Author: Adib Afifi

  • Bahasa Jepun 101: Cara Terbaik Untuk Anda Fasih Berbahasa Jepun

    Adakah anda berminat untuk belajar bahasa Jepun? Pernahkah anda terbayang untuk bercakap dalam bahasa Jepun dengan fasih suatu hari nanti atau menonton anime tanpa merujuk kepada sari kata? Jika ya, kita mempunyai satu persamaan!

    Mempelajari bahasa baru kadangkala boleh menjadi sesuatu yang mencabar bagi sesetengah orang. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai kesungguhan, berkomunikasi dalam bahasa Jepun hanya petik jari sahaja bagi anda tidak lama lagi! Artikel ini bertujuan memberi pengenalan ringkas dan mudah mengenai bahasa Jepun, yang ditulis bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari bahasa ini tetapi tidak mempunyai idea untuk bermula dari mana.

    Jadi, sekiranya anda masih tercari-cari bagaimana untuk bermula, artikel ini mungkin menjadi titik permulaan yang sangat baik anda!

  • 20 Tips Untuk Melancong Ke Jepun Dengan Murah

    Sejak dahulu lagi, negara Jepun sudah lama menjadi idaman bagi setiap pelancong. Siapa sahaja dapat menolak untuk melihat budaya negara itu yang unik? Idea untuk melawat rumah Ninja dan Samurai, menerokai pusat teknologi dunia, menjamu selera makanan yang lazat, mendaki Gunung Alps, melihat banyak kuil-kuil dan istana, serta pengalaman bersiar-siar di bandar Tokyo benar-benar mempunyai daya penarik yang ajaib kepada pelancong.

    Namun khabar angin yang mengatakan bahawa Jepun adalah sangat mahal, telah sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pelancong untuk melawat ke sini. Sejujurnya, Jepun bukanlah murah berbanding negara-negara Asia yang lain. Tetapi ia juga bukanlah negara yang terlampau mahal seperti yang anda fikir.

    Dalam beberapa kes, Jepun lebih murah berbanding negara-negara Eropah di Barat. Misalnya bandar Tokyo adalah lebih murah daripada kedua-dua London dan New York, apatah lagi Oslo! Jadi, jika anda berasa melawat ke Jepun akan merugikan anda, fikir sekali lagi.

  • Makna Di Sebalik Jenis Darah Bagi Orang Jepun

    Pernahkah anda terfikir mengapa orang Jepun suka bertanyakan soalan: “Apakah jenis darah anda?” Adakah kerana mereka bimbang tentang kesihatan anda? Adakah mereka bimbang bahawa anda mungkin memerlukan pemindahan darah? Tidak! Ia adalah kerana ramai daripada mereka percaya bahawa jenis darah menentukan pelbagai aspek tentang diri anda.

    Jadi, apakah tanggapan orang Jepun terhadap jenis darah yang berbeza?

  • 7 Tips Mendapatkan Akses Wi-Fi (Percuma) di Jepun

    Wi-Fi (juga dikenali sebagai wifi) telah menjadi satu keperluan kepada hampir semua pelancong yang merancang untuk bercuti ke negara asing. Pada masa kini, Wi-Fi bukan sahaja digunakan oleh orang ramai untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di tempat asal, tetapi mereka juga ingin mengetahui bagaimana untuk menuju ke tempat yang mungkin mereka ingin lawati seperti hospital, stesen keretapi, pusat membeli belah, restoran dan beberapa lagi.
    Di Jepun, tidaklah terlalu sukar bagi pelancong untuk mendapatkan akses Wi-Fi, kerana ia boleh didapati hampir di mana-mana sahaja. Malah Wi-Fi yang ditawarkan adalah percuma, dengan beberapa pembekal internet yang mempunyai beribu-ribu pusat akses di seluruh Jepun.

  • 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton Anime

    Setiap orang pasti pernah mendengar tentang anime, melainkan mereka hidup di bawah tempurung. Dalam sekumpulan kawan, pasti ada rakan anda yang merupakan peminat setia Anime atau juga dikenali sebagai (otaku). Setiap kali mereka membuka topik cerita berkenaan Anime pasti akan ditertawakan oleh rakan-rakan sebagai ‘kebudak-budakan’. Jadi benarkan saya untuk menjelaskan apa itu anime.
    Perkara pertama yang datang di minda anda ialah anime adalah kartun. Tidak, Anime bukan kartun. Anime hanyalah satu istilah mudah untuk animasi Jepun. Anda akan dapat mengenal pasti perbezaan antara anime dengan kartun dari memerhatikan ciri-ciri fizikal watak. Antaranya watak anime kebiasaanya ‘mempunyai mata yang besar, rambut panjang dan kaki yang panjang’. Namun di sebalik semua ini, tahukah anda apa yang menyebabkan anime menjadi popular pada masa kini?

  • Kronologi Sejarah Awal Jepun

    1. Jepun Kuno – 400 AD

    Budaya yang pertama kali diperkenalkan di Jepun adalah budaya Jomon, sekumpulan nomad yang dipercayai menyembah objek semula jadi. Budaya ini bertahan sehingga kira-kira 300 SM, apabila ia telah digantikan dengan budaya Yayoi yang berakhir sehingga kira-kira 300 AD. 57 AD merupakan hubungan pertama pernah direkodkan oleh negara Jepun dengan China, dan pada sekitar 300 AD suatu mesej teks Cina telah ditulis menggambarkan budaya Yayoi. Beras telah diimport ke Jepun kira-kira 100 SM, dan sejak pada itu Jepun telahmula menjadi sebuah masyarakat berasaskan pertanian. Besi dan ciptaan moden yang lain telah dibawa dari Korea ke Jepun. Kelas sosial mula berkembang ketika itu, dan pada sekitar 400 SM, zaman Yamato mula muncul.

    Balang besar dari Wilayah Niigata.

  • Mengapa Orang Jepun Menyukai Budaya Comel atau Kawaii?

    Pengenalan kepada kawaii

    Jika ada satu perkataan yang anda tidak mungkin sehari tanpa mendengarnya di Jepun, ia adalah perkataan kawaii (か わ い い). Malah tidak kira di mana sahaja anda berada, pasti kedengaran orang menyebut kawaii.

    Kawaii, yang bermaksud “comel” atau “seperti kanak-kanak”, adalah istilah yang sering digunakan oleh orang Jepun apabila mereka melihat sesuatu perwatakan, patung, makanan, barang permainan, barangan rumah atau fesyen yang kelihatan comel. Di Jepun, ia telah menjadi lebih daripada sekadar fenomena budaya, yang berakar umbi dalam kehidupan seharian mereka.

  • Jenama Kereta Jepun – Semua Pengeluar Automotif Jepun

    Jepun dikenali secara meluas sebagai sebuah negara yang paling ke hadapan dari segi teknologi di dunia, dan ini dapat dilihat dari segi pembuatan keretanya. Reka bentuk kereta Jepun sentiasa berasaskan daripada budaya, sejarah dan aspirasi mereka. Selepas melalui pelbagai percubaan, akhirnya jenama kereta jepun berjaya menempatkan nama di pasaran dunia bermula pada tahun 1960-an.
    Percubaan pertama merupakan pengeluaran Mitsubishi model A berdasarkan Fiat Tipo 3. Kemudian, Isuzu juga melakukan perkara yang sama dan mengeluarkan satu lagi kereta berdasarkan Itali Fiat Tipo 3. Selepas kedua-dua percubaan ini tidak berjaya, Jepun memutuskan untuk menukar hala tuju dan mula mereka bentuk kereta yang sangat berbeza daripada model kereta Eropah yang terkenal.

  • Sukan Tradisional di Jepun

    Sukan memainkan peranan penting dalam fabrik kehidupan moden seharian di Jepun. Sejak dari bangku sekolah lagi kanak-kanak di Jepun sudah menyertai pelbagai acara sukan yang berjaya memupuk semangat setia kawan, kerja keras dan dedikasi di kalangan mereka. Walaupun sukan moden seperti besbol, badminton, tenis dan bola sepak adalah popular, namun negara Jepun mungkin lebih dikenali dengan sukan yang lebih kuno, bersifat tradisional.

  • AGAMA ISLAM DI JEPUN

    Artikel kali ini akan membicarakan tentang cahaya Islam di negara matahari terbit Jepun (Nippon). Bagaimana Islam dahulu, sekarang dan akan datang. Bangsa Jepun telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk menjadi sebuah bangsa yang maju, hebat dan kuat.

    Selain itu orang Jepun juga dianugerahkan oleh Allah sebuah negara yang cantik dengan dikelilingi lautan dan terdiri dari ribuan pulau-pulau yang sangat menarik. Tajuk Islam di Jepun telah dipilih sebagai penghargaan kepada rakyat Jepun yang memiliki ciri Islam walaupun ia negara bukan Islam.