pemujaan yang aneh, dengan salah satu daripadanya yang paling terkenal iaitu pemujaan Aum Shinrikyo yang bertanggungjawab terhadap serangan gas sarin ke atas stesen kereta api di Tokyo pada tahun 1995.
    Berikut merupakan senarai tujuh pemujaan yang lain di Jepun selain yang disebutkan. Walaupun ianya tidak terkenal seperti pemujaan Aum Shinrikyo, namun patut diberi perhatian kerana ketua dan ahli mereka kelihatan begitu taksub dengan pemujaan mereka sehinggakan mungkin boleh membawa kesan buruk.

  • 15 Perkara Menarik Untuk Anda Lakukan Di Ueno Park (Taman Paling Popular di Tokyo)

    Adalah amat sukar untuk memikirkan taman lain di mana-mana tempat yang mempunyai banyak daya tarikan seperti Ueno Park di Tokyo.
    Ueno Park merupakan pusat kebudayaan yang paling utama di Tokyo. Dengan keluasan sebanyak 300 ekar, ia dipenuhi dengan muzium, kuil-kuil, tempat-tempat suci, tarikan semula jadi, institusi penting dan beberapa sekolah-sekolah utama di Jepun. Ia telah diisytiharkan sebagai salah satu taman awam yang pertama di Jepun pada tahun 1873.
    Setiap tahun dianggarkan lebih daripada 10 juta orang akan berkunjung ke Ueno Park.

  • 10 Zoo Paling Menarik Di Dunia

    Sebahagian besar daripada kita tidak hidup di savana Afrika atau di hutan Amerika Selatan, jadi apabila kita mengimpikan untuk melihat haiwan yang paling menakjubkan di dunia, biasanya kita akan pergi ke Zoo. Tetapi apa yang menjadikan sesuatu zoo itu zoo yang menarik? 

    Zoo yang menarik akan membiarkan haiwan mereka hidup bebas dan bukannya terkurung di dalam sangkar sahaja. Kepelbagaian spesies haiwan yang disimpan di dalam zoo juga merupakan satu lagi elemen penting yang menjadikan zoo itu menarik. Malangnya hanya terdapat beberapa zoo dan taman hidupan liar sahaja yang mempromosikan pemuliharaan haiwan, perlindungan hidupan liar, pembiakan dalam kurungan bagi spesies terancam, mengadakan persembahan menghiburkan dari haiwan dan menyediakan pendidikan awam kepada pengunjung.

  • Restoran Halal yang Wajib Anda Cuba di Tokyo

    24

    Sekiranya anda seorang pelancong Muslim yang merancang untuk bercuti di Tokyo, berita baik untuk anda kerana di sini terdapat beberapa restoran halal yang lazat untuk dikunjungi.

    Sejak kebelakangan ini, bilangan restoran Halal di Jepun semakin meningkat, walaupun secara keseluruhannya ia tidaklah begitu banyak. Bagi sebuah negara bukan Islam seperti Jepun, adalah sukar untuk menyediakan 100% menu adalah halal, jadi setiap restoran mempunyai tahap komitmen mereka tersendiri yang berbeza.

    Jadi, diringkaskan dalam artikel ini adalah segala maklumat yang berkaitan dengan restoran halal di Tokyo sebagai rujukan bagi pelancong muslim.

    Restoran dengan Sijil Halal

  • Restoran Halal yang Wajib Anda Cuba di Tokyo

    24

    Sekiranya anda seorang pelancong Muslim yang merancang untuk bercuti di Tokyo, berita baik untuk anda kerana di sini terdapat beberapa restoran halal yang lazat untuk dikunjungi.

    Sejak kebelakangan ini, bilangan restoran Halal di Jepun semakin meningkat, walaupun secara keseluruhannya ia tidaklah begitu banyak. Bagi sebuah negara bukan Islam seperti Jepun, adalah sukar untuk menyediakan 100% menu adalah halal, jadi setiap restoran mempunyai tahap komitmen mereka tersendiri yang berbeza.

    Jadi, diringkaskan dalam artikel ini adalah segala maklumat yang berkaitan dengan restoran halal di Tokyo sebagai rujukan bagi pelancong muslim.

    Restoran dengan Sijil Halal

  • 10 Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia

    Sejak beberapa dekad yang lalu, industri pengangkutan udara telah dilihat berkembang pesat dengan menarik sebahagian besar dari penumpang yang biasa menggunakan jalan raya dan laut kepada menggunakan pengangkutan udara untuk melancong. Oleh sebab itu, pengalaman berada di lapangan terbang terbaik sering menjadi impian bagi golongan yang gemar melancong ini.
    Baru-baru ini, sebuah laman web penerbangan pelanggan, Skytrax telah memberi penghargaan lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2015. Pengiktirafan kedudukan tahunan ini adalah berdasarkan pada tinjauan yang menggunakan lebih daripada 13 juta risalah dari 112 buah negara.

  • 10 Peraturan Menggunakan Penyepit Makanan di Jepun

    Ramai orang menggunakan penyepit beranggapan bahawa ia adalah semata-mata budaya bagi sesetengah negara. Di Jepun, bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang anda perlu mengambil serius.
    Setiap kedudukan, atau pergerakan yang anda lakukan menggunakan penyepit kadangkala boleh menjadi kurang ajar atau gangguan kepada orang yang sedang menikmati makanan bersama anda. Walaupun ia mungkin tidak salah untuk melakukan kesilapan bagi orang baru, namun ia sesuatu sifat yang baik untuk belajar menghormati adat jepun dengan mengambil tahu pantang larang mereka menggunakan penyepit.

  • 10 Stadium Sukan Terbesar Di Dunia

    Kapasiti stadium boleh berbeza-beza bergantung kepada konfigurasinya, kadangkala bilangan tempat duduk boleh menjadi terhad untuk sukan tertentu. Berikut merupakan senarai stadium sukan terbesar di dunia yang disusun mengikut kapasiti mereka, iaitu bilangan maksimum penonton yang dapat ditampung oleh saiz stadium pada satu-satu masa.
    Kebanyakan stadium ini pernah mempunyai kapasiti yang lebih besar, namun dari masa ke semasa ruang berdiri digantikan dengan tempat duduk yang lebih selesa dan selamat untuk semua penonton.