Tips Melancong Ke Jepun

  • Bagaimana untuk Membezakan Orang Jepun dari Korea dan Cina

    Bagaimana untuk mengenal pasti satu orang Asia itu sama ada dari Jepun, Korea ataupun China? Mampukah anda membezakannya? Ini sudah tentu menjadi satu topik yang menarik terutamanya bagi orang-orang bukan Asia.

    Apabila anda kali pertama tinggal di Jepun, adalah sangat penting untuk anda memahami perbezaan di antara Jepun dan budaya Asia yang lain. Sebaik sahaja anda dapat memahaminya dengan lebih baik, maka wujud perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain yang berlainan budaya.

  • 15 Sebab Mengapa Orang Jepun Memakai Kimono

    Kimono adalah sejenis pakaian formal tradisional Jepun yang terdiri daripada jubah sutera, ikat pinggang dan pelbagai aksesori. Kimono datang dalam berpuluh-puluh jenis, masing-masing mempunyai makna simbolik dan konvensyen yang tersendiri. Kimono mesti dipakai dengan betul dan cara pemakaiannya agak sukar.
    Ia terkenal dengan harganya yang mahal dan cara pemakaiannya yang kompleks. Walaupun begitu, Kimono bernilai untuk dipakai bagi kebanyakan orang yang tinggal di Jepun. Kebiasaannya, Kimono dipakai apabila ada peristiwa penting sahaja seperti pada waktu festival di Jepun, majlis dan perayaan utama.
    Berikut merupakan antara beberapa sebab-sebab orang memakai kimono:

    1. Matsuri

    Matsuri adalah perkataan Jepun untuk perayaan atau cuti. Perayaan di Jepun melibatkan persembahan atau perarakan orang dalam pakaian yang berasaskan kimono. Dalam banyak kes, orang Jepun yang menghadiri perayaan juga akan berpakaian kimono. Walau bagaimanapun, pada masa kini orang Jepun lebih suka memakai Yukata ketika menghadiri Matsuri.

  • Lagi 15 Perkara yang Aneh Tentang Jepun Anda Perlu Tahu

    1. Ganguro

    Ganguro, atau secara literalnya diterjemahkan sebagai ‘wajah gelap,’ merupakan fesyen yang mana kanak-kanak perempuan dilihat mengenakan solekan pada wajah mereka hingga ke tahap yang melampau. Setiap minggu, mereka akan mewarnakan kulit mereka segelap yang mungkin dan kemudian mengenakan bedak dalam jumlah yang besar. Selain itu, dakwat hitam untuk celak mata, kasut platform dan rambut terluntur melengkapkan lagi trend fesyen yang aneh ini.

  • 15 Perkara yang Aneh Tentang Jepun Anda Perlu Tahu

    Jepun telah lama dikenali dengan adat dan persekitarannya yang agak pelik. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang teknologi dan percintaan pada benda yang ganjil, telah memberikan gambaran bahawa Jepun dengan Barat merupakan dua dunia yang sangat berbeza. Kadangkala ada beberapa adat dan amalan Jepun boleh benar-benar membingungkan mana-mana pelancong asing yang datang ke Jepun.
    Ini merupakan beberapa perkara yang pelik di Jepun dari makanan ringan, jantina hinggalah kepada trend. Mari kita lihat:

    1. Inemuri

    Di Malaysia, tidur di pejabat mungkin menyebabkan anda dimarahi bos anda, atau lebih teruk lagi. Tetapi budaya perniagaan di Jepun pekerja yang “inemuri” atau tidur sebentar di tempat kerja dianggap pekerja yang bekerja keras. Tetapi gaya tidur juga tetap diambil kira anda harus tetap tegak walaupun sedang tidur. Sementara sesetengah orang melakukan inemuri palsu, untuk membuat bos mereka percaya yang mereka bekerja lebih keras daripada yang sebenarnya.

  • Pakaian Tradisional Masyarakat Jepun

    Pakaian tradisional Jepun sentiasa menjadi topik hangat di kalangan peminat etnik dan budaya, termasuk juga pelancong. Cara rakyat di Jepun mengenakan pakaian tradisional telah lama menjadi tanda tanya bagi sesiapa yang meminatinya.

    Di Jepun, kimono dan yukata adalah dua pakaian tradisional yang biasa dipakai di negara ini. Kimono merupakan pakaian tradisional paling popular di sini, tetapi ada juga pakaian tradisional lain yang dipakai oleh orang Jepun. Dengan jenis kimono yang berbeza bagi setiap acara, baik formal mahupun kasual, menjadikan pakaian tradisional Jepun sangat menarik untuk diketahui.

    Berikut merupakan antara pakaian tradisional Jepun yang masih dipakai sehingga hari ini:

    1. Kimono

    Kimono adalah jubah panjang yang diperbuat daripada sutera, dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Lelaki lebih cenderung memakai kimono ringkas berwarna hitam atau coklat, manakala bagi wanita terdapat pelbagai reka bentuk yang berbeza. Secara tradisinya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai kimono furisode (lengan berayun), yang mempunyai lengan panjang (110 cm panjang).

  • Ciptaan-Ciptaan Pelik dari Jepun yang Mengejutkan Anda

    Jepun sentiasa menjadi popular kerana teknologinya yang satu langkah ke hadapan mendahului negara lain di dunia. Jika diperhatikan dengan teliti, banyak benda yang anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari sebenarnya dicipta di Jepun. Kita semua hanya tahu tentang barang elektronik yang mewah dan kereta sahaja, tetapi kenyataannya banyak lagi benda datang dari Jepun yang mungkin akan mengejutkan anda!

  • 5 Kawasan Mendaki Gunung di Jepun yang Terkenal

    Dengan kehadiran jumlah gunung yang tidak terkira di Jepun, aktiviti pendakian telah menjadi salah satu aktiviti utama di negara ini sama ada yang muda atau tua. Aktiviti mendaki gunung juga merupakan cara terbaik untuk menikmati perubahan musim di Jepun. Dari bunga mekar pada musim bunga dan awal musim panas hinggalah daun beralih pada musim luruh, gunung-gunung di Jepun sentiasa menawarkan pemandangan yang indah.

    Pelbagai bentuk pendakian anda boleh cari di sini. Sama ada melalui jalan yang panjang, meredah trek melalui taman negara yang memakan beberapa hari lamanya ataupun juga sekadar lawatan harian yang mudah bermula dari bandar, Jepun menawarkan banyak peluang mendaki melalui satu set pelbagai iklim dan tahap kesukaran.

  • 15 Tempat Terbaik Untuk Mengambil Gambar di Jepun

    1.jpg

    Bagi sesiapa yang suka mengambil gambar, ia merupakan satu berita baik kerana seperti anda tahu negara Jepun menawarkan banyak tempat menarik untuk anda menyimpan kenangan. Dari bandar bercahaya ‘Tokyo’ hinggalah ke taman-taman di Kyoto terdapat banyak foto untuk ditangkap.
    Tempat-tempat berikut mewakili beberapa tempat yang paling fotogenik di Jepun. Ada yang mudah untuk diambil gambar dan kebiasaannya akan menghasilkan gambar yang luar biasa, dan ada juga yang memerlukan syarat-syarat tertentu dan kadang-kadang agak mencabar bagi sesetengah orang.

  • 10 Air Terjun Paling Menakjubkan di Jepun

    Air terjun adalah salah satu daripada ciptaan semulajadi anugerah dari tuhan yang paling menakjubkan untuk manusia. Bunyi air yang menyegarkan dan suasana alam yang mendamaikan mudah membawa anda lari daripada tekanan kerja dan pencemaran dari semasa ke semasa. Jepun adalah sebuah tempat yang mempunyai banyak air terjun. Sehingga kini, terdapat sebanyak 157 air terjun diiktiraf di Jepun tetapi di bawah adalah senarai 10 air terjun yang paling menakjubkan yang anda boleh jadikan sebagai destinasi kegemaran anda. Antaranya:

    1. Air Terjun Kurokuma (くろくまの滝 )

    Juga dikenali sebagai “Black Bear Falls”, ia terletak di bandar Ajigasawa, Daerah Higashitsugaru Wilayah Aomori, Jepun, pada anak Sungai Akaishi, yang mengalir turun dari Gunung Shirakami .

  • Sedapnya Roti Di Jepun

    Pernahkah anda mendengar berkenaan roti di Jepun? Tahukah anda roti yang manakah paling popular dan digemari ramai di Jepun? Walaupun terdapat lebih daripada 30 jenis roti di Jepun, namun roti-roti ini yang tetap menjadi pilihan dan seringkali laris dijual di setiap kedai-kedai roti. Mari kita kenali lapan roti paling popular yang boleh anda nikmati di Jepun.

    1. Roti Yakisoba

    Adakah anda tahu apa itu Yakisoba? Roti Yakisoba secara ringkasnya merupakan roti yang diisi dengan sejenis mi digoreng bersama daging, sayur-sayuran dan otafuku-sos.