Kyoto mempunyai lebih daripada 1600 kuil, jadi mungkin sukar untuk anda membuat pilihan yang mana harus dilawati. 17 Kuil dan Makam daripadanya telah diiktiraf sebagai ‘Warisan Dunia’ dan menjadi sebahagian daripada “Monumen Sejarah Kyoto Purba”. Untuk melihat semua kuil dan makam yang paling popular, anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari kerana sebahagian daripadanya memerlukan sedikit masa perjalanan. Namun begitu, tidak perlu risau, Jepun terkenal dengan sistem pengangkutan awam yang hebat jadi mudah untuk anda bergerak sekitar Kyoto.

Sebahagian daripada kuil dan makam di Kyoto ada yang lebih menjadi tumpuan pelancong, tetapi selagi anda tidak melawat semasa musim kemuncak (Musim Luruh dan Musim Bunga) anda tidak akan bersesak dengan ramai orang. Jika anda tetap mahu pergi ke Jepun pada musim bunga untuk melihat Sakura (tidak salahkan anda kerana ia memang suatu pemandangan yang hebat), rancang masa melawat anda dengan teliti untuk mengelakkan orang ramai sebanyak yang mungkin.
Berikut merupakan senarai kuil dan makam yang paling menjadi tumpuan pelancong di Kyoto: