Tips Melancong Ke Jepun

  • Mengapa Orang Jepun Menyukai Budaya Comel atau Kawaii?

    Pengenalan kepada kawaii

    Jika ada satu perkataan yang anda tidak mungkin sehari tanpa mendengarnya di Jepun, ia adalah perkataan kawaii (か わ い い). Malah tidak kira di mana sahaja anda berada, pasti kedengaran orang menyebut kawaii.

    Kawaii, yang bermaksud “comel” atau “seperti kanak-kanak”, adalah istilah yang sering digunakan oleh orang Jepun apabila mereka melihat sesuatu perwatakan, patung, makanan, barang permainan, barangan rumah atau fesyen yang kelihatan comel. Di Jepun, ia telah menjadi lebih daripada sekadar fenomena budaya, yang berakar umbi dalam kehidupan seharian mereka.

  • Jenama Kereta Jepun – Semua Pengeluar Automotif Jepun

    Jepun dikenali secara meluas sebagai sebuah negara yang paling ke hadapan dari segi teknologi di dunia, dan ini dapat dilihat dari segi pembuatan keretanya. Reka bentuk kereta Jepun sentiasa berasaskan daripada budaya, sejarah dan aspirasi mereka. Selepas melalui pelbagai percubaan, akhirnya jenama kereta jepun berjaya menempatkan nama di pasaran dunia bermula pada tahun 1960-an.
    Percubaan pertama merupakan pengeluaran Mitsubishi model A berdasarkan Fiat Tipo 3. Kemudian, Isuzu juga melakukan perkara yang sama dan mengeluarkan satu lagi kereta berdasarkan Itali Fiat Tipo 3. Selepas kedua-dua percubaan ini tidak berjaya, Jepun memutuskan untuk menukar hala tuju dan mula mereka bentuk kereta yang sangat berbeza daripada model kereta Eropah yang terkenal.

  • Sukan Tradisional di Jepun

    Sukan memainkan peranan penting dalam fabrik kehidupan moden seharian di Jepun. Sejak dari bangku sekolah lagi kanak-kanak di Jepun sudah menyertai pelbagai acara sukan yang berjaya memupuk semangat setia kawan, kerja keras dan dedikasi di kalangan mereka. Walaupun sukan moden seperti besbol, badminton, tenis dan bola sepak adalah popular, namun negara Jepun mungkin lebih dikenali dengan sukan yang lebih kuno, bersifat tradisional.

  • AGAMA ISLAM DI JEPUN

    Artikel kali ini akan membicarakan tentang cahaya Islam di negara matahari terbit Jepun (Nippon). Bagaimana Islam dahulu, sekarang dan akan datang. Bangsa Jepun telah ditakdirkan oleh Allah SWT untuk menjadi sebuah bangsa yang maju, hebat dan kuat.

    Selain itu orang Jepun juga dianugerahkan oleh Allah sebuah negara yang cantik dengan dikelilingi lautan dan terdiri dari ribuan pulau-pulau yang sangat menarik. Tajuk Islam di Jepun telah dipilih sebagai penghargaan kepada rakyat Jepun yang memiliki ciri Islam walaupun ia negara bukan Islam.

  • Adab Apabila Dijemput Menghadiri Ke Majlis Perkahwinan Di Jepun

    Pernahkah anda hadir ke majlis perkahwinan di Jepun? Di Jepun bulan Jun merupakan bulan yang mempunyai paling banyak majlis perkahwinan. Seperti yang kita tahu, negara Jepun merupakan negara yang paling mementingkan adat dan tatsusila dalam setiap perkara.
    Jadi sebagai orang asing mungkin anda terpinga-pinga apakah yang perlu dibuat sebaik sahaja mendapat jemputan untuk ke majlis perkahwinan di Jepun. Anda pasti ingin menjaga nama baik anda dan tidak mahu melakukan apa-apa yang salah di tempat orang.
    Disini terdapat beberapa tips untuk anda lakukan sekiranya dijemput ke majlis perkahwinan mereka.

  • 10 Perkara Yang Warga Asing Lakukan Menyebabkan Orang Jepun Tertawa

    Ah, asam garam kehidupan apabila mempelajari bahasa kedua. Ada banyak yang dapat diperkatakan mengenai rasa kepuasan dan kejayaan apabila dapat berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa lain. Tetapi tidak lupa juga saat kita menggaru kepala dan rasa rendah diri apabila kita tergagap-gagap dan bunyi seperti badut apabila berkomunikasi dalam bahasa lain.
    Kami telah menjumpai 10 cerita Tweet mengenai kekeliruan daripada orang Jepun yang dianggap lucu apabila bertembung dengan warga asing di Jepun. Ada sesetengah daripadanya menarik perhatian orang Jepun sehingga mereka telah tweet semula dan malah berkongsi di dinding profil kadangkala sampai beribu-ribu kali.
    Jadi apakah yang kita, warga asing lakukan sehingga begitu lucu?

  • 7 Kepercayaan Pelik Orang Jepun Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Tahu

    Jepun memang terkenal sebagai kawasan yang penuh dengan pelbagai kepercayaan spiritual dan mistik. Selepas Perang Dunia II berakhir, Perlembagaan Damai Jepun telah memberikan rakyatnya lebih kebebasan beragama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun, toleransi membenarkan kesemua kepercayaan ini juga telah menimbulkan beberapa pemujaan yang aneh, dengan salah satu daripadanya yang paling terkenal iaitu pemujaan Aum Shinrikyo yang bertanggungjawab terhadap serangan gas sarin ke atas stesen kereta api di Tokyo pada tahun 1995.
    Berikut merupakan senarai tujuh pemujaan yang lain di Jepun selain yang disebutkan. Walaupun ianya tidak terkenal seperti pemujaan Aum Shinrikyo, namun patut diberi perhatian kerana ketua dan ahli mereka kelihatan begitu taksub dengan pemujaan mereka sehinggakan mungkin boleh membawa kesan buruk.

  • 15 Perkara Menarik Untuk Anda Lakukan Di Ueno Park (Taman Paling Popular di Tokyo)

    Adalah amat sukar untuk memikirkan taman lain di mana-mana tempat yang mempunyai banyak daya tarikan seperti Ueno Park di Tokyo.
    Ueno Park merupakan pusat kebudayaan yang paling utama di Tokyo. Dengan keluasan sebanyak 300 ekar, ia dipenuhi dengan muzium, kuil-kuil, tempat-tempat suci, tarikan semula jadi, institusi penting dan beberapa sekolah-sekolah utama di Jepun. Ia telah diisytiharkan sebagai salah satu taman awam yang pertama di Jepun pada tahun 1873.
    Setiap tahun dianggarkan lebih daripada 10 juta orang akan berkunjung ke Ueno Park.

  • 10 Zoo Paling Menarik Di Dunia

    Sebahagian besar daripada kita tidak hidup di savana Afrika atau di hutan Amerika Selatan, jadi apabila kita mengimpikan untuk melihat haiwan yang paling menakjubkan di dunia, biasanya kita akan pergi ke Zoo. Tetapi apa yang menjadikan sesuatu zoo itu zoo yang menarik? 

    Zoo yang menarik akan membiarkan haiwan mereka hidup bebas dan bukannya terkurung di dalam sangkar sahaja. Kepelbagaian spesies haiwan yang disimpan di dalam zoo juga merupakan satu lagi elemen penting yang menjadikan zoo itu menarik. Malangnya hanya terdapat beberapa zoo dan taman hidupan liar sahaja yang mempromosikan pemuliharaan haiwan, perlindungan hidupan liar, pembiakan dalam kurungan bagi spesies terancam, mengadakan persembahan menghiburkan dari haiwan dan menyediakan pendidikan awam kepada pengunjung.

  • 10 Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia

    Sejak beberapa dekad yang lalu, industri pengangkutan udara telah dilihat berkembang pesat dengan menarik sebahagian besar dari penumpang yang biasa menggunakan jalan raya dan laut kepada menggunakan pengangkutan udara untuk melancong. Oleh sebab itu, pengalaman berada di lapangan terbang terbaik sering menjadi impian bagi golongan yang gemar melancong ini.
    Baru-baru ini, sebuah laman web penerbangan pelanggan, Skytrax telah memberi penghargaan lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2015. Pengiktirafan kedudukan tahunan ini adalah berdasarkan pada tinjauan yang menggunakan lebih daripada 13 juta risalah dari 112 buah negara.